Saturday, May 9, 2009

PENJING

Noryadi said..
Tn Hj Abd Halim,
Nak minta tunjuk ajar sifu sikit kpd hamba yg jahil ni.
Apakah prinsip2 utk mencipta penjing & landskap bonsai? Apakah unsur2 yg perlu dititikberatkan dlm penciptaan gaya ini?

Salam.
Terima kasih Noryadi dan rakan bonsai
Semoga sihat /bahagia.
Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana lambat menjawab dan ramai menunggu wacana dari saya kerana saya sibuk sedikit dgn kerja-kerja peribadi.


PENJING
Panorama Alam Semulajadi


Pemandangan semulajadi di Kuala Abang, Dungun Terengganu.


Pemandangan Semulajadi di Negara China.


Penjing di atas sbg kenangan penyerahan Hong Kong oleh British kepada China ( go back to China )- pd 1 Julai 1997

Penjing adalah seni cina yg melahirkan sebuah landskap mini atur yg cantik dlm sebuah bekas pasu (kontena) bg mewujudkan satu illusi (bayangan/khayalan) mengenai alam maya. Istilah yg lebih mudah ialah “landskap dlm pasu”.

Penjing terdiri drpd 2 perkataan iaitu “pen”-pasu @ bekas , dan “jing”-pemandangan. Manakala bagi masyarakat Jepun di panggil “saikei”.

Persembahan penjing ini oleh artistic di bidang ini sememangnya hebat melalui inspirasi yg dipersembahkan dengan jelas melawan perameter penghasilan bonsai.

Dalam permulaan wacana ini, penjing boleh di bahagikan kpd 3 kategori :-
1. Penjing pokok (shumu penjing)
2. Penjing landskap (shamshui penjing)
3. Penjing tanah dan air (shuihan penjing)

“Basic” filosofi yg digunakan dalam mencipta penjing ialah inspirasi alam semula jadi (imitasi alam) meliputi setiap ruang lingkup, di mana tumbuhan di tanam lebih “semulajadi” , merangkumi penggunaan batu-batu,manusia,binatang dsb. Setiap implikasi yang berkaitan sehingga sekecil-kecilnya.

Mainan warna juga di utamakan supaya “nature” yang dipaparkan lebih realistik dan memukau penglihatan.

PRINSIP.
Prinsip atau dasar yag perlu ada dalam mencipta penjing / landskap bonsai (shujuang – pokok bonsai) di antaranya :
1. Berpengetahuan / berilmu
2. Daya imaginasi yng tinggi / bersemangat.
3. Berkebolehan mengubah seperti mengukir @ mengubah berdasarkan imitasi alam lebih realistik (kreatif).
4. Mengadaptasikan alam berdasarkan budaya setempat atau lebih universal.
5. Setiap apa yg di buat, digabungkan dengan unsur-unsur bagi melahirkan keharmonian dalam setiap komposisi ruang lingkup penjing yakni apa yg kurang / yg perlu. Apa yg dicipta oleh artis-artis itu , mereka perlu tahu apa yang kurang / apa yang salah. Semoga penciptaan lebih seimbang (balance).
6. Bergantung kpd material yg ada pd kita / pokok / batu dll.


