Sunday, May 17, 2009

PENJING 2

Jawapan soalan Azlan,

Salam / TK. Azlan / sahabat bonsai yg meminati penjing. Terima kasih di atas pertanyaan. Semoga di rahmati Allah.

Dalam setiap bidang yg paling penting ialah minat dan ilmunya boleh di cari. Sama juga dalam pembuatan penjing.

1) Pemilihan batu.

Batu banyak jenis, ada yg berat / ringan, mudah dipotong / diukir, ada yg licin/sebaliknya. Dalam pembuatan penjing seboleh-bolehnya cari lah batu yg ringan supaya pasu seramik @ marble dapat menampung beban pada landskap apa yg kita ciptakan.

Antara kriteria batu yg sesuai untuk penjing ialah ringan, pelbagai jenis yg terdapat di tepi pantai, gunung, sungai dan bukit.

Contoh:

Batu Gunung

Batu Gunung Berapi

Batu Kapur

Batu Pantai

Batu di atas mudah dikerjakan kerana ringan, mudah diukir, berlubang (semulajadi), serap air dan paling di gemari.


Setiap batu yg di pilih mesti mempunyai :

i. Warna, ringan & mudah dipotong/dibentuk.
ii. Warna hampir sama
iii. Mempunyai garisan @ struktur yg serupa.
iv. Pandai memilih muka pada batu. Contoh tebing sungai / alur. Pilih batu yg mempunyai sifat tersebut (tidak payah di pahat –lebih asli). Malah memilih batu yg unik untuk dijadikan muka (perlu ditonjolkan). Pattern yg dipilih sesuaikan dgn batu yg ada (kena kreatif). Pemilihan muka ini sama juga dgn pokok bonsai (mana depan mana belakang / kiri @ kanan , ‘curve’ batu asli juga cuba ditonjolkan)
v. Mesti ingat batu pertama di bahagian bawah permukaan pasu mesti dipotong sama supaya lebih semula jadi apabila disimenkan.

Contoh:




Untuk pengetahuan batu penjing ini tiada nama model / bentuk seperti literati , raf dll. Hanya pada pokok sahaja , apakah pokok yg sesuai untuk tanam?

2)Pemilihan pokok.

Saya tahu Azlan sukakan penjing yg besar, maka pasu/pokoknya mestilah besar (balance). Berat pula mengangkatnya. Jenis ini dikenali penjing pokok (shujuang pokok bonsai). Di Negara China saiz ini sebesar dinding luar rumah pun ada (bayangkan).
Petternnya bergantung pada diri kita, adakah pasu empat segi / bujur. Begitu juga jenis pokok dan bentuknya.

Mana-mana pokok yg boleh dibuat bonsai dan boleh digunakan pada landskap penjing. Pokok spt santalia, kesinai , bebuas, kayu hitam, kasurina (pokok rhu) dll.

*jika kita menggunakan pokok kecil spt seresa (seribu bintang), pokok bonsai miniature (kecil) maka saiz penjing kita lebih kecil.

*susun atur pokok kena sesuai. Jgn hentam/letak saja.

Gambar.

Gambar A


Gambar B

Keterangan gambar di atas:

Gambar B lebih harmoni. Kedudukan rumah dan orang lebih sesuai jika dibandingkan dengan gambar A (dll pentaksiran...)

3) Pokok yg ditanam tak kira dalam apa bentuk penjing, kita kena tanam dgn sistem yg betul.

Tanah kena tapis (buang debu). Harus diingat setiap bukit/gunung di mana tapaknya kosong, bertujuan untuk diisi tanah /tanam pokok. Di bawah sekali diisikan batu-batu kecil supaya lebih tinggi drpd paras permukaan pasu/paras air. Apabila tanah bercampur pasir/tanah gunung berapi di isi penuh dan akhirnya pokok ditanam. Apabila pokok tersebut disiram akan hidup segar spt biasa tanpa carak air. Jika air penuh di permukaan pasu letakkan towel / kain buruk dll di bahagian belakang yg terlindung dan air akan menitik keluar perlahan-lahan. Harus di ingat bahagian belakang di tengah-tengah adalah kosong tanpa dinding batu bertujuan utk meringankan beban. Akar pokok juga perlu udara.

Manakala di bahagian tinggi sediakan ruang kosong yg sesuai dengan saiz pokok (imaginasikan). Lubang disediakan untuk air keluar dan letakkan net plastic. Tempat untuk tanam lumut pun sama saja. Lubang tempat keluar air sesuai diletakkan lumut / net plastic dan tanah seboleh-bolenhya bercampur lumut bg mengekalkan kelembapan.

Contoh.


