Saturday, January 2, 2010

Jawapan pertanyaan OP mengenai permasalahan pokok Bebuasnya

Anonymous said...

Selamat tahun baru 2010 buat semua ahli PSBK dan juga penggemar bonsai.

Saya ada soalan berkenaan repot tetapi bukan dari jenis CA.Soalan saya ada lah berkenaan repot Bebuas.

Kenapa selepas repot beberapa hari bebuas saya ada menujukkan berlaku kekuningan pada daun dan keguguran daun-daun tersebut.

Jenis material tanah yang digunakan 50% pasir malang + 50% pasir sungai.selepas repot pokok tersebut diletak kan ditempat yang redup.

saya mengalu-alukan jawapan dan pandangan dari semua sifu-sifu bonsai.

"OP"

Salam OP / Sahabat bonsai yang budiman.

Terima kasih, saya menjawab seringkasnya kerana sebelum ini agak sibuk dengan majlis kenduri. Demi bonsai saya tetap bersemangat mencubanya dan menjawab berdasarkan pengalaman sendiri / kawan-kawan di bidang ini mengenai pokok Bebuas (Premna Mnauseose) Sancang @ Wahong Laut.

A)Mengapakah pokok bonsai perlu di repot kan? Di antara implikasinya :

1.Akar pokok tersebut sudah memenuhi pasu dan pembesarannya lambat.

Akar mulai memenuhi pasu, pembesaran lambat & perlu di repot segera.

2. Air siraman /hujan mudah bertakung /lambat mengalir keluar (dalam pasu).

Pokok ini perlu di repot segera.

3. Tanah yang diletak dalam media tidak sesuai dengan pokok tersebut seperti terlalu halus / kasar @ masam dll.

4. Pokok diserang penyakit@sakit seperti carak air (akar masam) bererti diserang virus akar berbau busuk.

Pokok ini perlu di repot segera memandangkan medianya tidak sepadan dengan pokok.

5. Dll.

B) Apabila pokok hendak di repot terutamanya yang berakar penuh di mana bola akar di potong pada sekeliling pusingan dan dipotong hampir separuh pada bahagian akar bawah. Tanah/pasir yang terdapat pada akar mesti dicuci. Pasir-pasir yang terdapat pada akar mesti dicucikan, mana-mana akar yang tidak penting perlu dipotong (‘trim’ akar menjadi kecil). Penggunaan tanah malang dan tanah bakar 50%-50% sudah betul. Tetapi mesti ingat tanah bakar mesti di ayak/tapis, buangkan debu dan ambil pasir yang kasar diletakkan di bahagian bawah dasar pasu (di alas dengan "net"). Tanah tersebut di gaulkan dan pokok di tanam / siram seperti biasa. Pada 1 dan 2 hari daun agak layu(gencatan transfer serupa (analogy) dengan umat Islam pada awal permulaan puasa (letih/layu). Kemudian pulih seperti biasa.

Pokok lebih segar setelah ditukar dengan tanah baru (3 minggu)

-Bila daun layu, proses fotosintesis tidak wujud. Daun layu adalah berpunca daripada kehilangan air pada daun tersebut.

-Apabila pokok hendak dipindahkan pada media baru daun tua dibuangkan dan tinggal beberapa helai dibahagian pucuk sahaja.

-Beberapa hari pokok tersebut akan pulih dan pucuk serta tunas baru akan tumbuh / muncul (‘develop’ kembali).

Pokok lebih sihat pd media baru (1 bulan)

C) Pokok diserang penyakit akar (diserang kuman / virus) akibat air bertakung (carak air)

-Peristiwa trajis yang menyedihkan ini adalah kecuaian manusia. Kebiasaannya akar pokok tersebut sudah penuh dan malah dibahagian bawah media tidak di alas dengan pasir kasar ,atau pasir kasar terlalu sedikit (rendah).

-Bukti penyakit akar di mana daun-daun pokok mulai kuning , tidak seperti biasa (daun kuning kerana tua).

Contoh daun yg bermasalah.

-Cepat-cepat pokok tersebut perlu di repot dan tukarkan tanah seperti biasa dan begitu juga ‘trim’ akarnya. Ketika ini lah kita dapat merasai bau busuk daripada akar akibat serangan virus.

