Saturday, January 30, 2010

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum,
saudara sm yadi saya pun seperti encik farus juga masih keliru tentang gambar2 tersebut dan masih tercari2 yg mana dikata kan penjing dlm gambar tersebut.kalau pensai adalah dan kalau lah penjing jenis apakah itu,maaf saya org baru dan masih dlm belajar tlg perjelaskan dgn mudah agar saya faham perbezaan antara penjing dan pensai ini kerana walau jenis apa sekali pun penjing samaada air,batu atau pohon apatah kreatif mau pun tidak adanya unsur penegasan dan penyatuan jadi gambar2 diatas saya dapati tiada pun penyatuan serta penegasan samaada batu atau air tlg jelaskan krn saya ingin belajar lebih jauh lagi dari saudara sm yadi

Anonymous Anonymous said...

Yang Arif Sifu BK,

Boleh tak bantu? Saya pun tak faham mengapa competition ni dikatakan Penjing Creation Exhibition & Creation, tak nampak satu pun gaya penjing dalam pertandingan ni. Nampak macam sama ja dengan pertandingan bonsai lain. Adakah format pengadilan pertandingan ini sama dengan format pertandingan bonsai lain?

Hj. Abd Halim Hj Salleh said :

Salam Sdr. Anonymous /rakan bonsai yang budiman

T.kasih di ats pertanyaan tersebut dan sy cuba menjawab sebaik mungkin. Seboleh2 nya soalan yg ditanya melalui blog BK sbg blog rasmi PSBKelantan, kita mesti komited untuk menjawabnya.

Baik, bonsai berasal dr istilah cina iaitu “penjing”(pen-jing) dan dlm bahasa Jepun disebut “Bonsai”(Bon-sai). Pen dan Bon ialah bekas atau wadah. Manakala Sai /jing ialah pohon @ pokok. Bermaksud bonsai ialah pokok dlm pasu (Pensai).

Lawatan Perdana Menteri Malaysia dlm pameran Bonsai di Bukit Cahaya Shah Alam.
Tahun 1992

Skrg sudah jelas bonsai dlm bahasa cina di sebut Penjing @ Pensai. Org Jepun pula menyebut Bonsai.

Penjing pula terdiri drpd beberapa kategori :
1- Pokok penjing (Shumu Penjing)
(Bonsai ini termasuk dlm kategori bonsai /pensai)

Penjing dlm training di rumah sahabat di Taiwan.


Penjing yg tlh siap.


2- Landskap penjing (ShanShui penjing)



3- Air dan tanah penjing (Shusihan penjing)


Soalan kedua, mengatakan: mengapakah competition ini dikatakan Penjing Creation Exhibition & Creation.

Sebenarnya “Persatuan Penjing Art Creation Society yg mengadakan pameran dan pertandingan tersebut (pihak penganjur). Apa yg kita nampak dlm pasu yg dipertandingkan itu ialah penjing/ bonsai (pokok penjing/ shumu penjing).

Setiap penghasilan bonsai/ penjing semuanya kreatif dlm setiap kategori. Sejauh manakah pokok bonsai yg dihasilkan dpt diserasikan dgn penggunaan pasu/ wadah oleh setiap seniman tersebut. Pokok yg menjuarai /menang adalah terdiri drpd pokok yg plg kreatif di antara pokok tersebut. Malah memukau penglihatan para juri dlm setiap aspek. Selain drpd keunikan penciptaan, ketuaan dan mempunyai masa dpn yg bagus dan sbgnya. Setidak-tidaknya dlm pertandingan, berjaya mendapat anugerah emas.



Nampaknya sudah jelas apa yg dipertandingkannya adlh penjing /bonsai dan bukan kategori penjing yg disangkakan “landskap penjing dan air & tanah penjing”.

Pertandingan ini bg sy, formatnya sama saja spt pertandingan bonsai sebelum ini walaupun kita nampak sedikit kelainan. Jika kita mempunyai kekuatan & memiliki penjing (spt landskap /air dr tanah penjing) mungkin lebih baik dan dpt diketengahkan spt di negara China @ Jepun. Malah, format pengadilan amat berbeza jika dibandingkan dgn penjing biasa (bonsai).

