Tuesday, April 28, 2009

Pengalaman di Pulau Tenggol

Noryadi said..
Tn. Hj. Abd. Halim,
Boleh sifu ceritakan sikit sebanyak pengalaman ‘memburu’ di Pulau Tenggol ini? Berdasarkan gambar2 XPDC sifu di pulau ini mmg cukup mencabar. Panorama alamnya pun cukup mendamaikan. Bagaimana kehidupan bahan-bahan bonsai(i.e bebuas,kayu hitam) tersebut di alamnya?

Salam.
Terima kasih Noryadi,Team BK dan Tanjung 222.
Semoga sihat /bahagia.
Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana lambat menjawab dan ramai menunggu wacana dari saya kerana saya balik kampung dan sibuk sedikit.

Mengenai pulau Tenggol, saya ke sana lebih kurang 10 kali dan begitu juga dengan lain-lain pulau sejak remaja hingga sekarang. Suka /duka sebagai panggilan pulau saya akan selang seli dengan gambar-gambar lama/baru mengenai gugusan Pulau Tenggol. Untuk pengetahuan semua pulau-pulau dan pantai di Negara kita adalah salah satu yg tercantik di dunia.

Pulau Tenggol.


Pulau Tenggol merupakan sebuah lagi destinasi menyelam yg mempersonakan dan perjalanannya selama 45minit / 1 jam dgn menaiki bot laju dari Kuala Dungun, terletak 17km di luar pantai di bahagian selatan Terengganu (Dungun). Pulau ini kecil-hanya 3km panjang dan 2km lebar. Pulau ini di anggap sebagai ‘syurga’ lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam scuba atau diving yg cantik dan menyeronokkan. Ia juga sebagai syurga pulau tropika utk para penyelam yg mahu bentuk penerjunan yg senyap dan persekitaran yang cantik serta “dives sites” yg menarik.


Pulau ini dipenuhi tebing batu yg curam dan hutan yang tebal. Bentuk muka bumi yang berbatu ini mengunjur dari pendalaman pulau terus hingga ke laut membentuk pinggir tebing yg curam di bawah laut spt dinding kanvas bg hidupan laut yg tidak jemu di kunjungi penyelam scuba.

Pada bulan April, air jernih dan jarak penglihatan sehingga 30kaki. Ikan yu, paus lebih banyak terdapat pada bulan Ogos, Sept dan Okt. Musim monsun timur laut bermula Okt hingga Mac. Seminggu sebelum dan selepas musim monsun adalah masa paling yg baik untuk melawat kerana air lebih tenang manakala kawasan pendalamannya berhutan dan muka buminya berbatu. Satu-satunya kawasan tanah pamah ialah Teluk Ayer Tawar. Pulau Tenggol, adalah sebahagian dari gugusan pulau Tenggol yang juga terdiri daripada Pulau Nyireh (Nyireh Island), Tokong Timur, Tokong Talang, Tokong Burung dan Tokong Kemudi.


Sebelum diisytihar taman marin (Terengganu Marine Park), Pulau Tenggol adalah kawasan perburuan kesayangan bagi para nelayan terutama untuk snappers dan groupers.

Tempat Tinggal.

Terdapat 4 pengusaha resort di Pulau Peranginan itu, kesemuanya terdapat di Teluk Air Tawar. Bekalan elektrik di resort di sini ialah hanya boleh didapati daripada 6 pagi hingga 10 malam. Penginapan disini dalam bentuk chalet-chalet atau banglo-banglo, dengan kemudahan-kemudahan bilik mandi dan tandas.



“Drive Course”


Sesetengah chalet di sana menyediakan “Drive Course” dan “underwater welder” sebagai contoh “Drive Course”

2009 Dirve Courses

Refresher Courses - RM100.00
Junior Open Water Diver - RM 950.00 (10-14 years old)
Open Water Diver - RM 950.00
Advance Open Water Diver - RM 750.00
Rescue Diver Course - RM880.00
EFR/Rescue Course (combine) - RM900.00
EFR/Emergency First Response - RM350.00
Dive Master - RM 2,250.00

Manakala untuk “underwater welder” agak mahal sedikit bergantung kepada tahap kedalaman. Contoh 200 kaki lebih mungkin sijil yg diperolehi digunakan sebagai kerjaya sbg juru selam @ membaiki kapal laut @ cari gali dll.

Penduduk asal Pulau Tenggol tiada,kebanyakkan terdiri daripada pekerja dr luar. Contohnya dari Dungun,Terengganu dan Indonesia.

Gambar 1.


Kuala Dungun (Jambatan).
Di belakang jambatan akan didirikan pejabat, taman laut pada pinggir bukit berkembar.

Gambar 2.


1- Dalam perjalanan sempat “membarat“ ikan.
2- Sahabat saya,pegawai daerah Dungun pulang memancing dr sini apabila sampai di rumah isterinya melihat mukanya seperti beruk. Pd malam itu juga beliau di bawa berjumpa bomoh dan pulih spt. biasa.