UNSUR

Unsur / elemen yg diguna pakai dalam setiap rekaan / bentuk penjing berhubung kait di antara satu sama lain sehingga melahirkan landskap yang cantik , entiti yg lengkap dan lebih semulajadi. Hiasan-hiasan atau bahan-bahan yg perlu ada ialah :
1. Bekas yg ringan dan amat cantik spt pasu /dulang, seperti pasu seramik / marble pelbagai warna/saiz tanpa lubang. Ada yg berbentuk segi empat tepat,segi empat sama,melambangkan lebih maskulin manakala yg berbentuk bujur & bulat menandakan lebih halus dan feminin. Bekas ini dalam sebutan cina ialah “shuipen” dan sebutan jepun “suiban”.
2. Bahan hidup spt tumbuhan / pokok , air, lumut dan rumput.
3. Bahan-bahan mati (aksesori) sekecil-kecil seni bina untuk menyelesaikan penyampaian seperti batu-batu besar/kecil , jambatan, binatang,rumah-rumah,perahu,orang-orang,dewa-dewa dsbnya. Contoh pemilihan batu,cari yg ringan-ringan untuk mengelakkan pasu pecah sewaktu penyusunan @ pindah tempat.
4. Mainan warna / peranan warna. Bagi melahirkan suasana yang lebih realistic baik pada benda-benda hidup @ mati.
5. Batu yg di pilih seboleh-bolehnya mempunyai warna dan struktur yang hampir sama.
6. Batu juga perlu ada lubang dan garis lurah untuk memudahkan rumput dan lumutuntuk ditanam / mudah hidup. Seboleh-bolehnya cari batu yg ringan, mudah disambung / melekat / mudah diserap air.
7. Apabila penjing siap, kita akan melihat aliran "pokok, batu-batu, dan corak umum benar-benar mengikut satu bentuk selari".
8. Peralatan pembuatan spt peralatan tradisional dan moden ialah pahat,tukul,berus besi,simin silicon, berus cat , mesin grainder dll.

CARA-CARA MEMBUAT PENJING.
Contoh :


Peringkat pertama


Peringkat kedua


Peringkat ketiga



Peringkat akhir (siap)

Dalam pembuatan penjing seharusnya kita merancang bentuk landskap yg hendak dibuat. Kedudukan komposisi pergunungan,bukit-bukit,serta jenis pemisah (sungai/lembah) serta tumbuhan spt bukit bukau yg tidak rata / hutan beralun.
Kedudukan batu (rock) bertaburan mengikut budi bicara seniman, bersesuaian dengan pergunungan. Ketinggian deretan tidak terhad. Batu besar memainkan peranan utama dalam menghidupkan suasana penjing.


Bergantung kpd komposisi boleh jadi cetek menurun ke lembah / sungai atau mewakili daratan tinggi pergunungan.
Kedudukan sungai / air adalah mustahak iaitu kedalamannya pd muka kuala dan sebaliknya. Kedudukan keseluruhannya mesti seimbang (balance)berdasarkan 3D. Berkemampuan mengguna inspirasi mencari idea-idea, tema, motif-motif serta pengetahuan teknikal dan holtikultur.

Cara-cara membuat landskap bonsai berdasarkan gambar :







PENGGUNAAN AKSESORI PENJING / LANDSKAP BONSAI.

Setiap aksesori mesti di letakkan di tempat yg betul.

Contoh-contoh aksesori:











Dalam pertandingan penjing / landskap bonsai, jika setiap aksesori yg diguna pakai diletak di tempat yg tidak sesuai markah akan dipotong, begitu juga dengan mainan warna, balance dan keaslian yg akan dikenal pasti oleh para juri / pengadilan. Lagi besar penjing / landskap bonsai kebiasaannya kesilapan lagi banyak.

Antara kesilapannya ialah :


Nisbah tidak sama


Tidak seimbang (terkeluar)


Saiz semua besar dan kedudukan pokok sama


Susunan jauh berpisah


Tidak seimbang-besar di tengah


Banyak ruang kosong


Kedudukan berlawanan


Saiz tidak sama


Saiz hampir sama, kosong di bhgn bawah


Ruang terlalu padat

Antara kesilapan pd landskap bonsai:

1. Kedudukan pokok utama tidak sesuai, tidak kira apa bentuk seperti bentuk formal, raf, semi cascade dsb nya dan penggunaan pasu yg lebih sesuai / elegent.
2. Bumbung utama/ psilara/ canopy pokok mesti berada dalam kawasan pasu dengan kata lain jangan terkeluar.


