Tn Hj Abd Halim,
Nak minta tunjuk ajar sifu sikit kpd hamba yg jahil ni.
Apakah prinsip2 utk mencipta penjing & landskap bonsai? Apakah unsur2 yg perlu dititikberatkan dlm penciptaan gaya ini?
Salam.
Terima kasih Noryadi dan rakan bonsai
Semoga sihat /bahagia.
Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana lambat menjawab dan ramai menunggu wacana dari saya kerana saya sibuk sedikit dgn kerja-kerja peribadi.
PENJING
Panorama Alam Semulajadi
Pemandangan semulajadi di Kuala Abang, Dungun Terengganu.

Pemandangan Semulajadi di Negara China.

Penjing di atas sbg kenangan penyerahan Hong Kong oleh British kepada China ( go back to China )- pd 1 Julai 1997
Penjing adalah seni cina yg melahirkan sebuah landskap mini atur yg cantik dlm sebuah bekas pasu (kontena) bg mewujudkan satu illusi (bayangan/khayalan) mengenai alam maya. Istilah yg lebih mudah ialah “landskap dlm pasu”.
Penjing terdiri drpd 2 perkataan iaitu “pen”-pasu @ bekas , dan “jing”-pemandangan. Manakala bagi masyarakat Jepun di panggil “saikei”.
Persembahan penjing ini oleh artistic di bidang ini sememangnya hebat melalui inspirasi yg dipersembahkan dengan jelas melawan perameter penghasilan bonsai.
Dalam permulaan wacana ini, penjing boleh di bahagikan kpd 3 kategori :-
1. Penjing pokok (shumu penjing)
2. Penjing landskap (shamshui penjing)
3. Penjing tanah dan air (shuihan penjing)
“Basic” filosofi yg digunakan dalam mencipta penjing ialah inspirasi alam semula jadi (imitasi alam) meliputi setiap ruang lingkup, di mana tumbuhan di tanam lebih “semulajadi” , merangkumi penggunaan batu-batu,manusia,binatang dsb. Setiap implikasi yang berkaitan sehingga sekecil-kecilnya.
Mainan warna juga di utamakan supaya “nature” yang dipaparkan lebih realistik dan memukau penglihatan.
PRINSIP.
Prinsip atau dasar yag perlu ada dalam mencipta penjing / landskap bonsai (shujuang – pokok bonsai) di antaranya :
1. Berpengetahuan / berilmu
2. Daya imaginasi yng tinggi / bersemangat.
3. Berkebolehan mengubah seperti mengukir @ mengubah berdasarkan imitasi alam lebih realistik (kreatif).
4. Mengadaptasikan alam berdasarkan budaya setempat atau lebih universal.
5. Setiap apa yg di buat, digabungkan dengan unsur-unsur bagi melahirkan keharmonian dalam setiap komposisi ruang lingkup penjing yakni apa yg kurang / yg perlu. Apa yg dicipta oleh artis-artis itu , mereka perlu tahu apa yang kurang / apa yang salah. Semoga penciptaan lebih seimbang (balance).
6. Bergantung kpd material yg ada pd kita / pokok / batu dll.
UNSUR
Unsur / elemen yg diguna pakai dalam setiap rekaan / bentuk penjing berhubung kait di antara satu sama lain sehingga melahirkan landskap yang cantik , entiti yg lengkap dan lebih semulajadi. Hiasan-hiasan atau bahan-bahan yg perlu ada ialah :
1. Bekas yg ringan dan amat cantik spt pasu /dulang, seperti pasu seramik / marble pelbagai warna/saiz tanpa lubang. Ada yg berbentuk segi empat tepat,segi empat sama,melambangkan lebih maskulin manakala yg berbentuk bujur & bulat menandakan lebih halus dan feminin. Bekas ini dalam sebutan cina ialah “shuipen” dan sebutan jepun “suiban”.
2. Bahan hidup spt tumbuhan / pokok , air, lumut dan rumput.
3. Bahan-bahan mati (aksesori) sekecil-kecil seni bina untuk menyelesaikan penyampaian seperti batu-batu besar/kecil , jambatan, binatang,rumah-rumah,perahu,orang-orang,dewa-dewa dsbnya. Contoh pemilihan batu,cari yg ringan-ringan untuk mengelakkan pasu pecah sewaktu penyusunan @ pindah tempat.
4. Mainan warna / peranan warna. Bagi melahirkan suasana yang lebih realistic baik pada benda-benda hidup @ mati.
5. Batu yg di pilih seboleh-bolehnya mempunyai warna dan struktur yang hampir sama.
6. Batu juga perlu ada lubang dan garis lurah untuk memudahkan rumput dan lumutuntuk ditanam / mudah hidup. Seboleh-bolehnya cari batu yg ringan, mudah disambung / melekat / mudah diserap air.
7. Apabila penjing siap, kita akan melihat aliran "pokok, batu-batu, dan corak umum benar-benar mengikut satu bentuk selari".
8. Peralatan pembuatan spt peralatan tradisional dan moden ialah pahat,tukul,berus besi,simin silicon, berus cat , mesin grainder dll.
CARA-CARA MEMBUAT PENJING.
Contoh :
Dalam pembuatan penjing seharusnya kita merancang bentuk landskap yg hendak dibuat. Kedudukan komposisi pergunungan,bukit-bukit,serta jenis pemisah (sungai/lembah) serta tumbuhan spt bukit bukau yg tidak rata / hutan beralun.
Kedudukan batu (rock) bertaburan mengikut budi bicara seniman, bersesuaian dengan pergunungan. Ketinggian deretan tidak terhad. Batu besar memainkan peranan utama dalam menghidupkan suasana penjing.
Bergantung kpd komposisi boleh jadi cetek menurun ke lembah / sungai atau mewakili daratan tinggi pergunungan.
Kedudukan sungai / air adalah mustahak iaitu kedalamannya pd muka kuala dan sebaliknya. Kedudukan keseluruhannya mesti seimbang (balance)berdasarkan 3D. Berkemampuan mengguna inspirasi mencari idea-idea, tema, motif-motif serta pengetahuan teknikal dan holtikultur.
Cara-cara membuat landskap bonsai berdasarkan gambar :