Gambar 3.


1- Gambar pemandangan di hadapan. Beberapa resort di teluk air tawar
2- Di sini juga merupakan tempat nelayan berehat/berlabuh.
3- Larut malam datang seorg wanita yang cantik, berpakaian putih namun muka berbulu menjemput salah seorg nelayan muda apabila hendak mengikut wanita itu sempat di pegang oleh abgnya.

Gambar 4.


1- Mayat Vietnam di gantung di pokok seperti buaian. Peristiwa sewaktu penghijrahan Vietnam dahulu.

Gambar 5


5 tahun lepas beberapa nelayan bermalam di sini untuk berlindung dari ribut. Pada larut malam beberapa ketul batu sebesar bas jatuh ke laut dan percikan air terkena badan nelayan tersebut tapi badannya tidak basah.

Gambar 6


Sedang memanjat. Amat mencabar/merbahaya.

Gambar 7


Tebing tinggi- arus deras dikenali “shark point” pernah di sini juru-juru selam cina dr syarikat cari gali menyalam di sini dan bertembung dgn jerung/yu yg besar, terkejut dan pengsan.

Gambar 8


Di puncak pulau.

Gambar 9


Spesis bebuas/kayu hitam
Bebuas di sini jin/shari kurang cantik tidak spt bebuas di Pulau Redang /Pulau Perhentian.
Mengenai kayu hitam terlalu kurang di tanah rendah. Hanya terdapat di puncak bukit dan amat mencabar, semasa meneropongnya dr jauh nampak cantik, setelah didekati pokok ini tinggi dan bahagian julainya cantik (tidak sesuai untuk bonsai).

Gambar 10


Salah satu tempat di Pulau Nyereh
Di tempat-tempat yg terdapat pokok bebuas/kayu hitam biasanya di bukit yg tinggi dan curam manakala batuan di tempat itu longgar bercampur pasir dan batu-batunya pecah/merekah, mudah relai/runtuh, amat bahaya sewaktu saya mengadakan sesi fotografi di sini untuk proposal bonsai. Jika tiada keyakinan diri atau takut memanjat harap berfikir semasaknya atau mandi, diving di hadapan chalet shj.

Peringatan :
*Segala bentuk spesis pokok/bahan-bahan pulau/laut tidak boleh di ambil kerana di bawah kawalan undang-undang Taman Laut/Marin Laut Negara.

Di atas kesilapan bahasa dalam wacana di atas harap maaf. Terima kasih.

"Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan karat ke Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Indah bahasa kerana bangsa"

Jumpa lagi. Wasallam.



Thursday, January 29, 2009

Kaedah Penanaman Pokok Celoreng Atap. (Beackea Frutescens)

Pengenalan

Pada akhir tahun 2008, beberapa sahabat bonsai kerap bertanya dan ada yang menelefon untuk mengetahui tentang penanaman pokok tersebut dengan cara yang betul. Katanya pula kebanyakkan pokok yang mati terdiri daripada pokok yang paling cantik/paling disayangi. Itulah keluhan dikalangan sahabat bonsai di Pantai Timur dan Sarawak.

Habitat asal pokok Celoreng Atap yang terdapat di Cherating, Kuantan, Pahang.

Jin/Shari pada Celoreng Atap

Memandangkan kesungguhan/pengorbanan sahabat, lahir rasa simpati, tambahan perjuangan mereka dalam hobi yang sama dengan saya. Katanya lagi, jika dalam seminggu atau dua minggu pokok yang digali sebanyak 50 pokok, mungkin yang hidup hampir separuh sahaja atau yang mati lebih banyak daripada yang hidup.

Pokok Celoreng Atap yang telah mati

Timbunan pokok Celoreng Atap untuk dibakar.

Pada cuti persekolahan akhir tahun 2008, saya mengambil kesempatan ke Besut, Terengganu berjumpa dengan sahabat-sahabat di sana dan mengikut mereka menggali pokok celoreng atap sehari suntuk di daerah Permaisuri, Setiu, Terengganu dengan menggunakan 4x4 saya.

Perjalanan ke tempat menggali amat mencabar dan kenderaan terpaksa ditinggalkan jauh dan terpaksa berjalan kaki 2km ke tempat menggali pokok iaitu “Tasik Belibis”. Mereka mencari dan menggali pokok dengan begitu gigih dan bersemangat sekali. Bayangkan pokok yang diperoleh terpaksa dibawa pulang berjalan kaki dalam jarak 2km. Berat memikul dan penat tidak dapat dibayangkan.

Pokok yang digali pada asalnya dibungkus dengan plastik terpaksa dibuang pasir untuk mengurangkan berat, bilangan pokok yang banyak dan jauh dari tempat meletak kereta.

Pokok Celoreng Atap yang ditanam seperti biasa.

Perkara yang tidak dapat dilupakan ialah macam mana di antara satu sama lain boleh berpecah dan sesat. Masing-masing “panic” dan mencari di antara satu sama lain hampir 40 minit, bertemu semula dan berehat sekejap kerana keletihan. Mitos setempat mengatakan zaman dahulu terdapat Puteri Bunian dan burung belibis begitu banyak di Tasik ini.