Kadang kala, peminat bonsai apabila disebut penjing bererti seolah2 ianya sebuah miniatur dlm sebuah bekas /kontena/dulang mable/pasu nipis dan sbg nya. Seniman ini pula menghias latar belakang spt gunung,bukit,anak sungai,air terjun dan berbagai aksesori(rujuk blog Nature of Bonsai mengenai penjing).



Dalam pertandingan tersebut, pihak penganjur meletakkan polisi ciptaan seni penjing tanpa mengabaikan prinsip seni “bonsai” melalui keindahan falsafah seni, mewujudkan sepohon bonsai dgn gaya peribadi sendiri dan juga menunjukkan aspek2 keindahan semula jadi bonsai.

Kongsi pengalaman - Pameran Seni Bonsai Nasional PPBI Malang
November 2009
( di antara pokok2 yg mendapat best in show, juara bintang & juara2 seterusnya)

Manakala peraturan utk juri : Faktor kemenangan berdasarkan pd kreativiti bonsai dgn sentuhan yg menarik dan berpeluang utk mencapai dan meningkatkan rupa @ ketrampilan ciptaan bonsai utk masa hadapan.

Di negara Taiwan, penjing sememangnya amat popular, rakyatnya memang hebat di bidang pertanian malah begitu ramai melahirkan pakar2 bonsai yang Professional yang disegani dan digeruni (bertaraf dunia). Dulu kita lihat pemain bonsai di Taiwan mengikut cara org Jepun dan sekarang telah kembali berkiblat ke “Tanah besar negeri China” pula.

Suasana pertandingan bonsai di Taiwan.

Negara China / org Cina memang hebat dgn bonsai dan aksesori yg berkaitan @ penjing (berbagai bentuk penjing). Malah di negeri China dimana terdapat sekolah bonsai (Sekolah Lingnan) dan boleh dikatakan disetiap daerah Negara China bermula dr Dinasri Tang (618-907)), Dinasti Soong (960-1279) hingga skrg.Setengahnya mengatakn bonsai bermula sejak dinasti Ming (365-427)

Di Negara Jepun katanya bonsai mendapat pengaruh drpd China 1000 thn kemudian. Semasa era Heian (795-1191) dibawa oleh rahib, pedagang dan pegawai istana dr China. Di Negara Jepun terdapat muzium sbg tempat rujukan dan juga sekolah bonsai.

Bonsai juga berkembang ke Asia Tenggara, Di antara di negara Asia Tenggara Indonisia merupakan lebih meluas perkembangan bonsai, bukan sahaja negaranya besar malah kaya dgn pulau-pulau serta memiliki pelbagai spisis bonsai. Melahirkan lebih ramai pakar-pakar bonsai serta ramai pemain di setiap pelusut daerah.Setiap tahun terdapat banyak aktiviti-aktiviti dan kontes dilapangan ini. Di indonisia kini sudah terdapat sekolah bonsai yang meliputi perangkat besik dan senior. Manakala di Malaysia sahabat-sahabat sendiri berhak menilainya sacara ilmiah(bukan merendahkan Negara sendiri). Di Eropah terdapatnya Exhibition di Paris (1878). Di London 1909 terdapatnya pameran yg melibatkan Raja England (King Edward VII). Akhir sekali di Amerika. Disebar oleh pendatang Jepun setelah perang pasifik dan seluruh dunia oleh orang Inggeris dan sebaliknya.

Pak Budi di rumah Mike dan Rob Kempinski.


Gambar- Laporan Pak Budi Sulistyo dr Inggeris bonsai tidur di musim dingin.
(bapak apa khabar? Harap sihat sejahtera semua family)

Kesimpulannya Malaysia Penjing Art Creation Society Berjaya mengadakan pertandingan tersebut bermula 23-31 Januari 2010 yg merupakan kegiatan yg bersifat nasional dlm perkembangan seni bonsai tanah air. terutaman di kalangan generasi muda.

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi2 penghargaan & terima kasih kpd persatuan, di atas kejayaan serta pengorbanan begitu besar dlm perkembangan penjing di Malaysia dan mengeratkan tali persahabatan di antara kita semua. Insya’allah.

Jika tersapat kesalahan dlm wacana di atas, harap maaf.

Sekian.

T.Kasih /Wassalam.