Berbincang bersama kawan2 mengenai masalah pokok bebuas.

-Akar-akar busuk bertukar warna kelabu @ hitam dan buangkan semuanya,termasuk pasir/tanah dengan semburan air bertujuan untuk mencuci.

-Pokok di atas seboleh-bolehnya dicuci dengan semburan air / spray ‘Ridomil’ pada pangkal pokok untuk membunuh kuman / virus tersebut.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas repot.

1.Sebolehnya pokok tersebut diletakkan di tempat yang sedikit redup / green house.

2.Siram seperti biasa @ sesekali spray dengan air pada keseluruhan pokok.

3.Jangan letakkan baja hampir 3 minggu & selepas itu bolehlah letak baja (slow release) tanpa NPK.

Selepas repot shgga 3 minggu baja tdk perlu diletakkan.

4. Jika daun masih lagi layu /kekuningan teruk bererti air di media baru terlebih air / air bertakung atau pokok tersebut terdapat virus menjadikan tempat itu sebagai perumah. Lava-lava menjadikan tempat itu tempat bersarang dan menyerang pokok. Pokok ini perlu dicabut kembali dan di sembur dengan ‘ridomil’ pada keseluruhannya dan tanam kembali.

5.Jika pokok tersebut bersaiz besar harap letakkan di tempat kekal dengan alasan sukar untuk dipindah kembali. Pokok perlu di payungkan / ‘netting’.

Pokok yg bersaiz besar yg baru di repot perlu diteduhkan bg mengelakkan kehilangan air (kayu hitam sbg contoh)

Tambahan :

1.Sebelum pokok direpot boleh juga ditanggalkan pasu dan buangkan akar sebahagian bertujuan untuk mengeraskan pokok. (membiasakan dengan kelasakkan / jangan manja) yakni biar merasakan kesengsaraan dalam kehidupan (jangan hidup mewah).Apabila direpot nanti pokok mudah hidup seperti biasa.

Pokok perlu di sengsarakan supaya lebih lasak & mudah hidup apabila dipindahkan pd media baru.

2. Kebiasaannya pokok bebuas ini amat senang di kawal / dijaga.

3.Selepas 3 minggu bolehlah diletakkan dengan baja siraman (organic-slow release) atau diletakkan baja organic (baja soya keeping /bulat).

Baja kacang soya yg di import & baja organik amat sesuai digunakan kpd pokok2 pulau dan juniper.

4. Akhirnya pembajaan seperti biasa apabila pokok sudah boleh ‘survive’ termasuk meracun mengikut jadual secara berkala.

Cara penjagaan "bebuas baby" sama dgn bebuas bersaiz besar (tua).

5.Jika pokok tersebut hidup tapi daunnya kuning bererti kekurangan nitrogen.

6.Jika daun berkerinting (krotok dalam bahasa Kelantan) bererti kekuranagan kalsium.

7.Mengenai zat hara pada pokok tersebut tidak membesar (Berit-bahasa Kelantan) hanya dok macam tu (kata orang Utara) juga kurang kalsium / posporus.

Kebanyakkan bermasalah & memerlukan rawatan segera.

8.Jika daun kuning tetapi urat daun masih hijau bereti kekurangan magnesium.

9.Daun hijau tapi kuning dihujung daun kekurangan zat hara kalium .

Pokok tdk cukup pembajaan & perlu direpot segera.

10. Mengenai penyiraman apabila tanah masih lembab tidak perlu disiram. Saya hanya menyiram 2 kali sehari apabila hari panas iaitu 9.45 pagi dan 4.30 petang. Mengapa? bertujuan mengimbangi suasana lembap dan kering (balance) dan menghindarkan daripada penyakit kulat/virus.

Akhir kata,besar harapan saya jika mahu melihat bonsai Malaysia maju dan berharap ramai memasuki komuniti bonsai (persatuan). Selain dapat berinteraksi positif dengan mendapat sahabat yang lebih banyak dan menambah jaringan (networking) lebih kuantiti/kualiti.

Bonsai menyebabkan kami berpersatuan dan mengenali antara 1 sama lain.

Juga dapat bertukar pengalaman dalam dunia bonsai.Saling menghormati / menghargai perbezaan visi dalam bonsai lebih dinamik iaitu jauh lebih penting lagi adalah “ilmu kehidupan”.