Pokok Celoreng Atap yang direndam sehingga keluar akar sebelum ditanam.

Keesokkan harinya, saya pulang ke Kuantan hanya dengan 2 pokok yang mampu diperolehi sewaktu menggali semalam. Kedua-dua pokok ini mati selepas ditanam. Begitu juga dengan sahabat yang lain dan jika hidup hanya 1 atau 2 pokok sahaja.

Pokok Celoreng Atap yang ditanam di dalam pasu dan direndam di dalam tong.

Hasil dari pengalaman menggali dan membeli pokok celoreng atap di mana pokok yang senang hidup di kenal pasti apabila ditanam ialah pokok yang terdapat ditempat yang agak redup dan dipenuhi dengan tumbuhan. Kebiasaannya pokok ini berlumut dan batangnya bengkak sedikit.

Ratusan pokok Celoreng Atap di tapak semaian disalah sebuah rumah rakan.

Pokok Celoreng Atap yang dibalut bagi mengekalkan kelembapan.

Manakala pokok ditempat terang/berpasir akarnya rambutnya kurang, panjang dan mempunyai jin/shari yang banyak. Peratusan untuk hidup agak rendah apabila ditanam.

Landskap Celoreng Atap dihalaman rumah.

Sebelum ini, terdapat berbagai cara untuk menanam pokok celoreng atap:

1. Pokok yang digali berbalut plastik ditanam terus di dalam pasu dengan menggunakan pasir sungai. Pokok ditanam tidak terlalu dalam dan pasirnya tidak terlalu padat/kemas.

2. Pokok yang digali tanpa dibalut direndamkan dalam tong berisi air sehari dua dan ditanam. Ada juga pokok direndamkan semula ke dalam tong air di mana airnya hampir ke permukaan pasu. Apabila pucuk baru keluar lebih kurang ½ inci atau hampir 2 inci, keluarkan pokok tersebut dari dalam tong.

3. Pokok direndamkan di dalam tong air sehingga keluar akar dan kemudian ditanamkan di bawah cuaca yang redup/teduh. Ada juga pokok tidak keluar daun dan akar menjadi buruk/masam.

4. Kadang-kadang pokok ini diletakkan dibawah pokok dan ditimbus dengan daun, sedikit pasir dan habuk. Pokok ini disiram seperti biasa pun boleh hidup.

5. Pokok dibalut dengan lumut/kain sewaktu ditanam bagi mengekalkan kadar kelembapan/air. Hasilnya ada yang hidup dan mati.

6. Penggunaan “Mist System” @ Sistem Semburan Berkabus. Pokok direndamkan beberapa malam dan diletakkan penggalak akar. Kemudian ditanam dengan pasir sungai dan diletakkan di tempat redup dan di sokong dengan penggunaan “Mist”. Pokok disiram seperti biasa pada waktu pagi dan petang. “Mist” dibuka selepas disiram dan dibiarkan di antara pukul 8.30/9.00 pagi sehingga pukul 5.00/5.30 petang, bergantung kepada keadaan cuaca, “mist” ditutupkan pada waktu malam.

Penggunaan “Mist” pada Pokok Celoreng Atap.

Penggunaan “Mist” juga amat sesuai pada Pokok Kayu Hitam.

Penggunaan “mist”diakui baik dan sesuai oleh Pegawai Pertanian (sahabat saya) dalam penyemaian pokok celoreng atap yang baru digali. Penggunaannya pada siang hari dapat menurunkan keadaan panas di kawasan sekeliling sehingga 25 ⁰ F (±3.88 ⁰C) seterusnya mengekalkan keadaan lembab pada daun, dahan, pangkal pokok dan akarnya.

Saya telah mencuba pada beberapa pokok celoreng atap termasuk pokok kayu hitam dalam masa sebulan dan boleh dikatakan semuanya masih hidup setakat ini. Manakala pucuk pokok kayu hitam begitu segar dan berwarna hijau kemerahan. Maka saya mengesyorkan penggunaan kaedah ini kepada peminat dan penggali pokok celoreng atap.
Selamat mencuba.

T/K. Jumpa lagi.

Bonsai itu Indah.

Wednesday, December 31, 2008

Salam Tahun Baru 2009

Salam.

Semoga sihat/bahagia. Selamat tahun baru, azam baru. Semoga lebih cemerlang.

Masa berlalu tanpa di sedari, rupa-rupanya kita sudah berada di penghujung 2008 yang akan melabuh tirai di malam ini. Sebaik membuka mata esok pagi, kita sudah melangkah ke tahun baru 2009 yang di harap menjanjikan lebih kemakmuran, kebahagiaan dan kejayaan.

