Friday, November 6, 2009

ASPAC - TAIWAN 2009

TAIWAN 2009 - 1oth ASIA PACIFIC - Bonsai and Suiseki Convention & Exhibition



Assalamualaikum/ salam sejahtera kepada sahabat bonsai yang budiman.

Pertama puji syukur saya kepada Allah YME sampai juga saya di negara Taiwan yang terkenal dengan produk pertanian termasuk input/ output nya di bidang bonsai yang terkenal di dunia. Negara ini juga ramai sekali melahirkan pemain dan pakar-pakar bonsai, sebagai pemimpin dalam bidang ini di peringkat angtarabangsa.

Kedudukan negara Taiwan juga amat strategik dan berdekatan dengan negara Cina/ Jepun dan mereka ini bersaing hebat di antara satu sama lain. Malah, kaya dengan produk yang berkaitan seperti aksesori bonsai dan pasu seramik yang berkualiti.

Pada hari pertama di tempat pameran, saya amat terpukau dengan persekitaran mesra alam landskap tersebut. Nilai estetika seni bina beridentiti Taiwan serta berbagai kemudahan, susun atur yang menarik , tempat 'demo'. Pengunjung datang dari setiap pelusuk dunia. Upacara perasmian begitu gah/ meriah disusuli persembahan tradisional dan dihadiri oleh sifu terkenal angtarabangsa.

Manakala sesi lawatan ke rumah sifu yang terkenal sekali lagi terpukau dan terpikat dengan bonsai yang dimilikinya yang mempunyai pelbagai bentuk (go back to nature).

Kesemua bonsai mereka subur (tidak terbiar) , berusia/tua, kreatif hasil ciptaannya ( the style of bonsai) malah rasa sayang pada aset mereka teserlah pada personaliti sifu tersebut. Pada hati kecil saya bertanya senario prestasi pemain bonsai kita di Malaysia timbul seribu satu persoalan sambil menelan air liur.

Semangat saya mulai kuat, "genggam bara api biar sampai jadi arang". Percaya ataupun tidak sebenarnya beberapa pemain bonsai melayu menuju dan setanding dengan mereka yang bertaraf dunia. Harap sama-sama buktikan di bidang ini.

Kembali kepada pokok bonsai yang dipertandingkan boleh di katakan 100% tua (mature) dan dipertandingkan di kawasan terbuka di Wann Yiing Art Center, His-Caou Garden, Chang-Hua terdiri lebih 500 pokok. Lihat foto di bawah. T/K












Grand Champion


Vice-President Award



















































































































































































































































































































































PERHATIAN : Gambar bonsai di atas hanya dipaparkan untuk beberapa hari sahaja kerana tanpa kebanaran pihak penganjur dan salah dari segi undang-undang.

Saya memberanikan diri untuk berkongsi maklumat dalam kemajuan bonsai tanah air/ seantero dunia.

Terima Kasih
'Bonsai itu Indah'

4 comments:

Kapitan Andy said...

Wellcome home, Pak Haji, Pengorbanan yang sangat berarti bukan untuk bonsai Malaysia saja, tapi juga buat dunia perbonsaian di Asia. terimakasih telah berbagi pengalaman.

Hj. Abd. Halim Hj. Salleh said...

Sdr. Kapitan Andy,

T/kasih melayari blog NOB yang serba kekurangan. Bonsai nampaknya sudah menjadi milik dunia sejagat bukan milik bangsa Cina/Jepun lagi. Bonsai juga menguatkan semangat intigriti/ solidariti dan menjadikan dunia tanpa sempadan di antara kita.

Bonsai juga membuatkan kita manis dan muda ceria.

Terima Kasih/ Jumpa lagi
'Bonsai itu Indah'

WanDin said...

salam Tuan Haji,
Terimakasih bbnyak diatas kesudian dan pengorbanan tn.haji utk berkongsi gambar2 dgn kami..,harap lepas ni tn.haji dapat menceritakan pengalaman dan ilmu yang diperolehi dengan lebih detail sepanjang lawatan kesana,dan harapan kami juga jika tn.haji dapat uploadkan gambar2 semasa lawatan dirumah sifu2 disana..biasalah dah bagi drum stick ,nak breast pula...,
tkasih,

Ahmad Farus said...

Assalam Hj.
Good infor.and gambar menarik.
Menarik lagi statement Hj."Bonsai juga membuat kita manis dan muda ceria" Saya baca ulangkali tu Hj. Betui ka?
Patutla Hj.awet muda selalu!
Jangan marah Hj. Nanti lekas nampak tua pulak!
Sorry Wassalam,TQ.