Selamat Berkarya

“Bonsai itu Indah”

Tuesday, January 26, 2010

Result - Penjing Creation Exhibition and Competition 2010

Result - Penjing Creation Exhibition and Competition 2010
Date: 24th - 31st January 2010
Venue: SRI DAMANSARA CLUB, KL.
Category: Open



Name: Haji Abd Halim bin Haji Salleh

Award:

1. Medium: Gold
2. Small: Silver and Bronze.

Friday, January 15, 2010

salam Tn Haji.....

saya ada satu masalah yang masih tak selesai2 lagi. iaitu berkaitan daun pokok santalia yang terkena bintik kuning...saya tahu puncanya dari tahi lalat. lalat suka duduk pada daun santaliakan Tn Haji. bila buangan lalat itu terkena matahari pasti daun tu melecur dan kekuningan....dahan tu terus jem...mintak tips sikit Tn Haji....petua2 nak ajo binatang ni....lalat ni kita tau bijak cikitjek...

Salam Zamrizal / rakan bonsai yg budiman.

Memang lalat disebut penyebar penyakit yg serius kerana setiap lalat yg hinggap di suatu tempat kurang lebih 125.000 kuman jatuh ke tempat tersebut.
Kebiasaannya daun tersebut diserang oleh berbagai serangga seperti ‘white flying’ dan sebagainya. Serangan serangga ini akn berlaku tidak kira siang @ malam.

Gambar daun Santalia yg terkena penyakit karat daun.
(Wrightia Religiosa)

Apabila daun ini diserang oleh serangga ini, kesan symptom nya terdapat tompok2 @ lepuh2 yg berwarna kuning @ oren dan coklat seperti kehangusan.

Penyakit pada daun kayu hitam disebabkan serangan serangga.
(Moba – Buxifolia)

Penyakit di atas dikenali dgn nama ‘KARAT DAUN’.

Cara Mengatasi

1. Pokok tersebut perlu disembur dgn racun serap di sebelah pagi sebelum matahari terbit. Semburan ini meliputi bahagian atas/bawah daun seluruh pokok dan airnya meresapi hingga ke pangkal.
2. Semburan racun perlu disembur seminggu sekali dan ulanginya 3 kali setiap 3 minggu. Akhirnya semburan diperlukan sekali shj pd setiap bulan.
3. Pokok yg terkena penyakit ini juga boleh dibuang daun dan perlu disemburkan seperti di atas ( no. 1)

Pokok yg dibuang daun dan disembur racun.

4. Jenis racun serap utk serangga yg plg sesuai ialah Mitec & Fenetron bertahan di antara 3 hari hingga 7 hari (seminggu). Penggunaannya mengikut sukatan @ arahan yg terdapat di botol racun tersebut.
5. Racun ini juga sesuai untuk serangan serangga di bwh.

Serangga berwarna merah.

Serangga suka membiak di bwh daun.

1. Penyakit Kulat

Penyakit kulat mudah tersebar pd cuaca yg lembab/ musim hujan. Mana2 pokok yg terkena penyakit ini, daun berwarna kuning kerana makanan tlh diserapi /dimakan oleh kulat & tidak sampai utk kegunaan daun.

Cth daun kekuningan krn pokok terkena penyakit kulat.

- Lama kelamaan daun akn gugur /meranting dan mati.
- Rawatannya ialah dgn menggunakan racun kulat Sistemik (Sensor 25Wp). Sembur di waktu pagi sebelum matahari terbit. Ulanginya sehingga pokok sihat dgn mengikut arahan yg betul.

Pokok yg terkena penyakit kulat.

- Setiap pokok yg mengalami penyakit di atas, pembesarannya memang lambat.
- Menghindarkan penyakit adalah lebih baik drpd mengubati.
- Serangga merah juga suka menyerang pd bhgn buah pokok santalia.

2. Pokok Bendalu

- Pokok parasit /penumpang hidupnya menghisap makanan drpd pokok lain tanpa bersusah payah. Bendalu hidup segar dan pemangsanya sengsara dan akhirnya mati.

Pokok bendalu (parasit)

- Cara mengatasinya ialah potong dahan yg terdapat pokok tumpang tersebut (bendalu).

