Wednesday, April 15, 2015

Bonsai ~ Limau Hutan/Limau Rawit. Tiphasia Tripholia

Limau Hutan/Limau Rawit/Limau Hantu/Limau Cuit/Limau Gunung/Limau Kuku/Jeruk Kingkit (Indonesia). 

Spesis: Tiphasia Tripholia

Gambar pokok gaya formal yang dirakam pada tahun 2008 dan yang terkini pada tahun 2015. 

Gambar terkini tahun 2015

Pokok ini sudah hampir mati kerana masalah kulat dan akar, tetapi berjaya dipulihkan kembali dengan rawatan racun anti kulat dan penggantian media dengan beberapa campuran media yang berbeza. 
Gambar tahun 2008


#natureofbonsai 

Saturday, April 11, 2015

Bonsai ~ Buxus harlandii. Wahyang.

Buxus harlandii atau pun dikenali sebagai pokok wahyang/wayang dikalangan penggemar bonsai tanahair. 

Dibawah adalah gambar pokok buxus bersaiz kecil/mini.

Gambar terikini, 2015. 

Gambar pada tahun 2009, 6 tahun yang lalu. Pernah mendapat hadiah saguhati pada pertandingan bonsai peringkat daerah Kuantan (terbuka Malaysia) 2009. 

Tuesday, September 23, 2014

PERMULAAN BAIK. HASILNYA PUN BAIK BUKAN?

PERMULAAN BAIK. HASILNYA PUN BAIK BUKAN?

Buntu mencari jalan untuk bermula?
Blurrrr mahu bermula?
Gagal mencari jalan untuk bermula?
Semakin ramai yang meminati seni dan pokok bonsai sejak akhir-akhir ini. Ianya dapat dilihat dari pertambahan ahli di dalam group bonsai di Facebook (Akademi Bonsai Malaysia). Semakin hari semakin hangat dengan pelbagai posting dan pelbagai soalan dilontarkan mengenai bonsai.

Nasihat saya, yang penting adalah bermula. Langkah ini menentukan kelancaran langkah seterusnya. Dalam seni bonsai, langkah kita adalah untuk menikmati sebuah perjalanan sepohon bonsai. Bukannya menuju ke sebuah destinasi. Ingat, semuanya bermain dengan masa. Bukan sehari dua untuk melengkapkan sepohon bonsai.

Dalam masa yang sama menambah ilmu dan pengetahuan. Sambil-sambil menambah rakan dan taulan dalam bidang yang sama. Boleh bertukar pendapat dan ilmu. Secara langsung atau tidak langsung.

Saya masih ingat kata-kata hikmat seorang Sifu bonsai berbangsa cina kepada saya. "Main bonsai ini ibarat menyimpan emas. Lebih baik dari simpan emas". Memang benar apa yang di ungkap oleh beliau. Hanya jauhari mengenal manikam 

Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan.

Teruskan dengan hobi bonsai. Tanamkan minat bersama hobi. Jangan sekadar minat, tetapi tidak dijadikan sebagai hobi. Kalau tidak, hobi entah ke mana, minat pun entah ke mana. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Genggam bara api biar menjadi abu.

Buntu mencari jalan untuk bermula?
Blurrrr mahu bermula?
Gagal mencari jalan untuk bermula?

Mohon isikan borang survey yang saya telah sediakan dihttp://bit.ly/asasbonsai
Huraikan secara detail apa masalah anda. Apa yang anda mahukan. Apa yang anda ingin tahu secara detail.

Kepada Tuan, Puan dan Cik Puan yang telah mengisi borang tersebut, saya berikan anda lima bintang dan ucapan terima kasih kerana membantu diri kalian dan orang lain untuk berjaya dalam bidang bonsai.
Isi sekarang: http://bit.ly/asasbonsai

Tuesday, September 9, 2014

Pertandingan dan Pameran Bonsai dan Suiseki Kebangsaan 2014

Jadual Aturcara Program:

"Pertandingan dan Pameran Bonsai Malaysia dan Suiseki Kebangsaan 2014"

"National Bonsai and Suiseki Exhibition and Competition 2014". 

Tarikh: 12-14 September 2014. 

Tempat: Viva Home Shopping Mall, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. 
GPS coordinates - 3.122176, 101.719567 

Anjuran: MALAYSIA BONSAI AND SUISEKI MALAYSIA. 


