Tuesday, December 1, 2009

Assalamualaikum Sdr. Adnan / rakan bonsai yang budiman.

Tahniah, saya menyambut dgn gembira kerana Sdr. mempunyai hobi yang sama dengan saya. Semangat yang tinggi dan semangat perubahan ini nanti merupakan prestasi yang membanggakan dalam perkembangan landskap bonsai Tanah Air.

Sdr. Mengenai baja dan pembajaan saya cuba menjawab berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini secara umum.

Bagi pokok bonsai tersebut, saya menggunakan baja separuh organik NPK 8 + 8 + 8 dan sekarang (5 tahun terakhir) saya menggunakan baja organik Jepun yakni NPK 8 - 9 – 5. Baja ini lagi bersesuaian malah harganya mahal sedikit. Kandungan zat hara nya seimbang.

Jika baja yg digunakan mempunyai nilai NPK (Nitrogen + Phosphorus + Kalium). Jika melebihi 10,11,12 hingga 15 dan seterusnya adalah sesuai untuk pokok berbuah.

Bonsai tumbuh sihat dengan sistem pembajaan yang betul.

Bonsai yang subur / cantik memerlukan zat hara sebagai pemakanannya. Penggunaan mengikut nisbah yang betul bergantung pada media bonsai adakah nipis,besar / kecil yang terbatas di mana baja tersebut mesti sesuai, jangan berlebihan penggunaan atau berkurangan.

Pokok bonsai yang berbuah memerlukan nilai NPK yang lebih tinggi.

Pembajaan pokok asam jawa nilai NPK jangan terlalu banyak ataupun

setidak-tidaknya dengan kadar biasa pun boleh.


Jenis baja : baja organik dan bukan organik :

Baja organik ini melalui proses pelupasan / fermentasi bagi penghasilan kompos kebiasaannya di campur sebagai baja organik. Baja organik ini amat sesuai untuk bonsai dan jika berlebihan diberikan tidak menjadi masalah pada bonsai.

Baja kacang soya (Baja keping ) yang di import dari Taiwan juga dianggap baja organik dan free nilai NPK. Begitu sesuai untuk kegunaan pada pokok pulau dan limau hutan. Boleh juga dianggap sebagai baja sampingan.

Berbincang dengan sifu mengenai penggunaan baja kacang soya pada bonsai

yang terdiri dari pokok-pokok pulau.


Baja bukan organik (an organik) :

Dibuat daripada bahan kimia yang dihasilkan di kilang-kilang di seluruh dunia,dalam bentuk butiran/serbuk dan mutakhir dalam bentuk cairan yang terdapat NPK.

Zat baja kaya dengan unsur makro/mikro dan di masukkan begitu banyak (NPK). N (Nitrogen) untuk pertumbuhan pokok muda,penyuburan / daun. P (Phosphor) merangsang / mempercepatkan pembungaan tumbuhan akar dan buah. K (kalium) mempercepatkan pertumbuhan akar ,antibody terhadap penyakit batang/dahan/ranting lebih kuat,bunga dan buah lebih tahan. Malah terdapat juga unsur-unsur Mg(Magnesium),Ca(Calium) dan S(Sulfur).

Harus diingat unsur makro jangan terlalu banyak(sedikit) seperti Mn (Mangan), Zn(Zinc) dan Cl (Chlor).

Baja akar dan baja daun :

Baja akar :

Berbentuk debu/serbuk @ butiran di tabur di permukaan media. Baja tersebut di serap melalui akar rerambut.

Baja yang digunakan boleh bertindak secara “Fast release / Slow release “. Fast release mudah larut sewaktu menyiram. Contoh NPK berbeza. Jika kadar N tinggi sperti NPK = 20 : 10 : 10 bererti sesuai untuk daun / masa pertumbuahan. Jika P tinggi dimana NPK = 10 : 20 : 10 yang sangat berguna untuk pembungaan dan pembuahan. Manakala K di mana NPK = 10 : 10 : 20 sesuai untuk pertumbuhan akar/batang/dahan/ranting dan lebih kukuh / kuat.

Penggunaan baja ini :

Fast release : tiap-tiap 1 ½ @ 2 – 2 ½ @ 3 bulan.

Slow release : tiap-tiap 3 ½ - 5 ½ bulan.

Kadangkala penggunaannya lebih awal mengikut keperluan pokok maka dos nya lebih sedikit dimasukkan ke dalam media tersebut.