3. Penyakit Batang

- Penyakit ini biasanya menyerang pd batang dan kulit berkerutu dan akhirnya reput. Berbeza dgn pokok limau (penyakit kanker /keruping hitam). Mungkin disebabkan serangga, semut bersarang, anai2, kutu seni sbg perumah. Lama kelamaan tempat tersebut buruk. Tempat yg buruk perlu dibersihkan. Tempat itu dibersihkan dgn ubt kuning. Apabila kering, perlu disumbat dgn bahan liquid berwarna coklat yg terdapat dlm tupperware hingga penuh pd paras yg sesuai. Akhirnya tempat tersebut dipenuhi dgn bahan rawatan tersebut.

Pemulihan akar atau batang yg rosak.

- Ingat rawatan susulan dgn (meracun /membaja /merepot /watering dll) seperti biasa.

Cth racun /bahan perawat.

- Pokok yg sihat/ cantik /berpenyakit adalah berpunca drpd pemiliknya.

Pokok yg sihat.

Akhir kata, inilah pengalaman sy secara ringkas utk dikongsi bersama. Jika terdapat sebarang kesilapan dlm wacana diatas, harap maaf.

T . Kasih /Wassalam.

“Bonsai itu Indah”

Wednesday, January 6, 2010

Salam Adnan / Aidma

Dari pengalaman saya daun pokok bebuas ada juga dimakan ulat tetapi tidak seteruk daun limau hutan atau daun muda pokok kayu hitam.

Biasanya serangga suka membuat sarang dan bertelur di daun dan dijadikan perumah. Serangga tadi bertelur dan lava pula memakan daun muda sehingga berlubang dan tinggal urat-urat daun tua.

Kadang-kadang serangga juga menyerang batang-batang muda dan bahagian pucuk. Batang muda membengkak dan apabila dipatahkan terdapat ulat. Di bahagian pucuk pula pangkal daun dan pucuk menjadi hitam dan pucuk akan mati. Namun, tunas sampingan tumbuh kembali selepas itu di bahagian bawah yang masih hidup.

Pucuk diserang serangga pd peringkat awal.

Bagi mengatasinya boleh juga spray H2O fumakila itu pun mungkin bertahan satu hari sahaja. Apabila hujan racun sudah tawar. Harap gunakan racun “sistemik” (decis) iaitu serapannya lebih tahan lama di antara 3-10 hari. Cara menggunakannya mengikut arahan pada botol racun tersebut. Lebih praktikal sebelum membeli berbincang dahulu dengan pegawai kedai baja/racun yang “famous”.Awas jauhi dari kanak-kanak.

Aidma,

Pokok bebuas ini seperti makan ulat dan daun gugur setelah di repot pada media yang baru.
Kebiasaannya pokok yang baru repot seperti bebuas sebolehnya dibuang daun. Nampaknya pokok ini daunnya tidak dibuang. Mungkin gugur disebabkan pemakanan tidak berlaku dari akar kerana masalah berpunca dari akar yang terdapat gangguan. Tambahan pula musim hujan,tanah padat dan kurang oksigen.


Pokok yg baru repot ke dlm media baru, daunnya harus dibuang.

Daun layu juga disebabkan kehilangan air dan proses pemakanan / fotosintesis tidak berlaku. Daun mungkin kering / layu dan gugur. Jika diserang kulat / virus pokok kurang antibody dan daun cepat gugur.

Cara mengatasi :
Jika berpuca daripada tanah, gaulkan dengan “Benomyl” kira-kira 3gm atau sesuaikan dengan media bagi merawat/memperbaiki tanah (micro organisme) dan untuk mematikan kulat.

Tambahan :
Jika pokok bebuas anda berbunga dimana pembesarannya lambat,


Bunga pokok bebuas mesti dipotong bg mempercepatkan pembesaran.

diharap potongkan bunga supaya tunas baru lebih banyak tumbuh/pembesaran lebih cepat.



T/kasih. Wassalam.
Bonsai itu Indah.

Saturday, January 2, 2010

Jawapan pertanyaan OP mengenai permasalahan pokok Bebuasnya

Anonymous said...

Selamat tahun baru 2010 buat semua ahli PSBK dan juga penggemar bonsai.

