Wednesday, December 31, 2008

Salam Tahun Baru 2009

Salam.

Semoga sihat/bahagia. Selamat tahun baru, azam baru. Semoga lebih cemerlang.

Masa berlalu tanpa di sedari, rupa-rupanya kita sudah berada di penghujung 2008 yang akan melabuh tirai di malam ini. Sebaik membuka mata esok pagi, kita sudah melangkah ke tahun baru 2009 yang di harap menjanjikan lebih kemakmuran, kebahagiaan dan kejayaan.

Melalui aktiviti bonsai, kita dapat mengenali/persahabatan di antara satu sama lain, tidak mengira bangsa & agama, begitu juga adat resam/kebudayaan. Sekarang bonsai tidak lagi dimanopoli oleh mana-mana bangsa, malah merentasi benua tanpa sempadan.

Sahabat bonsai yang budiman, harapan saya terus mencari ilmu dan lebih kreatif/inovatif mencipta bonsai. Cuba tampilkan diri dalam setiap pertandingan, bengkel/workshop. Anggapkan persembahan mereka dalam bengkel sebagai mentor dan kita sebagai mantee dalam mencari ilmu yang terbaik/dinamik. Ibarat pepatah Inggeris “learning is not a destination but a journey”. Saya berbangga kepada sahabat yang menyertai pertandingan bonsai 2008, kepada yang berjaya tahniah diucapkan dan mana-mana yang gagal jangan berputus asa. Dalam mencari kejayaan kita terpaksa menghadapi cabaran dengan penuh ketabahan sebelum kita menjadi hebat dalam bidang ini.

Bagi mencapai keunggulan dan kekuatan, potensi yang ada perlu di manfaatkan sepenuhnya. Semoga ilmu bonsai yg kita bermula dari zero dan berubah menjadi hero. Di peringkat awal kita bermain bonsai di anggap tunggul, tiba-tiba berubah menjadi unggul.

Jika tersasar bahasa/hajat dalam wacana di atas. Harap maaf. Jumpa lagi.

“Bonsai itu Indah”.

6 comments:

Noryadi said...
This comment has been removed by the author.
Noryadi said...

Selamat Tahun Baru guru,semoga lebih sukses di tahun 2009. Let's break off the barriers and we overide the rules.

Mat Yie said...

Selamat Tahun Baru Sifu,
Semoga dgn kedatangan tahun baru ini memberi penuh keberkatan dan kecemerlangan kpd sifu sekeluarga.
Marilah kita sama2 menaikkan martabat seni bonsai ke arah lebih aktif dan penuh inovatif.
InsyaAllah.

bonsai kita said...

Asalamuallaikum ‘
Smoga tuan Hj Halim sihat sejahtera hendaknya

Blog informasi merupakan prasyarat bagi masyarakat untuk maju dan sangat penting untuk pembelajaran berterusan dalam semua konsep disiplin ilmu , serta persekitaran masa kini. Dalam perkembangan sumber serta aksesibiliti informasi, kebolehan bermaklumat kini menjadi sangat penting Setiap individu kini berhadapan dengan begitu banyak pilihan informasi di internet walau di mana saja mereka berada maklumat hanya dihujung jari

Begitu juga dengan maklumat yang disebarkan oleh blog-blog bonsai dan disebarkan dalam pelbagai bentuk media. Ada yang dipersembahkan secara grafik, aural dan tekstual di internet. Penyebaran maklumat bonsai tanpa sekatan kadang-kadang menimbulkan banyak persoalan timbul masalah tentang kesahihan, keaslian, dan kebolehpercayaan artikel atau berita serta kesesakan maklumat. Kerana sehingga hari ini tidak ada badan khas atau perundangan yang boleh mencegah atau menyaman maklumat2 palsu bonsai diinternet atau di Malaysia.

Saya berpendapat blog Natureofbonsai kelolaan tuan merupakan blog penyebaran ilmu yang sahih, betul dan berinformasi. Sejak blog natureofbonsai diwujudkan saya sentiasa melayarinya dan mempelajari sesuatu di dalamnya. Saya melihat di sini Kebolehan tuan mengenal pasti keperluan pengetahuan untuk pemain-pemain bonsai dalam kalangan kita dan tuan berjaya paparkan tunjuk ajar mengenai bonsai berdasarkan pengalaman peribadi dan melalui pembacaan yang luas begitu baik sekali.

Segala informasi dalam blog natureofbonsai sangat berguna dan boleh kita kongsi bersama. Paparan dan tunjuk ajar tuan dapat memimpin generasi baru bonsai dengan keboleh percayaan ilmu yang tinggi.

Saya juga melihat Kebolehan tuan mengaplikasi dan menyampaikan maklumat bonsai dengan cara yang mudah. Bagi generasi bonsai yang baru sangat beruntung dapat mempelajarinya dengan senang.

Sempena tahun baru 2009 walaupun agak terlewat saya megucapkan tahniah kepada tuan dan natureofbonsai.Teruskanlah usaha murni tuan semoga Natureofbonsai dapat memberi manfaat ilmu yang berguna kepada kita semua.

Sememangnya bonsai itu indah!

Ikhlas dari
Ridhuan hj Mohamad

Noryadi said...

Right on track. Saya sokong pendapat & idea Abg Dwan..ini baru real bonsai patriot!

mat said...
This comment has been removed by the author.