3. Dahan jangan terlalu banyak keluar drpd pasu kecuali sedikit sahaja spt dahan utama @ dahan pertama.
4. Pokok bonsai lebih terserlah drpd landskap dan sebaliknya. Sebagai contoh jika landskap lebih cantik drpd pokok cuba cabut bonsai tersebut adakah masih menarik? Jika tidak pokok lebih terserlah drpd landskap.
5. Penggunaan aksesori dengan betul lebih realistic. Begitu juga pembinaan landskap spt sungai,lembah,tanah dataran,lumut . Kedudukan pokok naik turun, variasi dahan, mainan warna, balance dan berdasarkan 3D.
6. Pokok mesti subur / sihat – bagaimana ianya dilatih dgn sempurna dlm sebuah landskap.


Kategori penjing yg biasa di pertandingkan ialah :

1. Penjing pokok (shumu penjing / landskap bonsai )
2. Penjing landskap (shanshui penjing / rock penjing )
3. Bigua penjing (penggunaan plate & stand)



4. Penjing tanah & air (shuihan penjing)
5. Shushue penjing (tree & stone)
6. Lain-lain mengikut kreativiti seperti gabungan di atas.

Contoh : Beberapa penjing yang siap.












Penjing - Musim Salji



Contoh : landskap bonsai yg sempurna.



Landskap bonsai - "Dobrak" - Mentigi


Landskap bonsai - Pokok Santalia

Landskap bonsai - Pokok Kesinai

Percambahan idea bersama kawan-kawan

Sebenarnya di Negara kita sudah lama penjing / landskap bonsai wujud,namun di sebabkan perkembangan bonsai lebih berkembang maka penjing semakin malap.



Penjing ini dibuat dari fosil yg terdapat dr Gua Niah, Sarawak. Milik En. Abd Halim (Gambar di bawah)




Kunjungan kenalan dari Miri, Sarawak- En. Abd Nasir/isteri
serta En. Abd Halim (1 Mei 2009)
(berbincang tentang bonsai/penjing)


Di Negara China, penjing di jual di merata-rata tempat baik di pasaraya,di kedai khas atau di kebun-kebun bunga dengan harga yg begitu murah malah cantik,unik dan amat memukau sesiapa sahaja yg melihatnya. Sayang tidak boleh bawa ke Malaysia atas dasar undang-undang Negara.


penjing berbentuk awan

Dalam pembuatan / minat terhadap penjing / landskap bonsai / bonsai merupakan satu hobi yg baik, bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi daya kreativiti / cara berfikir seseorg malah melahirkan gaya hidup lebih sihat yg boleh membebaskan diri kita daripada tekanan hidup seharian.

Jika terdapat kekhilafan bahasa dalam wacana di atas harap maaf.

Daun selasih daun keladi,
Keladi ditanam di tepi tanjung,
Tanjung bernama Tanjung Karang,
Tempat orang mengail sepat,
Hati kasih kerana budi,
Budi baik rasa nak junjung,
Sampai bila di kenang orang,
Kenangan sampai ke akhir hayat.
T/K. Wassalam.

“Bonsai itu Indah “.

17 comments:

Noryadi said...

Wow,betul2 hebat dan lengkap. Agak susah utk kita mendapatkan sumber input sebegini krn kebanyakan buku2 penjin berbahasa cina/jepun. Buku2 bonsai banyak tapi penekanan khusus kpd penjin adalah kurang. Jadi kita kurang terdedah kpd seni penjin ini dan teknik2nya.

Memang betul apa yg dikatakan orang tentang kehebatan guru kita ini.

Persoalan saya, dalam perspektif pertandingan bonsai di negara kita dewasa ini, bolehkah penjin dimasukkan utk pertandingan sedangkan tiada kategori untuknya? Apakah pengadilannya berdasarkan penjin itu sendiri atau diadili mengikut kategori bonsai?

Anyway, terima kasih atas kesudian Hj Halim berkongsi ilmu di sini.

Ahmad Farus said...

