Tuesday, October 7, 2008

Galeri 1

Galeri 1


Ucapan selaku Pengerusi Pertandingan Bonsai Peringkat Kebangsaan.


Brazilian Rain Tree - Saiz Medium


Bebuas - Literati - Saiz Medium


Di rumah bersama Saudara Robert Steven tahun 2007.


Koleksi Bebuas - Saiz Besar - hampir 10 tahun


Celoreng Atap yang dihadiahkan oleh sahabat dari Besut
- Hampir 10 tahun - Saiz Besar - 60% siap.
Sewaktu diterima satu dahan pun tiada.


Bertukar Idea bersama Saudara Robert Steven.
Di sebelah, Saudara Jiman dari Johor (Juara Santalia Kategori Besar 2007)

"Tetak parang di dahan Sena,
Belah buluh taruhkan temu,
Barang kerja takkan sempurna,
Bila tidak menuntut ilmu"

"Dari Tumpat ke Sri Jaya,
Singgah di pasar membeli haruan,
Di bawa orang dari seberang,
Jika kita mahu berjaya,
Sungguh dan sabar hadapi cabaran,
Walau dicemuh diperlekeh orang"

2 comments:

Noryadi said...

Di dunia ini,tiada sekolah khusus yg mengajar teknik pembuatan,adaptasi dan penjagaan bonsai yg betul yg blh dijadikan ikutan,kalau adapun di china,alirannya berbeza bergantung kpd pemikiran pengasasnya. Bonsai adalah alam dan ianya subjektif dan tidak ada persamaannya. Jadi,pengalaman adalah guru yg terbaik yg membezakan pemikiran & permainan seni seseorang seniman itu seperti abg halim. Dgn gabungan pengalaman dan pengetahuan tokoh2 bonsai terkenal dunia,tiada apa lagi yg cela dlm permainan seni bonsai abg halim. Kita amat beruntung kiranya abg halim dpt berkongsi pengalaman,idea dan pendapat di dlm pembuatan dan penjagaan sesuatu bonsai itu dari segala aspek secara detail ut rujukan kita semua. Bagus kiranya penerangan detail diberikan kpd setiap gambar2 masterpiece abg halim dari segi penjagaan,pembikinan dan penyelenggaraan bonsai itu sedari peringkat awal hingga ke peringkat matang. Bagi peluang utk kami mencapai klimak/kepuasan dlm permainan seni ini sebagaimana yg abg halim sudah kecapi.."yg patah tumbuh,yg hilang berganti"

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Terima kasih saudara noryadi.

jgn terlalu mengangkat saya. Insyaalah saya akan menjawab sebaik mungkin.
Sekarang ini saya telah mengambil gambar-gambar,menyusun dan menyesuaikan dengan bengkel-bengkel yang telah saya lalui dan pengalaman-pengalaman yang ada.

harap sabar menunggu, sbb jwpn ini bukan shj saudara yang melihat malah sahabat-sahabat yang lain juga ingin mengetahui sedikit sebanyak kunci pengalaman daripada saya.

Tq.

Bonsai Itu Indah.