Saya ada soalan berkenaan repot tetapi bukan dari jenis CA.Soalan saya ada lah berkenaan repot Bebuas.

Kenapa selepas repot beberapa hari bebuas saya ada menujukkan berlaku kekuningan pada daun dan keguguran daun-daun tersebut.

Jenis material tanah yang digunakan 50% pasir malang + 50% pasir sungai.selepas repot pokok tersebut diletak kan ditempat yang redup.

saya mengalu-alukan jawapan dan pandangan dari semua sifu-sifu bonsai.

"OP"

Salam OP / Sahabat bonsai yang budiman.

Terima kasih, saya menjawab seringkasnya kerana sebelum ini agak sibuk dengan majlis kenduri. Demi bonsai saya tetap bersemangat mencubanya dan menjawab berdasarkan pengalaman sendiri / kawan-kawan di bidang ini mengenai pokok Bebuas (Premna Mnauseose) Sancang @ Wahong Laut.

A)Mengapakah pokok bonsai perlu di repot kan? Di antara implikasinya :

1.Akar pokok tersebut sudah memenuhi pasu dan pembesarannya lambat.

Akar mulai memenuhi pasu, pembesaran lambat & perlu di repot segera.

2. Air siraman /hujan mudah bertakung /lambat mengalir keluar (dalam pasu).

Pokok ini perlu di repot segera.

3. Tanah yang diletak dalam media tidak sesuai dengan pokok tersebut seperti terlalu halus / kasar @ masam dll.

4. Pokok diserang penyakit@sakit seperti carak air (akar masam) bererti diserang virus akar berbau busuk.

Pokok ini perlu di repot segera memandangkan medianya tidak sepadan dengan pokok.

5. Dll.

B) Apabila pokok hendak di repot terutamanya yang berakar penuh di mana bola akar di potong pada sekeliling pusingan dan dipotong hampir separuh pada bahagian akar bawah. Tanah/pasir yang terdapat pada akar mesti dicuci. Pasir-pasir yang terdapat pada akar mesti dicucikan, mana-mana akar yang tidak penting perlu dipotong (‘trim’ akar menjadi kecil). Penggunaan tanah malang dan tanah bakar 50%-50% sudah betul. Tetapi mesti ingat tanah bakar mesti di ayak/tapis, buangkan debu dan ambil pasir yang kasar diletakkan di bahagian bawah dasar pasu (di alas dengan "net"). Tanah tersebut di gaulkan dan pokok di tanam / siram seperti biasa. Pada 1 dan 2 hari daun agak layu(gencatan transfer serupa (analogy) dengan umat Islam pada awal permulaan puasa (letih/layu). Kemudian pulih seperti biasa.

Pokok lebih segar setelah ditukar dengan tanah baru (3 minggu)

-Bila daun layu, proses fotosintesis tidak wujud. Daun layu adalah berpunca daripada kehilangan air pada daun tersebut.

-Apabila pokok hendak dipindahkan pada media baru daun tua dibuangkan dan tinggal beberapa helai dibahagian pucuk sahaja.

-Beberapa hari pokok tersebut akan pulih dan pucuk serta tunas baru akan tumbuh / muncul (‘develop’ kembali).

Pokok lebih sihat pd media baru (1 bulan)

C) Pokok diserang penyakit akar (diserang kuman / virus) akibat air bertakung (carak air)

-Peristiwa trajis yang menyedihkan ini adalah kecuaian manusia. Kebiasaannya akar pokok tersebut sudah penuh dan malah dibahagian bawah media tidak di alas dengan pasir kasar ,atau pasir kasar terlalu sedikit (rendah).

-Bukti penyakit akar di mana daun-daun pokok mulai kuning , tidak seperti biasa (daun kuning kerana tua).

Contoh daun yg bermasalah.

-Cepat-cepat pokok tersebut perlu di repot dan tukarkan tanah seperti biasa dan begitu juga ‘trim’ akarnya. Ketika ini lah kita dapat merasai bau busuk daripada akar akibat serangan virus.

Berbincang bersama kawan2 mengenai masalah pokok bebuas.

-Akar-akar busuk bertukar warna kelabu @ hitam dan buangkan semuanya,termasuk pasir/tanah dengan semburan air bertujuan untuk mencuci.

