Tuesday, July 29, 2014

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1435H dari Nature of Bonsai Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Aidilfitri.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat bercuti kepada semua.

Kullu am wa antum bukhair. Taqaballahu minna wa minkum.

Semoga lebaran kali ini mengeratkan  lagi ukhwah sesama kita dalam blog ini amnya dan diluar khususnya. Raikan hari kemenangan bersama setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Pada kesempatan ini juga, saya dengan penuh rasa tawaduk di hati, memohon ampun, kemaafan zahir dan batin bagi pihak diri atas segala kesalahan dan apa jua kekhilafan. Mari bersama berdoa dan berharap semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan ke atas seluruh umat Islam, supaya mereka dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan serta bahagia, bersama yang tersayang di sisi.  

Semoga blog ini boleh memberi motivasi kepada peminat-peminat bonsai, membina kekuatan dalam menghasilkan bonsai yang lebih menarik dan bersemangat setanding dengan mereka yang berjaya. Juga berkongsi idea bagaimana memajukan bonsai secara individu dan berpersatuan.

Disini juga terdapat ruang untuk berkomunikasi, pembelajaran dan pengajaran serta boleh menjadi tempat rujukan komuniti bonsai Malaysia. Diharap ianya menjana semangat dan harapan untuk melihat perkembangan yang lebih pesat dalam industri bonsai di tanahair Malaysia. Mari bersama-sama manfaatkan ruang yang ada. Jika bukan kita, siapa lagi?

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

p/s: Dalam berhari raya, jangan lupakan pokok bonsai dirumah. Kalau balik kampung jangan lupa kunci pokok bonsai. Hehe.

Raya tahun ini dimana?

1 comment:

Anonymous said...

fun88 casino bonus codes 2021 | Vie Casino
We also provide the latest in slot bonus codes and bonus codes. Learn more about this brand and find out sbobet ทางเข้า about bonus offers. Find fun88 soikeotot more 카지노 here.