Tuesday, September 23, 2014

PERMULAAN BAIK. HASILNYA PUN BAIK BUKAN?

PERMULAAN BAIK. HASILNYA PUN BAIK BUKAN?

Buntu mencari jalan untuk bermula?
Blurrrr mahu bermula?
Gagal mencari jalan untuk bermula?
Semakin ramai yang meminati seni dan pokok bonsai sejak akhir-akhir ini. Ianya dapat dilihat dari pertambahan ahli di dalam group bonsai di Facebook (Akademi Bonsai Malaysia). Semakin hari semakin hangat dengan pelbagai posting dan pelbagai soalan dilontarkan mengenai bonsai.

Nasihat saya, yang penting adalah bermula. Langkah ini menentukan kelancaran langkah seterusnya. Dalam seni bonsai, langkah kita adalah untuk menikmati sebuah perjalanan sepohon bonsai. Bukannya menuju ke sebuah destinasi. Ingat, semuanya bermain dengan masa. Bukan sehari dua untuk melengkapkan sepohon bonsai.

Dalam masa yang sama menambah ilmu dan pengetahuan. Sambil-sambil menambah rakan dan taulan dalam bidang yang sama. Boleh bertukar pendapat dan ilmu. Secara langsung atau tidak langsung.

Saya masih ingat kata-kata hikmat seorang Sifu bonsai berbangsa cina kepada saya. "Main bonsai ini ibarat menyimpan emas. Lebih baik dari simpan emas". Memang benar apa yang di ungkap oleh beliau. Hanya jauhari mengenal manikam 

Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan.

Teruskan dengan hobi bonsai. Tanamkan minat bersama hobi. Jangan sekadar minat, tetapi tidak dijadikan sebagai hobi. Kalau tidak, hobi entah ke mana, minat pun entah ke mana. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Genggam bara api biar menjadi abu.

Buntu mencari jalan untuk bermula?
Blurrrr mahu bermula?
Gagal mencari jalan untuk bermula?

Mohon isikan borang survey yang saya telah sediakan dihttp://bit.ly/asasbonsai
Huraikan secara detail apa masalah anda. Apa yang anda mahukan. Apa yang anda ingin tahu secara detail.

Kepada Tuan, Puan dan Cik Puan yang telah mengisi borang tersebut, saya berikan anda lima bintang dan ucapan terima kasih kerana membantu diri kalian dan orang lain untuk berjaya dalam bidang bonsai.
Isi sekarang: http://bit.ly/asasbonsai

Tuesday, September 9, 2014

Pertandingan dan Pameran Bonsai dan Suiseki Kebangsaan 2014

Jadual Aturcara Program:

"Pertandingan dan Pameran Bonsai Malaysia dan Suiseki Kebangsaan 2014"

"National Bonsai and Suiseki Exhibition and Competition 2014". 

Tarikh: 12-14 September 2014. 

Tempat: Viva Home Shopping Mall, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. 
GPS coordinates - 3.122176, 101.719567 

Anjuran: MALAYSIA BONSAI AND SUISEKI MALAYSIA. 


Jadual aturcara program:

12-14/9/14    
10am - 10 pm
- Show Open to Public

12/9/2014
10.00am
-Photography Contest opens (registration at Info Counter)

(Friday)
10.00am - 11.30am
- Demonstration by Sifu Robert Steven, Indonesia

11.30am - 1.00pm
- Talk by Sifu Yen Tzu-Ching, Taiwan

3.00 pm
- Opening Ceremony
- Welcome Speech by President, MBSS/Sponsor
- Official opening by Sifu Ng Shing Fat
- Light Refreshments
- Appreciation and Prize giving Dinner @ Oriental Viva Restaurant,
Third Floor, VIVA Home Shopping Mall, Jln Loke Yew, Kuala Lumpur

6.30 pm
 - Arrival of Guests

8.00 pm
 - Welcome Speech by President, MBSS/VIP

8.00 pm
 -Dinner is served

8.30 pm
-Prize presentation of Overall Champion, Merit & Certificates 
- Presentation of Ryuga Dragon Prize by Sifu Robert Steven.
-Presentation of Souvenirs to Judges

9.00 pm
 - Auction of Artwork, Suiseki, Teapot, Tea, Bonsai, bonsai pots
  
10.00 pm
 -Photography session/Karaoke

10.30 pm
 -Farewell & Goodnight. 


13/9/2014 
(Saturday)
10.00am - 11.30 am
-Demo by Sifu Ng Shing Fat, China

2.00pm -3.30pm
Talk by Sifu Yang Hsiu, Taiwan

2.00 pm 
Photography Contest Closes.


14/9/14(Sun)
11.00am - 12.30pm
Demo by Sifu Yang Hsiu, Taiwan