Wednesday, January 6, 2010

Salam Adnan / Aidma

Dari pengalaman saya daun pokok bebuas ada juga dimakan ulat tetapi tidak seteruk daun limau hutan atau daun muda pokok kayu hitam.

Biasanya serangga suka membuat sarang dan bertelur di daun dan dijadikan perumah. Serangga tadi bertelur dan lava pula memakan daun muda sehingga berlubang dan tinggal urat-urat daun tua.

Kadang-kadang serangga juga menyerang batang-batang muda dan bahagian pucuk. Batang muda membengkak dan apabila dipatahkan terdapat ulat. Di bahagian pucuk pula pangkal daun dan pucuk menjadi hitam dan pucuk akan mati. Namun, tunas sampingan tumbuh kembali selepas itu di bahagian bawah yang masih hidup.

Pucuk diserang serangga pd peringkat awal.

Bagi mengatasinya boleh juga spray H2O fumakila itu pun mungkin bertahan satu hari sahaja. Apabila hujan racun sudah tawar. Harap gunakan racun “sistemik” (decis) iaitu serapannya lebih tahan lama di antara 3-10 hari. Cara menggunakannya mengikut arahan pada botol racun tersebut. Lebih praktikal sebelum membeli berbincang dahulu dengan pegawai kedai baja/racun yang “famous”.Awas jauhi dari kanak-kanak.

Aidma,

Pokok bebuas ini seperti makan ulat dan daun gugur setelah di repot pada media yang baru.
Kebiasaannya pokok yang baru repot seperti bebuas sebolehnya dibuang daun. Nampaknya pokok ini daunnya tidak dibuang. Mungkin gugur disebabkan pemakanan tidak berlaku dari akar kerana masalah berpunca dari akar yang terdapat gangguan. Tambahan pula musim hujan,tanah padat dan kurang oksigen.


Pokok yg baru repot ke dlm media baru, daunnya harus dibuang.

Daun layu juga disebabkan kehilangan air dan proses pemakanan / fotosintesis tidak berlaku. Daun mungkin kering / layu dan gugur. Jika diserang kulat / virus pokok kurang antibody dan daun cepat gugur.

Cara mengatasi :
Jika berpuca daripada tanah, gaulkan dengan “Benomyl” kira-kira 3gm atau sesuaikan dengan media bagi merawat/memperbaiki tanah (micro organisme) dan untuk mematikan kulat.

Tambahan :
Jika pokok bebuas anda berbunga dimana pembesarannya lambat,


Bunga pokok bebuas mesti dipotong bg mempercepatkan pembesaran.

diharap potongkan bunga supaya tunas baru lebih banyak tumbuh/pembesaran lebih cepat.



T/kasih. Wassalam.
Bonsai itu Indah.

6 comments:

Adnan said...

Salam Hj,

Terima kasih atas ilmu yg diberi.

Kena gi cari la pulak racun serangga lepas ni.

Wassalam

WanDin said...

salam tn.hj,
terimakasih yang tak terhingga..kerena tidak jemu2 memberi tunjuk ajar kpd kami..,

najmi said...

Salam Haji,

Tima kasih dengan info yang pelbagai dari haji. Semoga pengalaman orang lama dalam bonsai ni memberi inspirasi kepada kami.

P/s:- Pheh, tak tahan tengok gambar yang last tuh, first time tengok bebuas berbunga merah... kih kih kih

aidma said...

Assalamualaikum hj...
Trima kasih banyaK2...

Memang masalah timbul selepas repot... Tepat telahan tn hj nih...

Penerangan tn hj amat membantu...
nampaknya mcm adnan jgk la saya nih, kena cari racun la plak...

Rupanya berbunga bebuas nih eh...

zamrizal said...

salam Tn Haji.....

saya ada satu masalah yang masih tak selesai2 lagi. iaitu berkaitan daun pokok santalia yang terkena bintik kuning...saya tahu puncanya dari tahi lalat. lalat suka duduk pada daun santaliakan Tn Haji. bila buangan lalat itu terkena matahari pasti daun tu melecur dan kekuningan....dahan tu terus jem...mintak tips sikit Tn Haji....petua2 nak ajo binatang ni....lalat ni kita tau bijak cikitjek...

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Salam Zamrizal,

Sila lihat jawapan tersebut dlm rencana dlm NOB.

T. Kasih /Wassalam

"Bonsai itu Indah"