Wednesday, December 16, 2009

Celoreng Atap

Salam Sdr Riduan / rakan bonsai yang budiman.

Saya sangat berterima kasih / menghargai di atas kesungguhan Sdr. Riduan setiap sumbangan dalam BK sejak awal lagi sampai sekarang dalam kemajuan bonsai tanah air melalui blog BK dan PSBK.

Dalam rencana beliau yang bertajuk “Mesteri Cucur Atap” amat menarik perhatian saya sebagai rakan hobi,sepersatuan dan sebagai sahabat yang mulia dengan positifnya saya cuba tokok tambah apa yang kurang untuk melengkapkan tip-tip ilmu demi manafaat bersama walaupun saya sendiri masih belajar.

Celoreng atap berusia 13 thn.

Celoreng atap bukan sesuatu yang misteri, ianya sebagai ujian/cabaran kepada kita dari Allah untuk mendekati dan mendalami ilmu mengenai sains hayat tumbuhan untuk umatnya. Semoga umat super ini berjaya mengubah dunia yang berupaya menjana kualiti kelas dunia yang bergelar muslim super dalam perkembangan bonsai tanah air.

Nursery Celoreng atap di Besut-1997


Rombongan dr Kuantan meninjau/membeli celoreng atap di nursery di atas.
thn-1997

Pandangan atau pendapat ilmu dalam seni bonsai merupakan sesuatu yang dinamik,harap terus berdenyut bererti seni bonsai terus hidup dan dalam hidup pasti ada perubahan sekecil-kecil apa pun. Bagi sahabat yang menolak angin perubahan,sesungguhnya mereka mengingkari kehidupan itu sendiri.

Habitat celoreng atap semula jadi


Habitat cucur atap semula jadi di pulau.


Celoreng atap pertama menerima anugerah emas, milik Mr. Hoo (Kuantan) dan gayanya menjadi ikutan kemudiannya di seluruh pantai timur. pd thn 2000.


Ciri-ciri pokok yang mempunyai jangka hayat yang lama.

Kebanyakkan pokok yang mempunyai jangka hayat yang lama di mana kayunya mempunyai “density” yang tinggi (yakni kayunya tumpat-solid).

Pembesarannya lambat / lama. Contoh pokok pulai atau pokok batai usia pembesaran 5 tahun sama dengan 100 tahun saiz pokok cengal. (growth rate berbeza dengan pokok pulau)

Pokok yang jangka hayat yang lama ini kayunya keras. Seperti cengal,kruing,tembesu padang, merbau dll.

Jangka hayat juga tidak bergantung pada daun kecil atau besar. Contoh pokok kruing, daun besar dan kecil (tumbuh di lembah / tanah tinggi pun jangka hayat sama saja. Pokok rhu @ asam jawa pun daun kecil tetapi jangka hayatnya lama.

Pokok kayu kapur dikatakan mempunyai jangka hayat yang lama dan bentuknya sesuai digubah pd pokok celoreng atap.

Pokok casurina @ tembesu padang walaupun mati di bahagian atas mungkin tumbuh lagi di bahagian pangkal dengan ada nya anak-anak tunas (anak-anak kopik).

Pada pokok yang density nya rendah seperti jelutong,pulai,celoreng atap atau lain-lain. Pokok yang mana anai-anai suka bersarang memang jangka hayatnya tidak lama dan tidak pasti masa namun bergantung pada kualiti fizikal pokok tersebut. Ada pokok tersebut mati terus @ hidup kembali @ anak tunas lain tumbuh( ecology system@ regroth – tumbuh kembali)

Jangka hayatnya juga tidak bergantung pada pokok itu tinggi atau rendah. Contoh pokok kemahang sangat tinggi namun cepat mati jika dibandingkan dengan pokok ciku atau sebaliknya. Pokok kemahang sel nya lebih besar (cepat reput) malah suka tumbuh di tanah rendah @ lembah jika dibandingkan dengan lain-lain pokok di tanah berbukit / tinggi.

Keistemewaan pokok celoreng atap.

Sejenis spesis yang amat sesuai di buat bonsai. Meliputi warna batang, daunnya yang halus seperti celoreng. Malah batangnya berlurah dan istimewa lagi jika terdapat batang / dahan yang mati (jin /share). Menggambarkan survivel yang penuh kesengsaraan/dramatik melalui bonsai tersebut.

