Saya sangat berterima kasih / menghargai di atas kesungguhan Sdr. Riduan setiap sumbangan dalam BK sejak awal lagi sampai sekarang dalam kemajuan bonsai tanah air melalui blog BK dan PSBK.
Dalam rencana beliau yang bertajuk “Mesteri Cucur Atap” amat menarik perhatian saya sebagai rakan hobi,sepersatuan dan sebagai sahabat yang mulia dengan positifnya saya cuba tokok tambah apa yang kurang untuk melengkapkan tip-tip ilmu demi manafaat bersama walaupun saya sendiri masih belajar.
Celoreng atap berusia 13 thn.
Celoreng atap bukan sesuatu yang misteri, ianya sebagai ujian/cabaran kepada kita dari Allah untuk mendekati dan mendalami ilmu mengenai sains hayat tumbuhan untuk umatnya. Semoga umat super ini berjaya mengubah dunia yang berupaya menjana kualiti kelas dunia yang bergelar muslim super dalam perkembangan bonsai tanah air.
Pandangan atau pendapat ilmu dalam seni bonsai merupakan sesuatu yang dinamik,harap terus berdenyut bererti seni bonsai terus hidup dan dalam hidup pasti ada perubahan sekecil-kecil apa pun. Bagi sahabat yang menolak angin perubahan,sesungguhnya mereka mengingkari kehidupan itu sendiri.
Celoreng atap pertama menerima anugerah emas, milik Mr. Hoo (Kuantan) dan gayanya menjadi ikutan kemudiannya di seluruh pantai timur. pd thn 2000.
Ciri-ciri pokok yang mempunyai jangka hayat yang lama.
Kebanyakkan pokok yang mempunyai jangka hayat yang lama di mana kayunya mempunyai “density” yang tinggi (yakni kayunya tumpat-solid).
Pembesarannya lambat / lama. Contoh pokok pulai atau pokok batai usia pembesaran 5 tahun sama dengan 100 tahun saiz pokok cengal. (growth rate berbeza dengan pokok pulau)
Pokok yang jangka hayat yang lama ini kayunya keras. Seperti cengal,kruing,tembesu padang, merbau dll.
Jangka hayat juga tidak bergantung pada daun kecil atau besar. Contoh pokok kruing, daun besar dan kecil (tumbuh di lembah / tanah tinggi pun jangka hayat sama saja. Pokok rhu @ asam jawa pun daun kecil tetapi jangka hayatnya lama.
Pokok kayu kapur dikatakan mempunyai jangka hayat yang lama dan bentuknya sesuai digubah pd pokok celoreng atap.
Pokok casurina @ tembesu padang walaupun mati di bahagian atas mungkin tumbuh lagi di bahagian pangkal dengan ada nya anak-anak tunas (anak-anak kopik).
Pada pokok yang density nya rendah seperti jelutong,pulai,celoreng atap atau lain-lain. Pokok yang mana anai-anai suka bersarang memang jangka hayatnya tidak lama dan tidak pasti masa namun bergantung pada kualiti fizikal pokok tersebut. Ada pokok tersebut mati terus @ hidup kembali @ anak tunas lain tumbuh( ecology system@ regroth – tumbuh kembali)
Jangka hayatnya juga tidak bergantung pada pokok itu tinggi atau rendah. Contoh pokok kemahang sangat tinggi namun cepat mati jika dibandingkan dengan pokok ciku atau sebaliknya. Pokok kemahang sel nya lebih besar (cepat reput) malah suka tumbuh di tanah rendah @ lembah jika dibandingkan dengan lain-lain pokok di tanah berbukit / tinggi.
Keistemewaan pokok celoreng atap.
Sejenis spesis yang amat sesuai di buat bonsai. Meliputi warna batang, daunnya yang halus seperti celoreng. Malah batangnya berlurah dan istimewa lagi jika terdapat batang / dahan yang mati (jin /share). Menggambarkan survivel yang penuh kesengsaraan/dramatik melalui bonsai tersebut.
Cucur atap kategori besar.
Mempunyai keunikan tersendiri yakni anggun/sangat harmoni apabila pokok ini matang sepenuhnya . Apabila pokok ini di pamer / display dengan gabungan diantara material yang hidup dan mati amat memukau penglihatan.
