Thursday, October 2, 2008

Pengenalan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Laman blog ini diwujudkan atas kesedaran diri saya untuk memberi motivasi kepada peminat-peminat bonsai, membina kekuatan dalam menghasilkan bonsai yang lebih menarik dan bersemangat setanding dengan mereka yang berjaya. Juga berkongsi idea bagaimana memajukan bonsai secara individu dan berpersatuan.

Wali Songo Ulama tersohor,
Sebaya Moyangku Sh. Abu Daud Al-Fatahani,
Tersohor juga Tok Kenali,
Jika Persatuan kita mahu mashyur,
Bekerja kuat bersatu hati,
Didunia ini kita ungguli.

Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jika semua bersatu hati,
Kerja payah menjadi senang.

1 comment:

Noryadi said...

Tahniah Abg Halim krn mewujudkan satu lagi blog bonsai di malaysia ini utk ruang berkomunikasi,pembelajaran dan rujukan yg diharap menjana semangat dan harapan utk melihat perkembangan lebih pesat industri bonsai di tanahair kita ini.

Bravo!