Tuesday, November 25, 2008

Jawapan untuk OTBB dan sahabat.

Salam,semoga sihat & bahagia.

Ahlanwasallam OTBB.

Terima kasih di atas pertanyaan anda. Saya sendiri tidak berpuas hati menjawab soalan Adik Noryadi kerana tidak begitu detail jawapannya.Jika ada masa harap datang ke rumah (face to face). Sebenarnya dalam permainan bonsai pengalaman mendewasakan kita. Sentuhan,penghayatan dan pengalaman juga menghasilkan produk yang lebih menarik mengikut bentuk material yang berdasarkan kehendak ilmu pembonsaian yang sebenar.


Bebuas Cascade kategori Besar. Pokok ini telah dikahwinkan lebih kurang 6 bulan. Sejarah pokok ini, digali di sebuah Pulau, tetapi tidak dapat dibawa pulang kerana ombak terlalu besar dan diambil semula 2 minggu kemudian

Jawapan 1

1.1 Di pantai barat semenanjung pokok bebuas boleh didapati di Pulau Pangkor,Pulau Pinang, sekitar pantai di negeri Kedah, Kuala Perlis, Pulau Langkawi, Wang Kliang hingga ke Satun Thailand. Pokok kayu hitam juga terdapat di sini.

Pokok Kayu Hitam Kategori Besar. Koleksi peribadi.

1.2. Pengalaman ini saya perolehi sewaktu saya bekerja di Alor Setar awal tahun 80-an selama 4 tahun.(Shahir di lahirkan di Kedah). Bebuas di pantai barat tidak begitu unik jin/shari kerana faktor geografi seperti cuaca dan tiupan angin monsoon timur laut. Harap jangan kecewa namun untuk membuat bonsai masih boleh. Bonsai yang menarik tak semestinya bergantung pada jin/shari. Ketuaan pokok perlu diambil kira begitu juga dari segi natural setiap kombinasi pembentukkan. Pada tahun lepas pertandingan bonsai di Taiwan, bebuas tanpa jin/share termasuk dalam "top 10". Namun gubahannya comel sekali. “Pak! Kalau material cantik tapi buatan tak cantik buat apa?” Sama juga cakap-cakap tentang bonsai, pandai, tapi belum tentu dapat menghasilkan bonsai yang menarik? Maaf,tidak menyindir sesiapa.

Beberapa pasu pokok Bebuas dalam proses "kahwin".

2. Merujuk gambar 10 (material peringkat awal 10 tahun).

2.1 Pada tahun pertama saya menggunakan pasu termasuk mata tunas yang dikahwinkan dengan baka Taiwan. Peringkat awal saya gunakan pasir sungai bercampur pasir bukit supaya dapat menyimpan air lebih.

2.2 Apabila kita nampak pasu ini sudak tidak sesuai tukarkan kepada pasu yang lebih besar bertujuan untuk penyuburan dan pembesaran (2thn). Tidak sesuai lagi tukarkan kepada pasu yang lebih besar dan letak di atas tanah (2thn-3thn@4thn). Pemangkasan dahan selalu dibuat kalau tidak pembesaran dahan tidak seimbang. Apabila dahan-dahan yang dikehendaki cukup begitu juga pecahan dahannya, perlu dipindahkan ke dalam pasu yang sesuai tapi agak besar sedikit (2thn@3thn). Masa amat diperlukan untuk mematangkan/mature sesuatu pokok. Setelah siap pindahkan pada pasu pada saiz yang lebih ideal (1thn) sebelum ke pertandingan. Pak, masa mendewasakan kita walaupun kita sudah dipenghujung dunia. Begitu juga pokok, ini juga adalah lumrah alam.

3. Kebiasaannya saya amalkan: peringkat awal penggunaan pasir sungai dan kadang-kadang saya campurkan dengan pasir bukit. Di Kuantan pasir bukit cantik sekali. Lupa pula nak bg kpd Noryadi itu hari, siap bungkus. Kelebihan pasir bukit kerana terdapat lubang-lubang dan kaya dengan nutrient.

3.2 Peringkat ke-2 perlu ditukarkan tanah apabila kita melihat pokok tidak melonjak lagi pembesarannya. Tanah yang perlu digunakan ialah tanah bakar yang betul-betul garing dan diayak bersih (70@80%). Dicampurkan dengan pasir sungai kasar (sebesar biji batang mancis) - (20/30%). Tujuan yang memudahkan pembiakan/perjalanan akar. Tanah bakar kaya dengan nutrient dan dapat menyimpan air.

3.3 Perlu di ingat di dalam pasu mesti di alas dengan net plastic yang lubangnya agak luas sedikit bagi mengalas pasir kasar/pasir sungai setidak-tidaknya setebal 1 inci. Apabila kita menyiram, air dapat mengalir terus. Tanah sahaja tidak cukup untuk pembesaran dan perlu disokong dengan penggunaan baja secara berkala dan kawalan racun makhluk perosak dengan betul.

Bebuas pulau kategori besar. Baru dikahwinkan semalam.

Terima kasih & Salam Aidiladha.

"Bonsai itu Indah

3 comments:

orangtuabarubelajar said...

Salam Tuan Haji...

Boleh tunjukkan gambar pasir bukit (zoomkan)...teknik mengawinkan bebuas adakan sama dengan teknik yang digunakan untuk mengawinkan bunga kertas?

Noryadi said...

Ayahanda Hj Halim,

Bagus sekali penerangannya tp saya masih musykil tentang persediaan kendiri pokok yg dikahwinkan terhadap pertahanan kpd penyakit.

Unknown said...

assalamualaikum Tn. Hj,
pokok CA boleh x kita guna baja jenis spray (utk duan misalnya)