Tuesday, October 7, 2008

Galeri 2

Galeri 2


Bebuas - Saiz Besar - Hampir 10 tahun.


Koleksi Kayu Hitam - Saiz Besar - Hampir 6 tahun - 60% siap.


Bengkel Bonsai bersama Judge dari Taiwan tahun 2007.


Bebuas Windswept yang baru diperolehi - Saiz Besar


Hati puas - pulang bersama "material" yang dicari di sebuah pulau seorang diri walaupun diselubungi perasaan takut, kekurangan tenaga fizikal tetapi di atasi oleh kekuatan mental.


Posing sambil melepas penat lelah menunggu bot sampai.


Bersama Pak Wahab selaku pemandu bot yang hampir ke pengkalan di waktu senja.


Shahir di halaman bonsai bersama ikonnya tahun 2007.

"Wit Wit tarik misai,
Simpan duit cari bonsai"

"Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan karat ke pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Indah bahasa kerana bangsa"

Jumpa lagi,
Bonsai itu indah.

12 comments:

mmeihua said...

Tuan Aji…

Makin semangat nengok koleksi2 Tuan Aji ni…

Harap Tuan Aji dapat terangkan ( A – Z) bagaimana teknik yang betul untuk mengorek sesuatu pokok (terutama yang ada akar tunjang) dan seterusnya bagaimana pula teknik yang betul untuk memulihkan sistem pengakaran sesuatu pokok yang ingin di bonsaikan .

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Salam bahagia,

Apabila sudah pasti pokok yang hendak digali untuk dibuat bonsai seharusnya kita memastikan kedudukan akar-akar dan akar tunjang ke arah manakah yang kita fikirkan arahnya. Gali secara hati-hati dan memastikan kedudukan akar-akar, gunakan peralatan yg sesuai. Potongkan secara betul dan jangan akar terkoyak dan sesuai dengan pasu yang akan digunakan nanti. Akar tunjang mesti dipotong terus dari pokok dan jangan menonjol. Apabila pokok dikeluarkan, dibersih dan disembur dgn "anti fungus". Bersih sekali lagi dan direndam dengan penggalak akar semalaman. Akhir sekali ditanam dengan pasir sungai 50% sedang dan 50% kasar (digaulkan), untuk mengelakkan air bertakung dan akar tidak buruk. Kebiasaan ini mungkin berbeza mengikut kesesuaian pokok. Kalau pokok santalia cara ini paling terbaik juga untuk bebuas dan kayu hitam. Manakala celoreng atap mungkin juga sesuai atau dicungkil seratus peratus dan ditanamkan seperti ramuan pasir tersebut. Jika ada pendapat berbeza dgn peminat bonsai yg lain, kebiasaan yg digunakan olehnya boleh dicuba.

Terima kasih. Jumpa lagi.

mmeihua said...

Terima kasih....info yang amat berguna bagi orang2 baru seperti saya.

Terima Kasih Daun Keladi
Lepas Ni Bagi Le Macam-Macam Info Lagi.

Abdul Malik said...

Salam,

Haji dah tunjuk koleksi dia......cantiknyer......

nak kena pi berguru di kuantan ni......

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Tq Malik.

Bonsai saya tak cantik tp fotogenic.

Ada masa turunlah ke kuantan dan call lebih awal.

Jika tidak ada aral melintang pada 27 Nov - 4 Dis saya bersma Shahir melancong ke Thailand hingga ke Ranong,Burma.

Hrp malik juga tonjolkan bonsai spt saya. Jangan malu dan takut. kita belajar melalui kesilapan. Saya dulu sama spt malik juga. Jumpa lagi dan salam saya utk seisi keluarga.

Tq.

Sawadikap..

Ahmad Farus said...

Tuan Haji,Salam sejahtera,
Saya nak tanya mengenai pokok buxus,apa sebabnya daun alami kekuningan pada hujungnya,ada yang kata sebab lebihan air siram dan ada pula kata kurang kena cahaya matahari.Harap komen, TQ.

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Malik,

Harap datang ke Kuantan seperti yang dijanjikan pada bulan 12 ni. Terutama disekitar tarikh pertandingan kat Johor nanti. Lepas tu boleh terus ke Johor.

Saya tak jadi melancong ke Thailand atas sebab2 keselamatan.

TQ

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Saudara Farus,

Kebiasaannya, pokok ini tanahnya perlu ditukar, mungkin akarnya penuh, kekurangan baja, buah-buah pada setiap ranting pokok buxus perlu dibuang. Apabila pokok dijangkiti kulat pada dahan dan ranting, ianya menambahkan lagi masalah kepada daun.

Untuk mengatasinya, sebelum menukar tanah, pokok tersebut perlu dibaja selama seminggu, pokok diracun, kulat pada batang pokok, dahan, ranting perlu diberus @ disembur menggunakan water jet dan tanah baru ditukarkan. Tinggalkan 30% tanah asal disekeliling perdu pokok.

Perlu di ingat di dalam pasu mesti di alas dengan net plastic yang lubangnya agak luas sedikit bagi mengalas pasir kasar/pasir sungai setidak-tidaknya setebal 1 inci. Apabila kita menyiram, air dapat mengalir terus. Setelah siap termasuk pokok disiramkan, setelah air berhenti mengalir, keseluruhan pasu dibalut dgn plastic transparent dan diletakkan dikawasan yg agak redup.

Apabila pucuk baru mulai keluar, plastic boleh dibuang dan dipindahkan ke kawasan terbuka. Selepas 3 minggu, baja boleh digunakan dalam kadar yg sedikit.

Terima kasih.

Ahmad Farus said...

Tuan Hj.
Tq for the infor. on buxus plant.Saya akan cuba ikut tips yg.d beri.,tapi satu perkara saya kurang faham,mengapa perlu pasu keseluruhannya d balut dgn plastik,apa rasionalnya.?
Terima kasih.

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

salam.

penggunaan plastik hanya pada permukaan pasu sahaja, tidak sampai ke bawah. tujuannya untuk mengekalkan kadar peyimpanan air yang lebih seimbang. pembiakkan akar lebih cepat. kebiasaannya apa yg saya amalkan apabila keluar sahaja pucuk baru terus buka plastik tersebut dan pembesaran lebih cepat serta tidak terbantut.

selamat mencuba.

tq.