Saturday, November 29, 2008

Pasir Bukit dan cara kahwinkan pokok bebuas.

1. Pasir Bukit. Pasir ini terdapat di pinggiran bukit, di peringkat pertengahan sungai yang mengalir daripada sungai peringkat muda melalui tolakan pengaliran air. Warna kekuningan dan sebahagian kecil pasir tersebut berongga (berlubang) dapat menyimpan air dan masih terdapat nutrient.


Contoh pasir bukit yang digunakan pada Pokok Bebuas Pulau.

2. Gambar di bawah di mana campuran tanah gunung berapi yang di import dari Indonesia dengan tanah bakar yang ditapis. Tanah gunung berapi lagi berongga (berlubang) dan amat sesuai untuk pokok-pokok Pulau dan Limau Hutan.


Contoh tanah gunung berapi yang dicampur dengan tanah bakar pada Pokok Kayu Hitam. (ketulan hitam pada pangkal pokok ialah baja kacang soya dari Taiwan)

3. Teknik mengahwinkan pokok antaranya ialah:

3.1 Cara tradisional - sama dengan cara mengahwinkan pokok bunga kertas.

3.2 Bentuk cantuman sama seperti pokok bunga kertas tetapi di balut dengan Loytape wiring pada pangkal cantuman yang berbentuk "V". Kemudian daripada mata tunas hingga ke hujung dibaluti dengan Nesco Film yang di import dari Jepun/Taiwan. Kebiasaannya Jabatan Pertanian Malaysia menggunakan Parafilm yang di import dari Amerika (kualiti dan cara penggunaannya sama). Nescofilm boleh didapati di mana-mana kedai pertanian/racun/baja. Kelebihan penggunaan nescofilm/parafilm ialah tunas yang baru tumbuh dapat menembusinya dan tertanggal sendiri. Apabila baka yang dikahwinkan matang @ cantuman sebati bolehlah buangkan loytape tadi, kalau tidak tunas cantuman akan patah/tercekik oleh balutan loytape (geting).

Contoh balutan yang menggunakan loytape dan nescofilm.

8 comments:

zulrahman said...

Salam buat Tn. Hj. Halim..
Terima kasih kerana penjelasan cara kahwinkan pokok bebuas. Satu ilmu sangat berguna dan memberi manafaat keadaan pemain bonsai sekelian. Saya pernah buat tapi tak lah guna "Nesco Film", saya percaya yang Tn. Hj. lebih baik. Sekali lagi terima kasih...

Noryadi said...

Ayahanda Hj Halim,

Dari cantuman tunas yg berlainan pokok walaupun dari spesis yg sama (contohnya induk adalah beruas tempatan sedangkan daun digunakan beruas taiwan),adakah akan terdapat kemungkinan pertahanan serangan penyakit keseluruhan pokok tersebut adalah lemah? Pokok induk mempunyai antibody utk melawan penyakit yg berlainan dgn daun dan dahan yg dibesarkan dari cantuman tunas.

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Salam

Semoga sihat/bahagia

Terima kasih di atas pertanyaan adik . pengalaman saya lebih kurang 10 tahun mengahwin pokok termasuk pokok durian,duku,dokong,bunga kertas,kemboja dan mutakhir pokok bebuas.

Sebelum pokok di kahwinkan,pastikan betul-betul pokok sihat. Pengalaman saya ada juga yang di kahwinkan tetapi tidak mahu hidup walaupun beberapa kali di kahwinkan. Termasuk pokok yang saya hadiahkan kepada adik tempoh hari. Maaf pokok tersebut baik bagi saya tapi anda mesti belajar daripada peringkat awal. Pokok tersebut perlu di cuci bersih dan di rendamkan dengan M45 beberapa jam dan di tanam dengan tanah/pasir yang baru dan diulangi dengan sistem racun yang betul setelah hidup subur.

Dalam proses mengahwin pokok,tangan kita perlu dicuci bersih,begitu juga peralatan. Ingat,tangan kita kita juga ada enzim. Mata tunas atau batang muda yang untuk di kahwinkan mesti sihat dan bersesuaian saiz dengan cabang yang menanti.

Baik,setakat ini (10 tahun) pengalaman saya menjaga pokok bebuas yang dikahwin dengan spesis taiwan tidak ada pun yang mati kecuali di atas kecuaian kita sewaktu menukar pasu atau tanah mungkin akar patah atau terkoyak serta sedikit cuai dalam mengawalnya. Setelah sekali terkena,tak mungkin berlaku lagi.

Bagi saya jika pokok sihat (pokok induk)dahan dan seterusnya sihat walaupun di kahwin campur dengan Taiwan . Aduh pokok lagi intelligent/cantik (hahaha). Kita mesti ada kendiri. Jika pokok bebuas tak mahu dikahwinkan dengan spesis dari Taiwan pun boleh,daun pun kecil juga(ada beberapa spesis bebuas namun tak semua ) namun jika tidak dijaga atau dikawal selia dengan betul,pokok bebuas tempatan pun boleh rosak dan mati juga.

Bagi saya bebuas kahwin jangka hayat dan ketahanannya sama dengan pokok bebuas tempatan walaupun tidak pernah melalui R & D.

Dalam skop permainan bonsai kita jangan hilang focus atau objektif mesti lebih kepada ciri-ciri pembosaian maka pokok perlu dikahwinkan. Prioriti kita mesti positif ,soal ketahanan ,jangka hayat jangan diselubungi perasaan takut. Kena berani dek (positif). Bebuas kahwin ini mudah mengikut kita (lembut) apabila untuk membentuknya tidak seperti bebuas tempatan (keras dan degil).Mata tunasnya rapat,mudah membentuk dahan/ranting dan psilara.

Untuk pengetahuan adik dalam pertandingan bonsai “ Johore Open” nanti mungkin saya membawa bebuas kahwin; 2 sedang, atau 2 kecil atau 1 kecil, 1 sedang. Bergantung kepada kesihatan dan sebagainya. 2 besar tahun depan jika ada orang mahu sponsor mengangkat nya ( Aduh! Berat sekali ) . 2 pokok sudah separuh lori.

Jumpa lagi,wassalam

“Bonsai itu indah”

Noryadi said...

Ayahanda Hj Halim,

Terima kasih di atas penjelasan dari pengalaman.

Unknown said...

Kesian kat Abg Halim...... Bersungguh-sungguh benar "mengajar"....

Noryadi said...

Ayahanda Hj Halim,

Masih tak terlambat rasanya utk saya mengucapkan tahniah kpd sifu diatas kejayaan pokok beruas sifu yg telah dinobatkan antara pokok terbaik di pertandingan bonsai di Kluang tempohari.

Kenapa sifu tak keluarkan pokok kayu hitam cascade yg amat cantik hasil sentuhan sifu tu?

Noryadi said...

Ayahanda Hj Abd Halim,
Lama rasanya guru tak memasukkan artikel dan komen2 guru di sini. Saya suka surf blog guru ini utk mendalami ilmu perbonsaian dari pengalaman luas guru dari pelbagai aspek krn ia menyediakan byk input dari setiap aspek.

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Salam,

TQ bro adi...

Untuk pengetahuan Adi, pokok kayu hitam cascade tu belum mature lagi... Perlukan 1 1/2 tahun lagi. Insya'allah artikel dalam laman/blog ini akan dimasukkan nanti.

Terima kasih atas respond bro Adi.

Jumpa lagi.