Jadual aturcara program:

12-14/9/14    
10am - 10 pm
- Show Open to Public

12/9/2014
10.00am
-Photography Contest opens (registration at Info Counter)

(Friday)
10.00am - 11.30am
- Demonstration by Sifu Robert Steven, Indonesia

11.30am - 1.00pm
- Talk by Sifu Yen Tzu-Ching, Taiwan

3.00 pm
- Opening Ceremony
- Welcome Speech by President, MBSS/Sponsor
- Official opening by Sifu Ng Shing Fat
- Light Refreshments
- Appreciation and Prize giving Dinner @ Oriental Viva Restaurant,
Third Floor, VIVA Home Shopping Mall, Jln Loke Yew, Kuala Lumpur

6.30 pm
 - Arrival of Guests

8.00 pm
 - Welcome Speech by President, MBSS/VIP

8.00 pm
 -Dinner is served

8.30 pm
-Prize presentation of Overall Champion, Merit & Certificates 
- Presentation of Ryuga Dragon Prize by Sifu Robert Steven.
-Presentation of Souvenirs to Judges

9.00 pm
 - Auction of Artwork, Suiseki, Teapot, Tea, Bonsai, bonsai pots
  
10.00 pm
 -Photography session/Karaoke

10.30 pm
 -Farewell & Goodnight. 


13/9/2014 
(Saturday)
10.00am - 11.30 am
-Demo by Sifu Ng Shing Fat, China

2.00pm -3.30pm
Talk by Sifu Yang Hsiu, Taiwan

2.00 pm 
Photography Contest Closes.


14/9/14(Sun)
11.00am - 12.30pm
Demo by Sifu Yang Hsiu, Taiwan

Tuesday, July 29, 2014

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1435H dari Nature of Bonsai Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Aidilfitri.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat bercuti kepada semua.

Kullu am wa antum bukhair. Taqaballahu minna wa minkum.

Semoga lebaran kali ini mengeratkan  lagi ukhwah sesama kita dalam blog ini amnya dan diluar khususnya. Raikan hari kemenangan bersama setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Pada kesempatan ini juga, saya dengan penuh rasa tawaduk di hati, memohon ampun, kemaafan zahir dan batin bagi pihak diri atas segala kesalahan dan apa jua kekhilafan. Mari bersama berdoa dan berharap semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan ke atas seluruh umat Islam, supaya mereka dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan serta bahagia, bersama yang tersayang di sisi.  

Semoga blog ini boleh memberi motivasi kepada peminat-peminat bonsai, membina kekuatan dalam menghasilkan bonsai yang lebih menarik dan bersemangat setanding dengan mereka yang berjaya. Juga berkongsi idea bagaimana memajukan bonsai secara individu dan berpersatuan.

Disini juga terdapat ruang untuk berkomunikasi, pembelajaran dan pengajaran serta boleh menjadi tempat rujukan komuniti bonsai Malaysia. Diharap ianya menjana semangat dan harapan untuk melihat perkembangan yang lebih pesat dalam industri bonsai di tanahair Malaysia. Mari bersama-sama manfaatkan ruang yang ada. Jika bukan kita, siapa lagi?

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

p/s: Dalam berhari raya, jangan lupakan pokok bonsai dirumah. Kalau balik kampung jangan lupa kunci pokok bonsai. Hehe.

Raya tahun ini dimana?

Monday, May 5, 2014

PERTANDINGAN BONSAI TERENGGANU 2014

PAMERAN, BENGKEL DAN PERTANDINGAN BONSAI TERTUTUP TERENGGANU 2014.





Tempat: 634, Jalan Kepong, Belakang Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu (perkarangan rumah Tuan Mushadat)

8 Mei - Persiapan tempat.
          - Pendaftaran Pokok.

9 Mei - Pengadilan Pokok.
          - Bengkel

10 Mei - Pagi: Penyampaian Hadiah. Penutup.
            - Petang: - Bengkel. 2 sesi.
                           - Pembersihan tapak program.
                           - Keluarkan pokok.

Peminat dan pencinta bonsai dijemput untuk memeriahkan aktiviti ini dan secara tidak langsung dapat menambah ilmu, bertukar-tukar idea mengenai seni bonsai dan mengeratkan persahabatan. Dijangka ramai peminat dan pencinta bonsai dari seluruh Malaysia akan hadir dan telah mengesahkan kehadiran mereka ke sana nanti.