Melalui aktiviti bonsai, kita dapat mengenali/persahabatan di antara satu sama lain, tidak mengira bangsa & agama, begitu juga adat resam/kebudayaan. Sekarang bonsai tidak lagi dimanopoli oleh mana-mana bangsa, malah merentasi benua tanpa sempadan.

Sahabat bonsai yang budiman, harapan saya terus mencari ilmu dan lebih kreatif/inovatif mencipta bonsai. Cuba tampilkan diri dalam setiap pertandingan, bengkel/workshop. Anggapkan persembahan mereka dalam bengkel sebagai mentor dan kita sebagai mantee dalam mencari ilmu yang terbaik/dinamik. Ibarat pepatah Inggeris “learning is not a destination but a journey”. Saya berbangga kepada sahabat yang menyertai pertandingan bonsai 2008, kepada yang berjaya tahniah diucapkan dan mana-mana yang gagal jangan berputus asa. Dalam mencari kejayaan kita terpaksa menghadapi cabaran dengan penuh ketabahan sebelum kita menjadi hebat dalam bidang ini.

Bagi mencapai keunggulan dan kekuatan, potensi yang ada perlu di manfaatkan sepenuhnya. Semoga ilmu bonsai yg kita bermula dari zero dan berubah menjadi hero. Di peringkat awal kita bermain bonsai di anggap tunggul, tiba-tiba berubah menjadi unggul.

Jika tersasar bahasa/hajat dalam wacana di atas. Harap maaf. Jumpa lagi.

“Bonsai itu Indah”.

Saturday, November 29, 2008

Pasir Bukit dan cara kahwinkan pokok bebuas.

1. Pasir Bukit. Pasir ini terdapat di pinggiran bukit, di peringkat pertengahan sungai yang mengalir daripada sungai peringkat muda melalui tolakan pengaliran air. Warna kekuningan dan sebahagian kecil pasir tersebut berongga (berlubang) dapat menyimpan air dan masih terdapat nutrient.


Contoh pasir bukit yang digunakan pada Pokok Bebuas Pulau.

2. Gambar di bawah di mana campuran tanah gunung berapi yang di import dari Indonesia dengan tanah bakar yang ditapis. Tanah gunung berapi lagi berongga (berlubang) dan amat sesuai untuk pokok-pokok Pulau dan Limau Hutan.


Contoh tanah gunung berapi yang dicampur dengan tanah bakar pada Pokok Kayu Hitam. (ketulan hitam pada pangkal pokok ialah baja kacang soya dari Taiwan)

3. Teknik mengahwinkan pokok antaranya ialah:

3.1 Cara tradisional - sama dengan cara mengahwinkan pokok bunga kertas.

3.2 Bentuk cantuman sama seperti pokok bunga kertas tetapi di balut dengan Loytape wiring pada pangkal cantuman yang berbentuk "V". Kemudian daripada mata tunas hingga ke hujung dibaluti dengan Nesco Film yang di import dari Jepun/Taiwan. Kebiasaannya Jabatan Pertanian Malaysia menggunakan Parafilm yang di import dari Amerika (kualiti dan cara penggunaannya sama). Nescofilm boleh didapati di mana-mana kedai pertanian/racun/baja. Kelebihan penggunaan nescofilm/parafilm ialah tunas yang baru tumbuh dapat menembusinya dan tertanggal sendiri. Apabila baka yang dikahwinkan matang @ cantuman sebati bolehlah buangkan loytape tadi, kalau tidak tunas cantuman akan patah/tercekik oleh balutan loytape (geting).

Contoh balutan yang menggunakan loytape dan nescofilm.

Tuesday, November 25, 2008

Jawapan untuk OTBB dan sahabat.

Salam,semoga sihat & bahagia.

Ahlanwasallam OTBB.

Terima kasih di atas pertanyaan anda. Saya sendiri tidak berpuas hati menjawab soalan Adik Noryadi kerana tidak begitu detail jawapannya.Jika ada masa harap datang ke rumah (face to face). Sebenarnya dalam permainan bonsai pengalaman mendewasakan kita. Sentuhan,penghayatan dan pengalaman juga menghasilkan produk yang lebih menarik mengikut bentuk material yang berdasarkan kehendak ilmu pembonsaian yang sebenar.


Bebuas Cascade kategori Besar. Pokok ini telah dikahwinkan lebih kurang 6 bulan. Sejarah pokok ini, digali di sebuah Pulau, tetapi tidak dapat dibawa pulang kerana ombak terlalu besar dan diambil semula 2 minggu kemudian

Jawapan 1

1.1 Di pantai barat semenanjung pokok bebuas boleh didapati di Pulau Pangkor,Pulau Pinang, sekitar pantai di negeri Kedah, Kuala Perlis, Pulau Langkawi, Wang Kliang hingga ke Satun Thailand. Pokok kayu hitam juga terdapat di sini.

Pokok Kayu Hitam Kategori Besar. Koleksi peribadi.