PENGGUNAAN AKSESORI PENJING / LANDSKAP BONSAI.
Setiap aksesori mesti di letakkan di tempat yg betul.
Contoh-contoh aksesori:










Dalam pertandingan penjing / landskap bonsai, jika setiap aksesori yg diguna pakai diletak di tempat yg tidak sesuai markah akan dipotong, begitu juga dengan mainan warna, balance dan keaslian yg akan dikenal pasti oleh para juri / pengadilan. Lagi besar penjing / landskap bonsai kebiasaannya kesilapan lagi banyak.
Antara kesilapannya ialah :
Antara kesilapan pd landskap bonsai:
1. Kedudukan pokok utama tidak sesuai, tidak kira apa bentuk seperti bentuk formal, raf, semi cascade dsb nya dan penggunaan pasu yg lebih sesuai / elegent.
2. Bumbung utama/ psilara/ canopy pokok mesti berada dalam kawasan pasu dengan kata lain jangan terkeluar.

3. Dahan jangan terlalu banyak keluar drpd pasu kecuali sedikit sahaja spt dahan utama @ dahan pertama.
4. Pokok bonsai lebih terserlah drpd landskap dan sebaliknya. Sebagai contoh jika landskap lebih cantik drpd pokok cuba cabut bonsai tersebut adakah masih menarik? Jika tidak pokok lebih terserlah drpd landskap.
5. Penggunaan aksesori dengan betul lebih realistic. Begitu juga pembinaan landskap spt sungai,lembah,tanah dataran,lumut . Kedudukan pokok naik turun, variasi dahan, mainan warna, balance dan berdasarkan 3D.
6. Pokok mesti subur / sihat – bagaimana ianya dilatih dgn sempurna dlm sebuah landskap.

Kategori penjing yg biasa di pertandingkan ialah :
1. Penjing pokok (shumu penjing / landskap bonsai )
2. Penjing landskap (shanshui penjing / rock penjing )
3. Bigua penjing (penggunaan plate & stand)


4. Penjing tanah & air (shuihan penjing)
5. Shushue penjing (tree & stone)
6. Lain-lain mengikut kreativiti seperti gabungan di atas.
Contoh : Beberapa penjing yang siap.











Contoh : landskap bonsai yg sempurna.

Sebenarnya di Negara kita sudah lama penjing / landskap bonsai wujud,namun di sebabkan perkembangan bonsai lebih berkembang maka penjing semakin malap.
Penjing ini dibuat dari fosil yg terdapat dr Gua Niah, Sarawak. Milik En. Abd Halim (Gambar di bawah)
Kunjungan kenalan dari Miri, Sarawak- En. Abd Nasir/isteri
serta En. Abd Halim (1 Mei 2009)
(berbincang tentang bonsai/penjing)
Di Negara China, penjing di jual di merata-rata tempat baik di pasaraya,di kedai khas atau di kebun-kebun bunga dengan harga yg begitu murah malah cantik,unik dan amat memukau sesiapa sahaja yg melihatnya. Sayang tidak boleh bawa ke Malaysia atas dasar undang-undang Negara.
Dalam pembuatan / minat terhadap penjing / landskap bonsai / bonsai merupakan satu hobi yg baik, bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi daya kreativiti / cara berfikir seseorg malah melahirkan gaya hidup lebih sihat yg boleh membebaskan diri kita daripada tekanan hidup seharian.
Jika terdapat kekhilafan bahasa dalam wacana di atas harap maaf.
Daun selasih daun keladi,
Keladi ditanam di tepi tanjung,
Tanjung bernama Tanjung Karang,
Tempat orang mengail sepat,
Hati kasih kerana budi,
Budi baik rasa nak junjung,
Sampai bila di kenang orang,
Kenangan sampai ke akhir hayat.
T/K. Wassalam.Keladi ditanam di tepi tanjung,
Tanjung bernama Tanjung Karang,
Tempat orang mengail sepat,
Hati kasih kerana budi,
Budi baik rasa nak junjung,
Sampai bila di kenang orang,
Kenangan sampai ke akhir hayat.
“Bonsai itu Indah “.




