As salam Tn,Haji,
Seni penjin ni memang menarik,dan saya ada juga ambil kisah hal ni berpandu pada bahan rujukan dan sebagainya,Cuma,tiada terjumpa penghasilan produk tempatan yg menonjol.Apakah pokok yg bersesuaian(pokok tempatan)digunakan dan mungkinkah menarik adanya jika penggunaan bahan assesori tempatan (rumah kg.melayu ke atau pondok dusun)diganti dgn.pagoda atau mirip budaya cina dan jepun yg.biasa disusunatur.? Tq.

bonsai kita said...

Askm buat Tuan Hj Halim semoga sihat sentiasa.
Tahniah dan terima kasih kpd Tuan Hj Halim,di atas penerangan yang berguna dan lengkap tentang penjing ini kepada kita semua.Saya percaya tuan hj Halim memang pakar dalam seni ini.

Pelbagai tafsiran keindahan panorama alam dapat digambarkan apabila melihat karya seni ini.
Penjing mengambarkan kehebatan kreativiti seni dan Keupayaan pengubahnya yang mengimitasikan pada alam yang indah dan mendamaikan jiwa.


Menurut sahabat saya Ah Tai(yeo Chon yuu) terdapat unsur pemujaan dalam seni Penjin ini dan sebelum membentuknya terdapat mentera2 tertentu yang dibaca. Menurut kepercayaan mereka roh atau semangat alam akan terserlah dalam seni penjing yang mereka hasilkan.Bagi kita orang Islam mgkin benda macam ni dianggap khurafat.

Saya berharap agar tuan hj Halim tidak jemu untuk memimpin dan memberi tunjuk ajar kepada kita semua.Maklum balas yang saya terima ramai yang ingin mengenali dengan lebih dekat lagi siapa Hj Halim ini kehebatan tn hj dalam dunia bonsai memang sukar ditandingi.Saya berharap agar suatu masa nanti Tn Hj Halim dapat menceritakan tentang sejarah Tn Hj Halim sendiri dalam dunia bonsai ini,t.kasih

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Noryadi,

Terima kasih atas pertanyaan di atas.

Setakat ini penjing tidak pernah di pertandingkan di negara kita kerana perkembangannya tidak begitu pesat seperti di negara China/Jepun.

Penjing pertama kali di pamerkan sewaktu ASPAC Kuala Lumpur pada tahun 2001 di Seri Kembangan.

Penjing tidak sesuai di pertandingkan bersama bonsai. Tidak semua pengadil bonsai yg arif tentang penjing (penjing/bonsai mempunyai definasi yang berbeza). Penjing yang sesuai di pertandingkan bersama bonsai ialah penjing pokok/shujuang pokok bonsai seperti landskap/grouping. Sebagai contoh, bonsai dobrak (lihat rencana).

Semoga berjumpa di Wann Yiing Artcentre di Sijhou Park, Chung Hua, Taiwan - ASPAC ke-10 pada 30 Oct - 2 Nov 2009.

Ahmad Farus,

Pertama sekali tahniah adik mempunyai hobi yg sama dengan saya. Ahmad Farus/Noryadi adalah pelapis saya. Teruskan, harapan saya anda adalah "role model" di bidang ini.

Produk tempatan ada tetapi tidak banyak yang menonjol. Mungkin juga mereka yg berminat kekurangan ilmu di bidang ini. Mulai sekarang, sama-sama berusaha mengasah bakat dalam bidang ini.

Semua pokok tempatan yg boleh dibuat bonsai boleh diguna pakai untuk penghasilan penjing pokok/landskap. (Lihat rencana dan gambar landskap bonsai)

T/kasih. Aksesori tempatan amat sesuai jika ada/boleh dicipta rekakan, ianya menggambarkan kebudayaan/nilai estetika masyarakat kita. Soalnya susah nak buat, nak senang cari saja yg "ready made". Di Thailand sewaktu saya ke Bangkok 5 tahun lepas, aksesori ini banyak terdapat di Nursery Bonsai bersesuai dgn latar belakang masyarakat kita. Jika Ahmad Farus mahu, hubungi saya melalui kenalan yang berurus niaga pokok orkid di Bangkok/Pattaya.

Apa khabar Pak Sulis/Azlan Nayan? Lama tidak dengar khabar berita....