1.2. Pengalaman ini saya perolehi sewaktu saya bekerja di Alor Setar awal tahun 80-an selama 4 tahun.(Shahir di lahirkan di Kedah). Bebuas di pantai barat tidak begitu unik jin/shari kerana faktor geografi seperti cuaca dan tiupan angin monsoon timur laut. Harap jangan kecewa namun untuk membuat bonsai masih boleh. Bonsai yang menarik tak semestinya bergantung pada jin/shari. Ketuaan pokok perlu diambil kira begitu juga dari segi natural setiap kombinasi pembentukkan. Pada tahun lepas pertandingan bonsai di Taiwan, bebuas tanpa jin/share termasuk dalam "top 10". Namun gubahannya comel sekali. “Pak! Kalau material cantik tapi buatan tak cantik buat apa?” Sama juga cakap-cakap tentang bonsai, pandai, tapi belum tentu dapat menghasilkan bonsai yang menarik? Maaf,tidak menyindir sesiapa.

Beberapa pasu pokok Bebuas dalam proses "kahwin".

2. Merujuk gambar 10 (material peringkat awal 10 tahun).

2.1 Pada tahun pertama saya menggunakan pasu termasuk mata tunas yang dikahwinkan dengan baka Taiwan. Peringkat awal saya gunakan pasir sungai bercampur pasir bukit supaya dapat menyimpan air lebih.

2.2 Apabila kita nampak pasu ini sudak tidak sesuai tukarkan kepada pasu yang lebih besar bertujuan untuk penyuburan dan pembesaran (2thn). Tidak sesuai lagi tukarkan kepada pasu yang lebih besar dan letak di atas tanah (2thn-3thn@4thn). Pemangkasan dahan selalu dibuat kalau tidak pembesaran dahan tidak seimbang. Apabila dahan-dahan yang dikehendaki cukup begitu juga pecahan dahannya, perlu dipindahkan ke dalam pasu yang sesuai tapi agak besar sedikit (2thn@3thn). Masa amat diperlukan untuk mematangkan/mature sesuatu pokok. Setelah siap pindahkan pada pasu pada saiz yang lebih ideal (1thn) sebelum ke pertandingan. Pak, masa mendewasakan kita walaupun kita sudah dipenghujung dunia. Begitu juga pokok, ini juga adalah lumrah alam.

3. Kebiasaannya saya amalkan: peringkat awal penggunaan pasir sungai dan kadang-kadang saya campurkan dengan pasir bukit. Di Kuantan pasir bukit cantik sekali. Lupa pula nak bg kpd Noryadi itu hari, siap bungkus. Kelebihan pasir bukit kerana terdapat lubang-lubang dan kaya dengan nutrient.

3.2 Peringkat ke-2 perlu ditukarkan tanah apabila kita melihat pokok tidak melonjak lagi pembesarannya. Tanah yang perlu digunakan ialah tanah bakar yang betul-betul garing dan diayak bersih (70@80%). Dicampurkan dengan pasir sungai kasar (sebesar biji batang mancis) - (20/30%). Tujuan yang memudahkan pembiakan/perjalanan akar. Tanah bakar kaya dengan nutrient dan dapat menyimpan air.

3.3 Perlu di ingat di dalam pasu mesti di alas dengan net plastic yang lubangnya agak luas sedikit bagi mengalas pasir kasar/pasir sungai setidak-tidaknya setebal 1 inci. Apabila kita menyiram, air dapat mengalir terus. Tanah sahaja tidak cukup untuk pembesaran dan perlu disokong dengan penggunaan baja secara berkala dan kawalan racun makhluk perosak dengan betul.

Bebuas pulau kategori besar. Baru dikahwinkan semalam.

Terima kasih & Salam Aidiladha.

"Bonsai itu Indah

Sunday, November 23, 2008

Jawapan kepada pertanyaan Saudara Noryadi.

Sememangnya "Bonsai" adalah alam dan ianya subjektif juga tidak ada persamaanya. Maka alam juga sebagai reference/rujukan atau pokok disekeliling kita sebagai sifu. Allah menjadikan alam ini untuk kita. Gunakanlah ke jalan kebaikan dan jangan membinasakannya dengan tujuan yang salah sehingga membawa kepada melapetaka alam dan sebagainya.


Pokok disekeliling sebagai panduan dalam pembentukkan pokok bonsai.


Pokok yang mempunyai shape yang menarik sebagai panduan.

Bonsai juga adalah seni yang menggiurkan dengan mempunyai kecantikan tersendiri, keharmonian, kecantikan dengan ciri-ciri tersendiri dan boleh dinikmati oleh sesiapa yang melihatnya.


Sepohon pokok yang tua dan dahannya jelas kelihatan.

Pokok ini cantik tetapi dahannya tidak jelas kelihatan.

Tumbuhan disekeliling kita tumbuh dan hidup setiap hari, begitu juga bonsai, seninya tiada penghujung. Kecantikannya bertambah baik dari hari ke hari, bulan ke tahun. Seterusnya boleh ditukar bentuk dengan inspirasi baru. Pokok bonsai yang matang lebih indah, lebih tua menjadi lebih indah disebabkan masa dan usianya.