-Pokok di atas seboleh-bolehnya dicuci dengan semburan air / spray ‘Ridomil’ pada pangkal pokok untuk membunuh kuman / virus tersebut.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas repot.

1.Sebolehnya pokok tersebut diletakkan di tempat yang sedikit redup / green house.

2.Siram seperti biasa @ sesekali spray dengan air pada keseluruhan pokok.

3.Jangan letakkan baja hampir 3 minggu & selepas itu bolehlah letak baja (slow release) tanpa NPK.

Selepas repot shgga 3 minggu baja tdk perlu diletakkan.

4. Jika daun masih lagi layu /kekuningan teruk bererti air di media baru terlebih air / air bertakung atau pokok tersebut terdapat virus menjadikan tempat itu sebagai perumah. Lava-lava menjadikan tempat itu tempat bersarang dan menyerang pokok. Pokok ini perlu dicabut kembali dan di sembur dengan ‘ridomil’ pada keseluruhannya dan tanam kembali.

5.Jika pokok tersebut bersaiz besar harap letakkan di tempat kekal dengan alasan sukar untuk dipindah kembali. Pokok perlu di payungkan / ‘netting’.

Pokok yg bersaiz besar yg baru di repot perlu diteduhkan bg mengelakkan kehilangan air (kayu hitam sbg contoh)

Tambahan :

1.Sebelum pokok direpot boleh juga ditanggalkan pasu dan buangkan akar sebahagian bertujuan untuk mengeraskan pokok. (membiasakan dengan kelasakkan / jangan manja) yakni biar merasakan kesengsaraan dalam kehidupan (jangan hidup mewah).Apabila direpot nanti pokok mudah hidup seperti biasa.

Pokok perlu di sengsarakan supaya lebih lasak & mudah hidup apabila dipindahkan pd media baru.

2. Kebiasaannya pokok bebuas ini amat senang di kawal / dijaga.

3.Selepas 3 minggu bolehlah diletakkan dengan baja siraman (organic-slow release) atau diletakkan baja organic (baja soya keeping /bulat).

Baja kacang soya yg di import & baja organik amat sesuai digunakan kpd pokok2 pulau dan juniper.

4. Akhirnya pembajaan seperti biasa apabila pokok sudah boleh ‘survive’ termasuk meracun mengikut jadual secara berkala.

Cara penjagaan "bebuas baby" sama dgn bebuas bersaiz besar (tua).

5.Jika pokok tersebut hidup tapi daunnya kuning bererti kekurangan nitrogen.

6.Jika daun berkerinting (krotok dalam bahasa Kelantan) bererti kekuranagan kalsium.

7.Mengenai zat hara pada pokok tersebut tidak membesar (Berit-bahasa Kelantan) hanya dok macam tu (kata orang Utara) juga kurang kalsium / posporus.

Kebanyakkan bermasalah & memerlukan rawatan segera.

8.Jika daun kuning tetapi urat daun masih hijau bereti kekurangan magnesium.

9.Daun hijau tapi kuning dihujung daun kekurangan zat hara kalium .

Pokok tdk cukup pembajaan & perlu direpot segera.

10. Mengenai penyiraman apabila tanah masih lembab tidak perlu disiram. Saya hanya menyiram 2 kali sehari apabila hari panas iaitu 9.45 pagi dan 4.30 petang. Mengapa? bertujuan mengimbangi suasana lembap dan kering (balance) dan menghindarkan daripada penyakit kulat/virus.

Akhir kata,besar harapan saya jika mahu melihat bonsai Malaysia maju dan berharap ramai memasuki komuniti bonsai (persatuan). Selain dapat berinteraksi positif dengan mendapat sahabat yang lebih banyak dan menambah jaringan (networking) lebih kuantiti/kualiti.

Bonsai menyebabkan kami berpersatuan dan mengenali antara 1 sama lain.

Juga dapat bertukar pengalaman dalam dunia bonsai.Saling menghormati / menghargai perbezaan visi dalam bonsai lebih dinamik iaitu jauh lebih penting lagi adalah “ilmu kehidupan”.

Di atas kesilapan dalam wacana di atas harap maaf.

Salam bonsai selalu dan selamat berkarya.

Sekian.

T/Kasih. Wasalam.

Bonsai itu Indah.