Di atas kesilapan dalam wacana di atas harap maaf.

Salam bonsai selalu dan selamat berkarya.

Sekian.

T/Kasih. Wasalam.

Bonsai itu Indah.

9 comments:

Noryadi said...

Ambo nak ucap timokase ko Sifu ambo ni,penerangan panje lebar berserta gambar2...sungguh menarik. Siap ada tips pembajaan juniper lagi...bulih ambo guna-pakai.

Alang2 membaca jawapan kpd persoalan OP, bulih jgk kita tengok gambar2 dari koleksi sifu yg "luas perjalanan, banyak pengalaman"

Pak Sulis Mirten said...

Waduh bang Hadji, bagos sekali elmu sancang nya. Maafin aq kerna lama gak masukin komentar disini.

Bang Hadji ap kbr keluarga disana ap sehat2 aj? Aq disini sehat2 aj. Aq masih main bonsai tapi ngak seaktif dulu lg. Oh y, liburan thn baru kemana? Ap balik kelantan?

opie said...

Buat Sifu Haji Halim saya amat teruja dengan penerangan,gambar dan juga tips pembajaan dari persoalan serta pemasalahan yang saya ajukan yang menimpa bebuas saya setelah di repot.Saya akan mempergunakan segala penerangan yang telah diberikan untuk panduan bagi Bebuas saya.

saya amat beruntung kerana telah ditemukan dan telah pun menyertai PSBK yang pada pendapat saya orang baru dalam pemainan bonsai ini,PSBK lah tempat yang sesuai untuk mendapat ilmu dan juga tunjuk ajar dari sifu-sifu yang telah mempunyai pengalaman yang mendalam terhadap semua jenis bonsai.

Saya mengucapkan ribuan terimakasih pada haji Halim yang memberi jawapan pada saya,Pada Noryadi yang banyak membantu dan juga pada semua ahli PSBK yang mesra.

"Disini lah tempatnya untuk pemulaan bonsai yang indah"

Adnan said...

Salam Hj,

Saya ada masalah dengan daun pokok Beruas saya.

Daun-daunnya dimakan ulat/serangga. Saya telah spray dengan H2O Fumakila tapi masih terkena serangan ulat/serangga.

Jenis ulat/serangga saya tak cam la pulak tapi nampak macam lalat. Wallahualam.

Sepekara lagi saya nak tahu boleh tak kita guna cecair Serai Wangi brand Afy Hanif pada pokok-pokok bonsai? Saya terbaca bahawa Serai Wangi Afy Hanif boleh digunakan pada pokok buah-buahan dan tanaman bunga bagi tujuan menghindarkan serangan serangga/ulat.

Terima kasih.

Adnan

aidma said...

Terima kasih kepada opie kerana mengemukakan soalan ini...

terima kasih yg teramat sgt kepada Tn Hj dgn jawapan beliau... Amat2 membantu saya...

ini kerana selepas beli n alih pasu, meme bebuas saya mengalami masalah ini... sekarang saya telah ada idea bagaimana utk menangani masalah begini... terima kasih Hj...

Pokok bebuas saya jgk mengalami masalah seperti saudara Adnan... daunnnya gugur dan seperti di makan ulat...Sebesarlah harapan, saya amat mengharapkan tunjuk ajar lg...

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Salam En. Adnan /Aidman,

Sila lihat jawapan tersebut dlm NOB.

T.Kasih /Wassalam.

Rustam Effendy said...

Trma kash kerana myediakan info2 yg berguna kepada peminat bonsai. Secgai org bru dlm bidang bonsai, saya ingin btanya. Saya ada pokok bonsai jenis kemuning, tetapi daun nya menjadi kekuningngan bila saya menukar pasu kpd yg lbh kecil. Ia tdk mati tapi daun kekuningan hijau. Tdk hijau seperti biasa. Harap saudara beri info. Terima kash.

Unknown said...

Assalam.
saya nk bertanya campuran tanah untuk bonsai buxus dan juniper.apakah campuran tanah yg sesuai?

rosy_ila said...

as'salam..saya nak tanya kalau pokok bonsai 2 dari atas tanah boleh ke di alihkan ke dalam pasu...