Sesetengah orang membandingkan bonsai dengan binatang peliharaan, kanak-kanak atau pasangan kekasih. Ianya memerlukan emosi yang kental di antara kita dan bonsai. Memerlukan penglibatan yang panjang/berterusan untuk membelainya seiring peningkatan usia kita dengan penjagaan yang betul. Bonsai yang indah dan berharga menjadi kebanggaan kita, kepuasan dan klimaks dalam permainan seni ini. Secara ringkas dan jika mahu lebih jelas harap datang ke rumah bawa pengeras!

“Kehidupan yang tidak teruji bukan kehidupan yang berharga bagi seseorang” – Socrates-

Mereka yang meminati bonsai seharusnya tahu ilmu bonsai:
- menguasai ilmu bonsai melalui kawan-kawan,
-buku teks, workshop,
-pameran,
-pertandingan,
-pengalaman/penghayatan masing-masing dsbnya.

Penyediaan material.

Memiliki material yang berkualiti, ada future pada kaca mata kita walaupun tidak cantik pada kaca mata orang, boleh imagine patent yang ingin dibuat, berapa tahun untuk disiapkan (matang). Adakah material ini apabila siap boleh di bawa ketengah dan ada challenging dengan bonsai yang di miliki oleh sahabat-sahabat kita dalam setiap kategori bonsai yang dipertandingkan. Daya imaginasi ini perlu ada jika kita mahu pergi lebih jauh dalam bidang ini.

Pokok yang natural.

2.1 Jika material bersaiz kecil atau sebaliknya, pemotongan batang, dahan dan akarnya mesti sepadan dengan pasu, ketinggian dan lebar apabila pokok itu siap. Jika tidak bijak membuat jangkaan ini kita akan banyak membuang masa.

2.2 Saiz pasu dan tanah mesti bersesuaian. Struktur tanah mesti baik supaya air tidak bertakung. Setidak-tidaknya 2 atau 3 tahun tanah perlu ditukarkan.

2.3 Setiap material yang kita miliki, kita mesti tahu “the style of bonsai” untuk membentuknya seperti “multiple trunk, informal upright, raft literati, wing swept , landscape, group planting dan sebagainya. Maka kita dapat mencipta/membentuk bonsai lebih bermakna, cantik serta berbangga dengan skill dan performance kita.


Penerangan Koleksi Bonsai dan bukan Masterpiece (Karya Agung)


Bebuas kategori kecil. Gold Medal 2006.

Pokok di atas berusia 5 tahun dibeli dengan Pok Su Dir, Besut, Terengganu bersama Mejar Fazli dari Pulau Pinang. Peringkat awal di tanam menggunakan pasir sungai 100%. Selepas dikahwinkan dengan spesis dari Taiwan, lebih kurang 3 bulan barulah tanah ditukarkan. Nisbah tanah bakar bersih 70% dan pasir sungai bersih 30%. Kesuburan/pembesaran amat mendadak. Tanah ini tidak perlu ditukarkan 2 hingga 3 tahun.


Pembentukan pokok/pembikinan.

1. Pokok yang hendak dibentuk mesti mengikut gerakan alunan pokok (gerak dasar). Dahan utama yang didawaikan mesti lembut (beralaun) diikuti dengan dahan yang kecil. Dahan utama mesti besar, bersesuaian/strong. Variasi setiap dahan dan jarak bersesuain dengan saiz pokok. Setiap dahan canopy jelas. B egitu juga bumbungnya, komposisi dahan-dahan seperti depan, belakang (kiri/kanan) dan bumbung bersesuaian dengan saiz pokok.

2. Pembentukan akar juga penting dan jika perlu akar-akar baru dicantum/tambahkan.


Tambahan akar disebelah kiri.

3. Saiz dahan/ranting. Dahan pertama perlu besar, dahan ke-2 kecil sedikit dan seterusnya. Susunan ranting seboleh-bolehnya kiri/kanan/atas. Begitu juga dengan ranting yang lebih kecil. Ini untuk memudahkan pembentukan canopy. Pokok bonsai perlu ada shape, natural dan bukan berkeping seperti roti canai / landscape di tepi jalan.


Santalia kecil.

4. Apabila pokok sudah siap seperti yang dikehendaki, ianya mesti digunting (pruning) mengikut bentuk yang diingini. Bebuas kecil digunting selalu sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu sekali manakala pokok yang bersaiz sedang atau besar digunting setiap 20 hari atau 1 bulan @ apabila memerlukan supaya bentuk dan pembesaran ranting dapat dikawal dan jari-jari ranting menjadi lebih banyak serta lebih ketuaannya (mature).

Material peringkat awal, 10 tahun lepas.

Bebuas sekarang.

5. Kelemahan/kekuatan setiap pokok mudah dikenal pasti jika penjagaan secara berkala kerap dilakukan.

Material peringkat awal, 10 tahun lepas.

Sebelum di pruning.

Sekarang. (3 tahun tanah tidak ditukarkan)


Penjagaan.