Baja daun :

Boleh terdapat di mana – mana kedai baja @ kebun bunga dan minta nasihat sebelum membeli. Baja ini disembur pada daun terutama bahagian bawah daun pada lubang-lubang daun(stomata) dan di proses melalui fotosintesis. Proses semburan lebih berkesan jika dibandingkan dengan baja akar (bijian).

Baja semburan ini ada kelemahannya seperti cepat hilang/larut pada waktu hujan/siraman. Cepat kering pada waktu panas terik. Pada waktu malam/hari mendung semburan tidak sesuai kerana lubang stomata daun tertutup dan tidak dapat menyerap zat baja tersebut. Sebaik-baiknya semburan di buat pada awl pagi sebelum matahari terbit.

Penggunaannnya : tiap-tiap 1 ½ @ 2 – 3 ½ @ 4 bulan @ lebih awal mengikut keperluan pokok atau lebih awal sedikit mengikut keperluan pokok dengan dos yang minima.

Harus ingat selepas ‘’repoting” di antara 1-2 bulan baja untuk akar/daun boleh diberikan separuh sahaja dan seterusnya pembajaan seperti biasa.

Apabila bonsai berbunga / berbuah seperti pokok asam jawa dan pusaka. Penggunaan baja diberikan dengan kadar lebih banyak bagi kandungan ‘P dan K’.

Baja Tahi Ayam :

Setakat ini, saya tidak pernah menggunakan baja tahi ayam atas alasan baja ini terlalu banyak mengandungi kulat dan virus. Bagi saya, syarikat yang membuat baja ini tidak pernah membuat R & D dengan betul untuk kegunaan bonsai kecuali banyak digunakan untuk tanaman sayur dan ladang2 seperti kelapa sawit dan sebagainya. Kegunaan ini bergantung kepada individu mahu mengguna atau sebaliknya.

Cacing / Baja Cacing :

Pada media bonsai yang terdapat cacing kebiasaannya pokok lebih subur kerana tanahnya gembur (tidak padat).

Tahi cacing kaya dengan organisma mikro yang tinggi, dapat mengimbangi struktur,kesuburan dan kestabilan PH tanah.

Terdapat imbangan unsur-unsur mikro/makro yang stabil.

Penyerapan baja cacing kepada tanaman cepat bertindak.

Lain-lain perkara yang perlu di titik beratkan :

Pemberian baja berlebihan mengakibatkan daun pokok akan hangus dan kerosakkan pada akar terutama akar muda. Biasanya dengan penggunaan baja kimia (bukan organik). Kadang-kadang terdapat pokok yang memerlukan baja lebih kerap. Di harapkan letak baja pada 2 minggu @ 3 minggu satu kali dengan kadar kurang sedikit daripada biasa.

Gunakan B 1 apabila pokok sakit/stress atau lepas repot bagi mengalakkan (merangsang) akar tumbuh dengan lebih cepat.

Musim hujan seperti sekarang tidak perlu membaja kerana selalu hujan /mendung tanpa cahaya matahari & sukar berlaku proses fotosintesis. Jika agak panas (sesekali) harap berbaja sedikit sahaja(elakkan pembaziran).

Perlunya baja untuk menguatkan pokok seperti batang/dahan dan
ranting untuk pertumbuhan mata tunas baru dan daun.

Pada pokok belum matang / separa matang hormon perlu digunakan untuk pertumbuhan mata tunas / akar . Atonik digunakan bersama baja untuk kesuburan daun dan pertumbuhan akar. Retardan pula untuk pertumbuhan tunas dan Novelgro merangsang pembentukkan klorofil dan pembentukan tunas.


Berbincang dengan sifu tentang penggunaan baja organik.
(Kesemua pokok-pokoknya menggunakan baja organik)


Pokok bonsai yang subur, susunan yang kemas dengan sistem pengudaraan

dan pengcahayaan. Selain drpd penggunaan baja dengan betul.

Sdr. Adnan, ini lah pengalaman saya menggunakan baja sejak bermain bonsai. Jika penggunaan tidak sesuai di minta rakan budiman tokok tambahkan. Ah, apa kata Sdr. Najmi atau Noryadi mengenai penggunaan baja pada pokok Sdr. Adnan.