Jumpa di KL Open pada 11-15/6/2009.

Sekian. T/K.
Wassalam.

"Bonsai itu Indah"

WanDin said...

salam buat semua,
Budi ditabur disangjung tinggi,
Ilmu dicurah tidak terperi,
Keiklasan tuan amat dihargai,
Doa kami semuga tuan sentiasa diberkati illahi,
Semuga dapat terus berbakti,buat kami yang masih bertatih ini.
Berbanyak terimakasih kepada tuan haji diatas pekongsian ilmu.

Noryadi said...

Terima kasih atas penerangan guru. Bila la pertandingan bonsai di Malaysia ni akan diadakan kategori penjin ya....

azlan nayan said...

assalamualaikum wrt ...

Yang saya hormati Tuan Guru Hj.Halim... apa kabar? Semoga sihat dan senantiasa di rahmati Allah swt.

Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf jikalau kelambatan yang begitu lama sekali tidak menulis komen didalam blog bonsai ini, tp walaupun saya tidak pernah menghantar komen , boleh dikatakan setiap pagi saya akan membaca blog bonsai dulu untuk mengikuti perkembangan para pencinta seni bonsai , sebelum memulakan kerja.

Saya amat meminati seni bonsai yang berjenis penjing ini, tetapi saya belum memiliki koleksi seni bonsai yang berjenis tersebut, kesempatan ini , saya yang jahil ingin bertanyakan kepada Tn.Guru Hj. Halim dari segi pemilihan batu yang betul betul berkualiti utk di jadikan batu seni penjing ini,

1.
Bagaimana mengenalnya? Jenisnya? Kritiria yang layak utk dijadikan batu penjing? saiznya? adakah batu penjing ni mempunyai nama model-model seperti model bonsai di dalam istilah penjing?

2.
Dari segi pemilihan pokoknya pulak, model yang macamana yang paling sesuai utk dijadikan penjing? Jenis pokoknya ?

3.
Bagaimanakah untuk mengekalkan agar penjing tersebut senantiasa segar dari segi pokoknya, lumutnya, tanahnya, bajanya boleh dikatakan juga jikalau kita lihat seni penjing ini menggunakan tanah yang begitu sedikit, seolah-olah tidak temampu utk menampung pokok-pokok yang hidup di tanah tersebut, tetapi dengan penjagaan yang rapi pokok-pokok tersebut seolah-olah hidup liar di tanah yang luas, penjagaan tersebut yang saya ingin ketahui bagaimanakah untuk memaintainnya..?

4.
Adakah penjing juga mempunyai konsep yang tersendiri? Jikalau kita perhatikan mmg setiap penjing berbeza dari satu yang lain, adakah ia mempunyai konsep-konsep yang sesuai untuk Penjing?

Dengan penerangan Tn.Guru Hj. Halim ini kesangsian saya terhadap seni bonsai Penjing ini akan terjawab dengan ilmu-ilmu yang boleh dijadikan panduan utk pencinta seni bonsai ini.

Semoga Tn.Guru.Hj.Halim terus memberi dan berkongsi ilmu seni bonsai ini dari masa kesemasa, segala ilmu yang diberikan selama ini amatlah bermakna untuk dijadikan panduan kepada pemain-pemain dan pencinta seni bonsai di tanah air kita.

Jumpa di kl nanti.TQ.

Sekian

Azlan Nayan

azlan nayan said...

Tn Hj...

Ade contact nursery bonsai di Thailand..? Adressnya sekali...

Sebelum ini saya dah cuba menjejaki kayu hitam di pulau langkawi...tetapi hambar....pokok bebuas ada la...tn Hj, tahu tak di mana lokasi yang tepat sekali di pulau tersebut...jikalau tahu boleh bagi peta atau petua untuk kesana..

TQ

azlan nayan

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Salam / T/kasih

Sdr. Dwan yg budiman, semoga sihat selagi hayat di kandung badan.