1. Pokok dan Penyiraman (Plant and watering)
Setiap pokok ada masalahnya,jika dikawal selia selalu pembesarannya lebih cepat. Pokok kecil perlu disiram 2/3 kali sehari (watering) bergantung kepada keadaan cuaca : pokok sedang/besar memadai 1-2 kali sehari bergantung kepada cuaca dan saiz pasu. Waktu menyiram paling sesuai 10.00-11.00 pagi & 4.30-5.00 petang. Apabila hujan lebat, pokok tidak perlu disiram. Jika hujan sederhana, pokok perlu disiram. Jangan siram pada waktu malam. Ianya boleh menyebabkan pembiakan kulat, lumut dsb.

2. Tanah
Tanah yang hendak digunakan perlu mesti bersih dan berkualiti. Pokok bersaiz sedang atau besar perlu ditukar 2-3 tahun sekali. Untuk pokok kecil ianya perlu ditukar setahun sekali atau awal mengikut keadaan pokok, perlu atau sebaliknya. Pokok di atas iaitu bebuas kecil dan bebuas besar hampir 3 tahun tidak bertukar tanah.

3. Pembajaan / Meracun
Jika baja yang digunakan sebanyak 1 sudu besar untuk setiap pasu, bererti pembajaan perlu diulangi setiap 2 minggu. Diikuti dengan racun serangga selepas 2 hari pembajaan dilakukan. Penggunaan baja seboleh-bolehnya di bawah 12 NPK. Jika melebihi 12 NPK adalah untuk pokok buah-buahan. Racun yang selalu digunakan ialah M45, dicampur dengan 15% racun serangga biasa (cecair) dan 15% sulfur yg digunakan untuk sapuan pada jin/shari. Sewaktu meracun, pastikan racun meresap kedalam perdu setiap pokok. Untuk meracun pokok kayu hitam, terutamanya tumpukan pada waktu daun muda kerana fungus menyerang dibahagian bawah daun (tumpukan bahagian ini). Selain daripada cara ini, daun secara keseluruhannya dibuang dan daun tersebut dibakar untuk mengelakkan jangkitan.

Jika keadaan pokok masih sihat, ianya tidak perlu diracunkan (Lihat keadaan pokok) Pokok bebuas lasak dengan penyakit . Pastikan daun kering tidak terlekat/berkumpul pada ranting-ranting dan menyebabkan serangga/ulat mengganggu pertumbuhan pucuk baru. Ketika ini pokok perlu diracun dan daun kering/tua mesti di buang selalu.

Jangan terlalu banyak menyimpan lumut pada permukaan pasu dan akar. Ini memudahkan fungus membiak serta pengedaran udara tidak seimbang dan jangan terlalu banyak perhiasan.

Jangan susunkan pokok terlalu dekat di antara satu sama lain.


Penyelenggaraan.

Penyelenggaraan bonsai perlu diberi keutamaan pada pokok yang berkualiti dan ada potensi untuk diketengahkan. Ianya perlu dikawal selia secara berkala. (Buku log seboleh-bolehnya disediakan) Meliputi:

1. Pendawaian
-Ikut prosedur yang betul- ke kiri/ke kanan atau sebaliknya dan jangan kena mata tunas.
-Gunakan saiz dawai bersesuaian apabila dibentuk, tidak mudah berganjak.
-Bantuan peralatan sokongan dahan @ jack,ikatan dawai dari pasu dsb.
-Screw juga boleh digunakan bagi membentuk dahan (Wrigthia R/Santalia) Lihat gambar dibawah.
-gantung batu bata dan sebagainya.

*Apabila dawai digigit oleh kulit pokok, bolehlah dibuang. Jika tidak yakin balas sekali lagi pendawaian ditempat tersebut.

Santalia sedang, style Sow Yet, Kluang Johor.(Pokok ini telah dijual atas permintaan tinggi)


2. Saiz dahan bersesuaian besar dengan batang utama potongkan dan simpan dahan baru dan seterusnya. Pembentukkan ranting juga dibentuk bersesuain dengan patent pokok. Katakan sepohon pokok bonsai telah sempurna:

Santalia sedang.

2.1 Waktu ini kita perlu imbangi kedudukan pokok (balance). Sepohon pokok yang indah tidak kira apa jenis bentuknya dan pembentukkan ini mesti mengikut gerak dasar alunan pokok, susur galur variasi dahan dan rantingnya apabila dilihat semuanya nampak dengan jelas dari depan. Dahan jangan bersilang.

Kayu Hitam dibuang daun. 3 tahun tanah tidak ditukarkan, tetapi tanah masih sesuai.


2.2 Elakkan pembentukkan pokok seperti tudung saji, satu dahan pun tidak nampak. Penyusunan dahan, ranting, daun perlu ada kekosongan supaya pokok lebih segar menerima cahaya matahari/pemakanan (fotosintesis).

Santalia besar (hampir siap).