Jin/ shari - lebih kuat jika di sapu dengan salfur.
Mudah dibentuk pendahanan seperti pokok bonsai yang lain dan pastikan masa sesuai di waktu pembentukkan. Seboleh-bolehnya waktu kemarau/cuaca panas.
Cucur atap kategori besar.
Punca kematian pokok celoreng atap.
Berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan selain dari apa yang diperkatakan oleh saudara Riduan(BK) :
1- Pokok tidak sesuai di tanam dalam media yang terlalu kecil.
Celoreng atap kategori kecil mendapat tempat kedua peringkat kebangsaan.
thn 1998 (Kuantan)
2- Pembajaan / meracun tidak mengikut masa dengan betul dan mungkin menggunaan dos yang berlebihan. setengah sahabat saya menggunakan baja getah,baja tembakau,baja spray kelapa sawit dll. Kesan permulaannya memang baik ,untuk jangka masa yg panjang tidak sesuai dan bermasalah/mati.
3- Pembajaan celoreng atap sesuai dengan cara pembajaan slow realese dan bukan fast realese.
4- Lambat menukar tanah / reput apabila akar penuh / air sukar mengalir.
5- Repoting sesuai sebelum sebulan musin hujan.Air mengalir laju / akar belum penuh. Juga prunning di masa yang sama supaya bebanan air pada dahan sewaktu hujan tidak memudaratkan.
6- Penggunaan tanah yang tidak sesuai seperti terlalu kasar/halus/tanah kotor.Lubang-lubang pada pasu tidak di alas dengan net plastic yang berlubang besar sederhana. Sepatutnya semasa menyemai , pasu masa traning dan peringkat matang penggunaan tanah dan lain-lain perlu disesuaikan supaya tidak menimbulkan masalah.
7- Pastikan bahagian kulit luar (primary),bahagian kedua(secondary),dan cambium(dekat kulit kayu) jika terputus di sebabkan virus,luka atau terkoyak di mana menyebabkan pokok akan mati.
8- Begitu juga dengan kulat/hama/kutu/labah-labah seni akan bersarang (perumah) pada daun,akar,ranting atau bawah batang/cabang. Lubang di sebut sebagai perumah,apabila waktu siang hama/kutu/labah-labah seni tidak jelas di lihat pada mata kasar dan malamnya akan keluar.Perumah (generasi kedua) tempat bertelur pada lubang tersebut,telur bertukar kepada lava. Lava pula memakan pada sekitar lubang-lubang hingga kepulor pula dan dahan akar mati. Jika pada akar menjadi mangsa maka keseluruhan pokok akan mati. Manakala daun akan gugur dan ranting meranting.
9- Selepas pertandingan pokok ini dipindah kembali ke dalam pasu yg lebih besar supaya lebih subur/bebas dan tidak terbantut yang memberi kesan sampingan pada pokok.
10- Kerap kenal pasti setiap masalah. Cepat bertindak - mesti tahu puncanya.
Selain mengetahui dan memahami habitat aslinya ketika merawat pelbagai jenis pokok, juga keperluan cahaya matahari dan angin atau cuaca/keadaan alam sangat mempengaruhi setiap pertumbuhan bonsai.
Aspek kasih sayang penting dalam pembikinan bonsai dan permulaan hingga bonsai siap dengan penuh komitmen/sepenuh hati membelai/merawat bonsai dengan sempurna. Bonsai / tumbuhan adalah makhluk hidup,suka dibelai/merespon segala perlaksanaan terhadapnya termasuk kasih sayang.
Setiap individu yang mengatakan suka terhadap seni bonsai,maka seharusnya mempunyai komitmen yang tinggi untuk merawat bonsai dengan baik,dengan kata lain bukan sahaja mengetahui ilmu bonsai tetapi yang jauh lebih penting lagi iaitu “ ilmu kehidupan “. Baik, akhir kata jika terdapat sebarang kesalahan dalam wacana di atas harap dimaafkan. Sekian.
Terima kasih/ Wassalam.
Selamat Berkarya.
Bonsai itu Indah.