Cucur atap kategori besar.

Mempunyai keunikan tersendiri yakni anggun/sangat harmoni apabila pokok ini matang sepenuhnya . Apabila pokok ini di pamer / display dengan gabungan diantara material yang hidup dan mati amat memukau penglihatan.

Jin/ shari - lebih kuat jika di sapu dengan salfur.

Mudah dibentuk pendahanan seperti pokok bonsai yang lain dan pastikan masa sesuai di waktu pembentukkan. Seboleh-bolehnya waktu kemarau/cuaca panas.


Cucur atap kategori besar.


Punca kematian pokok celoreng atap.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan selain dari apa yang diperkatakan oleh saudara Riduan(BK) :

1- Pokok tidak sesuai di tanam dalam media yang terlalu kecil.

Celoreng atap kategori kecil mendapat tempat kedua peringkat kebangsaan.

thn 1998 (Kuantan)

2- Pembajaan / meracun tidak mengikut masa dengan betul dan mungkin menggunaan dos yang berlebihan. setengah sahabat saya menggunakan baja getah,baja tembakau,baja spray kelapa sawit dll. Kesan permulaannya memang baik ,untuk jangka masa yg panjang tidak sesuai dan bermasalah/mati.

3- Pembajaan celoreng atap sesuai dengan cara pembajaan slow realese dan bukan fast realese.

Sang juara Asia Pasifik
Kategori Assorted- Cucur atap
- thn 2001

4- Lambat menukar tanah / reput apabila akar penuh / air sukar mengalir.

5- Repoting sesuai sebelum sebulan musin hujan.Air mengalir laju / akar belum penuh. Juga prunning di masa yang sama supaya bebanan air pada dahan sewaktu hujan tidak memudaratkan.


6- Penggunaan tanah yang tidak sesuai seperti terlalu kasar/halus/tanah kotor.Lubang-lubang pada pasu tidak di alas dengan net plastic yang berlubang besar sederhana. Sepatutnya semasa menyemai , pasu masa traning dan peringkat matang penggunaan tanah dan lain-lain perlu disesuaikan supaya tidak menimbulkan masalah.

7- Pastikan bahagian kulit luar (primary),bahagian kedua(secondary),dan cambium(dekat kulit kayu) jika terputus di sebabkan virus,luka atau terkoyak di mana menyebabkan pokok akan mati.

8- Begitu juga dengan kulat/hama/kutu/labah-labah seni akan bersarang (perumah) pada daun,akar,ranting atau bawah batang/cabang. Lubang di sebut sebagai perumah,apabila waktu siang hama/kutu/labah-labah seni tidak jelas di lihat pada mata kasar dan malamnya akan keluar.Perumah (generasi kedua) tempat bertelur pada lubang tersebut,telur bertukar kepada lava. Lava pula memakan pada sekitar lubang-lubang hingga kepulor pula dan dahan akar mati. Jika pada akar menjadi mangsa maka keseluruhan pokok akan mati. Manakala daun akan gugur dan ranting meranting.


9- Selepas pertandingan pokok ini dipindah kembali ke dalam pasu yg lebih besar supaya lebih subur/bebas dan tidak terbantut yang memberi kesan sampingan pada pokok.



10- Kerap kenal pasti setiap masalah. Cepat bertindak - mesti tahu puncanya.

Selain mengetahui dan memahami habitat aslinya ketika merawat pelbagai jenis pokok, juga keperluan cahaya matahari dan angin atau cuaca/keadaan alam sangat mempengaruhi setiap pertumbuhan bonsai.

Aspek kasih sayang penting dalam pembikinan bonsai dan permulaan hingga bonsai siap dengan penuh komitmen/sepenuh hati membelai/merawat bonsai dengan sempurna. Bonsai / tumbuhan adalah makhluk hidup,suka dibelai/merespon segala perlaksanaan terhadapnya termasuk kasih sayang.

Setiap individu yang mengatakan suka terhadap seni bonsai,maka seharusnya mempunyai komitmen yang tinggi untuk merawat bonsai dengan baik,dengan kata lain bukan sahaja mengetahui ilmu bonsai tetapi yang jauh lebih penting lagi iaitu “ ilmu kehidupan “. Baik, akhir kata jika terdapat sebarang kesalahan dalam wacana di atas harap dimaafkan. Sekian.