Pokok jenifer begitu subur dengan penggunaan baja organik.
(di rumah sifu Jenifer)

Penggunaan baja organik di negara China, Tibek dan Thailand amat meluas
pada pokok bonsai/ bunga-bungaan.
(gambar kenangan pakaian maharaja Monk/ Mongolia
di rumah sahabat di utara Chiang Mai, Thailand pada 2007)

Manakala Pak Sulis apa khabar? Lama tidak mendengar khabar berita.

Di atas kelemahan / kesilapan bahasa dalam wacana diatas harap dimaafkan.

Selamat Berkarya.

Terima Kasih / Wassalam.

“Bonsai itu Indah”.

7 comments:

Noryadi said...

Usefull & Perfect! Terima kasih Sifu.

Adnan, soalan anda bagus sekali perkongsian ilmu kpd semua kita di sini.

Pak Sulis Mirten said...

Waduh tinggi elmunya pak hadji. Aq cukup bersukur degan kayak sifu2 bonsai di Malaysia, gak simpan elmu.

Foto2 bagus sekali.

Makasih ya pak.

WanDin said...

salam,
Tuan Haji ,berbanyak tkasih diatas penerangan yang amat berguna..disamping gambar2 yang mencabar naluri kebonsaian saya...

adnan.hashim said...

Salam Tn. Hj,

Terima kasih yg teramat sangat atas kesudian Tn Hj menjawab soalan saya. Semoga Allah panjangkan umur Tn Hj agar dapat terus berkongsi ilmu dan memudahkan Tn Hj terus berkarya.

Seperti kata Pak Sulis & WanDin, tinggi dan dalam sungguh ilmu perbonsaian Tn Hj. Gambar2 yg yg diattachedkan menggetarkan jiwa saya dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk mendalami ilmu bonsai.

Pemain baru seperti saya memerlukan banyak motivasi, tunjuk ajar dan nasihat2 agar semangat bonsai ini tak menjadi hangat2 tahi ayam. Jesturu saya amat berharap Tn Hj tak jemu menjawab soalan2 saya dan juga tak jemu membimbing pemain-pemain baru macam saya dalam merealisasikan impian bonsai.

Besar harapan saya agar dapat berjumpa Tn Hj di KB nanti dan harap dapat bertandang kerumah Tn Hj satu masa nanti untuk melihat bonsai2 hebat hasil karya Tn Hj.

Terima kasih sekali lagi.

Wassalam.

Adnan
Shah Alam

madsoghe said...

Salam pada sahabat bonsai semua,,,

bila kita teliti & renungkan dari huraian/ penerangan oleh tuan haji ,
pasti kita terfikir macamana dan berapa lama untuk mencapai pengetahuan tentang bonsai seperti yang tuan haji terangkan itu?
mungkin 8 tahun atau 10 tahun mungkin juga 15 tahun ,
bila kita perhatikan dunia bonsai sangat rancak dan semakin maju,maka kita semakin terhibur dengan hobi kita , namun persoalanya :
adakah kita masih menikmati kerancakan pada 15 tahun akan datang? ,
Dan bagaimanakah untuk mengekalkan kerancakan tersebut?

Maafkan saya andai tersalah / terkasar bahasa,

Wassalam,,,,

WanDin said...

salam Tn.Haji,
Saya juga seperti Md.Soghe..tertanya-tanya berapa lama tempoh masa yang diperlukan utk menguasai ilmu bonsai ni..,dan dari pergaulan saya bersama peminat seni saya perhatikan tempoh masa yang panjang bukanlah satu jaminan untuk menguasai seni ini..tetapi masa yang diperuntukan ,tahap komitment tehadap seni ini serta mendapat bimbingan yang betul dan berterusan adalah faktor penentu..dan yang leebih penting sikap keterbukaan kita didalam menerima pandangan dan tunjuk ajar..seni ini hidup bersama kita ,ianaya bukan satu lagu rock atau irama dangdut yang mempunyai tempoh masa populariti..,saya percaya selagi hayat dikandung badan ,selagi itulah seni ini mengalir didalam jiwa kita..pastinya KITA yang menentukan halatuju kemana seni ini hendak dibawa?adakah sekadar untuk memeriahkan pertandingan atau mensabatikan seni ini bersama-sama..dengan diri kita,saya melihat komitment dan keutuhan semangat Tuan Haji yang saya kenali pertengahan 90an sebagai satu inspirasi utk terus menimba ilmu didalam seni ini,

maaf jika ada terkasar bahasa,

bluesnya kehidupan ini said...

salam,mmg bgus blog ni,saya pun tgh cari pkok sinai dan pkok asam jawa.mmg byk d kg saya.