Really,saya berbangga krn sdr. cuba memertabatkan dunia bonsai tanah air. Malah sanggup berkorban masa/tenaga/usia dan wang ringgit ,suka/duka di bidang ini.
Dalam bidang penjing skopnya terlalu luas,baik dr segi fahaman/inspirasi/falsafah orang Cina. Contoh fahaman tradisi ajaran Taoism (Daoism) dan Buddha dalam ciptaan seni ini hingga sekarang. Artis-artis penjing ini inspirasi mereka bukan sahaja pd imitasi alam tetapi juga berdasarkan puisi tradisional melalui tulisan (kaligrafi).

Masyarakat cina klasik/moden dalam sesuatu ciptaan selalunya berdasarkan “Fengshui” semoga lebih keuntungan/kemakmuran/bersemangat.

Contoh :
Lihat penjing penyerahan Hong Kong oleh British kpd China (1/7/1997). Apakah idea-idea / motif / tema serta pengetahuan teknikal penghasilan tersebut.
Landskap tersebut adalah pulau Hong Kong,kota raya pesat membangun. Di hiasi dgn pokok yg condong (winswape) ke arah tanah besar Negara China dengan penuh simbolik. Pokok menggambarkan struktur rakyat Hong Kong amat seronok / bebas drpd belenggu imperialis British dikembalikan kpd China.

Latar belakangnya pula spt cuaca/awan,aliran air/ombak dan mainan warna yg menggambarkan semangat/masa depan yg lebih cerah/tekad perjuangan berterusan (go back to China). Dengan kata lain setiap seniman penjing harus tahu setiap ritma bagi nature apa yg tersirat dan tersurat pada karyanya dan begitu juga dgn kepekaan para juri /pengadilan yg bijak.

Sdr. Dwan, saya tidak pakar dalam bidang ini,hanya minat bermula sejak zaman bujang lagi. Lahir minat ini bermula apb kerap kali ke rumah pakcik di Singapura tahun 70an/80an melihat taman ukiran patung China berbagai motif/tempat (terlupa nama) sebelum melancong ke Pulau Sentosa,melihat pameran “musium gun” kesan perang dunia kedua. Ilmu juga dimiliki drpd bacaan, kawan-kawan dan sifu dibidang ini (ada yg sudah meninggal @ lost contact). Dulu-dulu ada juga belajar penjing (zaman bujang) tetapi separuh jalan maklumlah kerjaya berpindah randah,malah bonsai senang dibawa manakala penjing amat berisiko /mudah rosak / pecah.

Di bidang seni, untuk mendapat ilmu secara mendadak sememangnya sukar ianya memerlukan masa, penghayatan, minat,pengorbanan, kadang2 kejian/ejekan org dan seribu satu intraksi pd diri seniman.

Akhir kata selamat berkarya dan jumpa lagi.

T/K. wassalam.

“Bonsai itu Indah”

WR said...

Salam Tuan haji

Banyak ilmu2 yang saya dapat melalui paparan blog tuan haji.
Tuan haji mempunyai koleksi bonsai yang cukup banyak dan berbagai spesis.Saya teringin sangat nak melawat rumah tuan haji insyaalah kalau ader kesempatan satu hari nanti.
Satu permintaan dari saya, saya nak minta ehsan tuan haji agar dapat menyiarkan gambar2 koleksi bonsai tuan haji spesis beruas pulau dan jeliti yang dah seratus peratus siap sebagai rujukan untuk saya.

Sekian terima kasih

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Salam / t.kasih Azlan. harap sihat selalu.

Azlan, tentang soalan pertama saya akan jwb dan memakan masa sedikit. Yakni cepat@ lambat.

Mengenai address nursery bonsai di Thailand saya puas mencari tetapi tidak jumpa. Manakala kawan saya yg selalu berurusan belum pulang lagi dr Bangkok.

Dalam masa terdekat ini jika Azlan ke Thailand baik Pattaya @ Bangkok naik saja teksi @ tuk tuk. Ckp dgn driver,harap-harap jangan melencong?.Speaking lah sikit:

“Sawaddy krap ku phi tuk tuk chuai pha krakpom pai ran dhork mai bonsai! Leaw thi mi khai kreng dhok mai thi koaw reakwa penjing? Cuai pha pai nah. Koop kun.”