Terima kasih/ Wassalam.

Selamat Berkarya.

Bonsai itu Indah.

9 comments:

Adnan said...

Salam Tn Haji,

Terima kasih banyak atas ilmu2 yg diberikan. Sungguh informatif.

Harap Hj dapat berikan lebih banyak lagi ilmu2 pembonsaian serta biologi pokok2 bonsai.

Saya amat tertarik dengan apa yg Hj terangkan tentang kasih sayang dan belaian terhadap pokok. Saya teramat setuju. Saya ingin mendalaminya lagi. Harap Hj tak keberatan untuk berkongsi ilmu.

Terima kasih daun keladi.

Adnan

zamrizal said...

salam Tuan Haji.....tertanya2 saya adakah bonsai juara2 cucur atap diatas masih wujud lagi.....cantik sungguh bonsainya.... sudah tidak kelihatan di kontes sekitar.

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Salam En. Adnan,

Alahai, saya ini biasa saja dan saya juga masih belajar selagi hayat dikandung badan.

Saya kagum dengan anda/kawan/ahli PBSK sebagai komuniti / sosial service arah integrasi nasional.

Mesyuarat kita / PBSK begitu berjaya / penuh dengan semangat kekitaan , kreatif dan inovatif. InsyaAllah sama-sama kita merealisasikan / impian menjadi kenyataan.

Ya! Dua hari suntuk kita melawat rumah sahabat-sahabat bonsai di Terengganu / Kelantan dengan penuh kemesraan dan kepada sahabat yang lain sampai la tu di lain hari. Rasanya En. Adnan,Wong dan gengnya akan sampai ke KL pada pagi 21/12/09 dan nampaknya sarat dengan metarial. Tahniah.

2-En. Zamrizal,
Harap sihat. Untuk pengetahuan Zamrizal pokok tersebut beberapa tahun menjadi juara dan dijual kepada VVIP. Pokok tersebut agak terbiar dimana dahan dan jin nya patah.

Pada tahun 2008 pokok tersebut dipertandingkan di peringkat kebangsaan (KL).Mungkin disebabkan tidak cukup air siraman (watering)pokok tersebut mati. Di Ipoh juga pada tahun 2007, celoreng atap kategori kecil tempat kedua juga dari Kuantan telah mati akibat perkara yang sama.

Peringatan : Di harapkan mana-mana penganjur pertandingan bonsai yang akan datang semoga lebih komited sebab mereka yang menghantar pokok ke pertandingan berbelanja besar dan pengorbannya terlalu mahal termasuk masa,tenaga,usia,wang ringgit dan juga pengorbanan.

3- Pak Sulis, apa khabar? dan bagaimana prestasi pertandingan bonsai di Malang tempoh hari?

Sekian. T/K / Wassalam.

Bonsai itu Indah.

zamrizal said...

Salam Tn Haji...

terima kasih atas penerangan Tn Haji...patutla tak peernah nampak bonsainya lagi..kesian bonsainya...

harap Tuan Haji dapat paparkan gambar2 bonsai geng2 di kelantan yek...nak pergi sana belum kesampaian dapt tgk gambarpun jadila....buat penaik semangat...

"renung2kan dan selamat beerbonsai"

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Sahabat bonsai yang budiman.

‘Selamat Tahun Baru’. Semoga Berjaya di dunia / akhirat selagi hayat di kandung badan.
Dunia bonsai dalam aspek positif penuh dengan keindahan / warna warni kehidupan sekarang demi kepuasan peribadi. Apabila kita ‘explore’ dunia bonsai dalam kehidupan kita secara total seboleh-bolehnya lebih terarah baik dari segi disiplin ilmu / pengurusan sebagai individu yang disegani dan lagi dihormati.
Bonsai juga adalah penawar stress dan penghubung silaturahim.

t/k / wassalam.

Bonsai itu Indah.

Unknown said...

How to win at casinos with live casino - AirJordan
‎Casinos good jordan 18 white royal blue with live air jordan 18 retro yellow suede store casino games · air jordan 1 retro men ‎Promotions 윈윈 토토 · ‎Promotions air jordan 18 retro yellow suede order · ‎Gaming · ‎Entertainment