Sistem siraman seperti biasa 2kali sehari. Apabila pokok nampak layu siramkan sedikit/spray. Sistem mist bermeter digalakkan (timing system).
Sistem pembajaan /racun spt biasa. 2 minggu sekali mengikut nisbah sebenar.

Contoh gambar.


4) Konsep. Dalam soalan tersebut kurang jelas. Definasi konsep ialah tanggapan @ pengetahuan dalam fikiran tersendiri sbg contoh berkonsepkan kemelayuan (contoh l/belakang @ aksesori)
Mungkin tanggapan Azlan mesej yg hendak disampaikan seperti dataran tanah rendah, pergunungan, lembah implikasi survival /penghidupan, kesan hakisan kimia / fizikal dsbnya. Konsep pembikinannya juga berdasarkan 3D. Begitu juga dengan mainan warna sama dengan penggunaan “drawing” - lukisan.

Contoh penjing “go back to China”. Apakah motif / masej yg hendak disampaikan?

Tambahan : Asas warna simen yg perlu ialah 5 warna (putih,biru,hijau,merah dan kuning). Warna tersebut perlu dicampurkan dengan simen biasa (lebih kuat) untuk mewujudkan sama dgn warna asal batu sewaktu hendak menyambung batu-batu untuk membuatnya.
Penggunaan simen lambat kering, jika mahu cepat gunakan silicon.

Azlan, apa yg saya jelaskan ini adalah hasil pengalaman saya yg kurang terdapat pd buku. Saya cedok hanya gambar-gambar sahaja. Begitu juga dengan bonsai jika kita harapkan pd buku sampai bila kita akan ketinggalan.

Azlan, tentang alamat kedai bonsai di Bangkok / Pattaya kawan saya sudah lama tidak pergi malah beliau menumpukan pembelian di “SUNDAY MARKET” (SUNCHAT) di Bangkok. Pada setiap hari rabu di adakan “Hall Sale” manakala pd hari Sabtu/Ahad barang dijual pd harga biasa (runcit), termasuk pokok bonsai/aksesori. Tempat ini berjalan satu hari tak habis, brg-brg terdiri drpd seribu satu dan terdiri dari pembeli/pelancong seluruh dunia. Hotel yg paling dekat :

PRADIPAT HOTEL
173/1 Pradipat Road, Bangkok 10400,
Thailand.
Tel : 2781470
Fax : (662)2781478.

Sdr. Dwan dan ahli PSBK.
Bilakah projek penjing akan dimulakan? Kalau tidak kita siapa lagi.
Saya sendiri telah order pasu penjing (marble) buatan China melalui Sdr. Noryadi disebabkan beliau tinggal di K.L. Insyaallah sebelum akhir tahun ini saya cuba siapkan setidak-tidaknya satu. Semoga bonsai di halaman rumah kita multi warna.

Jika ada sebarang masalah dalam pembuatan Penjing, sila hubungi saya melalui telefon - 019-9843518.

Sekian terima kasih. Jumpa lagi.

Wassalam.

“Bonsai itu Indah”.

3 comments:

Noryadi said...

Abg Hj,
Sungguh padat dgn input2 berguna tentang penjin...ilmu baru utk kita semua.

Thanks.

Noryadi said...

Berapa pokok abg Hj hantar ke Penang & KL hujung bulan ni nanti?

azlan nayan said...

assalamualaikum wrt

Tn.Guru Hj Halim,,,terharu saya diatas perhatian yg telah di berikan, sungguh padat dan amat berguna sekali ilmu dan pengetahuan yang diberikan itu. Akan saya cuba satu hari nanti untuk memiliki penjing buatan sendiri sekadar mampu. Betul macam cakap Tn.Guru, asalkan minat tu ada ilmunya boleh dicari.
Berkenaan dengan adress di Thai itu pun dah cukup, bila ada kesempatan masa nanti senangla untuk panduan saya kesana. Asalkan dah tahu dimana dan tempatnya tu pun dah kira sgt ok. Tak teraba-raba lah saya. Ada juga Rakan-rakan saya yg sering keluar masuk dari thai , dah tempatnya seperti ini, mungkin lebih senang utk dijadikan panduan, tp bukan sekarang masanya, pintu sempadan ketat sekali,siapa yg kunjung ke sana akan dikuarantin dahulu bila masuk blik ke Malaysia "seolah-seolah merawat pohon bonsai yang sedang sakit" akibat virus H1 N1.

Sekali lagi terima kasih yg tak terhingga di atas ilmu dan pengetahuan yg telah diberikan ini. Saya yg masih baru "ber tak teh" didalam ilmu pembonsaian ini...penerangan dari A - Z ini akan dijaikan panduan serta sumber rujukan kepada saya.
Semoga dirahmati Allah dan senantiasa dimurahkan rezeki.

"sharing is learning"

azlan nayan