Mengikut pengucapan orang Greek dan Latin setiap kesenian yang dicipta skopnya tidak terbatas, bentuk yang bermakna, imbangan terhadap struktur, logic, kemurniaan gaya/style, rangka dasar yang hebat, tidak berlebihan, imitasi nature, tidak berlebihan dengan pengertian yang bijak berdasarkan keindahan alam semulajadi.

2.3 Pembentukan pokok alam maya atau pokok dalam taman seperti pokok santalia, Brazilian rain tree, berbeza jika di bandingkan dengan pokok pulau (alam rosak). Pokok dalam taman kecatikkannya berdasarkan mainan variasi dahan, daun, batang, kulit, bunga dsb. Pokok pulau mungkin diganggu oleh malapetaka alam seperti ribut taufan, kemarau melampau, tsunami dsb. Pokok ini terutama yang tua kaya dengan jin/shari. Dahan yang diperlukan tidak terlalu banyak. Pembentukan pokok ini, jin/shari ditonjolkan bersama bengkakkan kulit bagi laluan air/makanan.

Sepohon pokok yang jelas kelihatan keseluruhan dahannya.


3. Persoalan-persoalan yang perlu ada dalam fikiran kita:

-Pokok yang siap perlu ditukar kepada pasu yang bersesuaian bagi mendidik pokok tersebut.
-Tahu masalah pokok: Pembajaan, keperluan air dan serangan penyakit.
-Daun perlu dibuang 3-4 bulan, 8 bulan/setahun sekali untuk memudahkan pembersihan pokok dengan menggunakan water jet. Kalau tidak ranting mudah patah. Keseluruhan pokok bersih dan pertumbuhan ranting dan daun lebih menggalakkan. Menggunakan berus amat meletihkan (boleh). Proses membuang daun pokok bebuas besar kadang-kadang memakan masa 3 hari untuk disiap dan amat mencengkam mata. Kenapa? Nak cantik……..
-Kedudukan akar perlu disesuaikan setiap masa. Seboleh-bolehnya akar dapat dilihat dipermukaan tanah.
-Jin/shari selepas ditembak dengan water jet apabila kering perlu disapukan dengan sulfur. Lebih tahan /cantik/unik/terserlah.
-Seterusnya ranting digunting sesuai dengan bentuk pokok dan tunas baru akan keluar. Jangan tersalah sentuh pasti patah (rapuh)
-Pokok matang seboleh-bolehnya beralaskan roller dan dipusingkan selalu mengikut cahaya matahari supaya daun/rating seimbang/harmoni dan matang.
-Jika kita kreatif, pembentukan dan pembuatan bonsai tersebut tidak berakhir. Bentuk-bentuk bonsai boleh diubah suai dan centrenya boleh ditukarkan. Jin/shari juga boleh ditukar bentuk. Dengan erti kata pembentukkan bonsai tidak berkesudahan. Begitu juga pengalaman/ilmu bergerak seiringan. Bentuk pasu juga akan berubah rupa, saiz atau warna bagi menambah dignity, value, elegant/bergaya.
-Pengalas pokok/tiang mesti kukuh dan tidak mudah patah bagi menghadapi risiko/keselamatan pokok.
-Penggunaan peralatan yang bersih/tajam, tidak merosakkan pokok.
-Apabila pokok kita matang, pastikan keseluruhan perkembangan pokok bonsai dikawal dengan sempurna dari akar, batang, dahan ke ranting, dahan canopy dan bumbungnya. Dalam erti kata lain kawalan kiri, kanan dan belakang pokok. Meliputi penjagaan jin/shari.


Material peringkat awal, lebih kurang 9 tahun lepas.

Gambar terkini.

*Tambahan:

Penjagaan Pokok Limau Hutan

1. Penjagaannya sama seperti lain-lain pokok.

2. Buang daun kebiasaannya 2 kali setahun.

3. Selepas daunnya dibuang, durinya mesti diguntingkan dan dibersihkan dengan berus atau water jet. Dahan yang tidak penting dipotong dan diikat dawai untuk pembentukkan.

4. Sewaktu daun muda tumbuh, pastikan diracun selalu, kalau tidak kupu-kupu suka bertelur dan ulat memakan daun muda dan menyebabkan pertumbuhannya terbantut.

5. Baja/air mesti cukup selalu. Elakkan fungus/serangga. Jika pokok limau terbantut, ianya sukar untuk dipulihkan.

6. Daun dibuang sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum ke pertandingan kerana pertumbuhan daun tidak seimbang, tidak seperti pokok santalia.

7. Keistimewaan pokok ini adalah seperti kulitnya, daun, bunga dan buahnya.

8. Pokok di atas di bawah jagaan saya lebih kurang 12 tahun.


Inilah penerangan serba ringkas dan jika mahu lebih detail harap datang ke rumah. Di atas kelewatan dan kekurangan penerangan dan bahasa harap maaf.

~Kepuasan terletak pada usaha, bukan pada hasil. Berusaha keras merupakan kemenangan hakiki ~ Mathma Gandhi