Jika tiada di nursery itu tanya lah tauke nya / pekerja nya di mana terdapat pusat Bonsai yg famous dan aksesori sekali.

“Tha moi mi kai thi ran ni,
Mi khai thi nai ik, klai chakti
Ni mhai chuai pha pai mhei
Sear dork mai bonsai / penjing.”

Apa yang di cari pasti jumpa!

Mengenai pokok kayu hitam biasanya terdapat di pinggir pantai / di tepi bukit. Bagi memastikannya kena lah round dengan speek boat dan gunakan teropong supaya lebih jelas kayu hitam @ bukan.

Sewaktu saya menaiki kabel car di pulau tersebut 3thn yg lepas, mata saya hanya tertumpu pada pokok. Saya rasa seolah2 spt pokok kayu hitam,mejoriti cascading (tak boleh tahan rasanya). Ingat kalau tak ganggu tumpang sekaki?

Awas! Segala bentuk tumbuhan di pulau tersebut tidak boleh di bawa keluar “under kawalan” Jabatan Hutan / Taman Laut Negara. Aduh! Dendanya terlalu mahal( jabatan tersebut 24jam berkawal di sana). Malah semua pulau-pulau di seluruh Malaysia telah diwartakan.


Ahlanwassallam WR. Semoga sihat.

Mengenai pokok bonsai saya,boleh lihat dalam blog terdahulu. Ah kurang cantik bang. Jemputlah ke pondok saya jika kelapangan.

Jumpa lagi / selamat berkarya.

t/k. wassalam.


“Bonsai itu Indah”

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Azlan,

Jawapan kepada pertanyaan anda sudah dijawab.. Sila rujuk kepada rencana terbaru.

TQ.

azlan nayan said...

terima kasih Tn.Guru Hj.Halim

wah..pandai speaking rupanya, segalanya boleh orangnya ini.
InsyaAllah jikalau kesempatan nanti, saya akan berkunjung kesana,

Pokok kayu hitam tu dan tumbuhan tumbuhan lain, sememangnya di kawal oleh pihak berkuasa diasana. tetapi jikalau confirm dan tepat lokasinya InsyaAllah boleh diusahakan dengan budi bicara kpd pihak berkuasa , Kita hanya berusaha Allah yg menentukan.

Sebelum ini saya ada bertanyakan berkenaan dengan pokok dan tumbuhan liar di pulau-pulau sana kepada salah seorg rakan saya "comando" disana. MMg terdapat banyak tumbuhan, dan tidak diusik, seolah olah anak dara la katakan. Batu batuan bukit di pulau tersebut cukup tajam sekali mmg agar berbahaya juga. Tetapi sayangnya rakan saya itu, bukan tergolong dari golongan penggila bonsai, jadi kurangla pengetahuan yg tepat. Tetapi dia boleh jd guide disana.
JIkalau Tn. Hj. hendak tumpang sekaki apa salahnya.., baru la semangat...tp memandangkan saya menetap di KL, entah bila dan masanya peluang itu terbuka untuk kita. Saya cuba servey dari masa kesemasa lokasinya dengan rakan saya disana, mungkin ambik masa yg lama, InsayAllah satu masa nanti jika ada rezki jumpa hendaknya.

Terima Kasih Tn Guru Hj.Halim.

Azlan Nayan

zunira bonsai said...

thanks... penambahan info penjing yang menarik dan lengkap, Sesuatu yang indah untuk dikhayalkan oleh setiap bonsai madness... Saya salah seorang peminat bonsai dari Machang, Kelantan.
www.zunirabonsai.blogspot.com

Ahmad Farus said...

As salam Zunira,
Tahniah keujudan blog anda.Diharap penggiat bonsai akan lebih ramai ujudkan blog sendiri agar dapat berkongsi minat dan menjalin persahabatan.