Wednesday, April 30, 2014

Pameran dan bengkel Bonsai PERCUMA untuk warga JDT

KARNIVAL HOBI 2014 - JOHOR

Karnival yang pertama ini akan berlangsung di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor DT pada 1-3 Mei 2014.

Pameran, jualan dan bengkel bonsai akan diadakan pada karnival tersebut. Insya'allah saya akan mengadakan bengkel bonsai untuk spesis Bebuas pada 2 Mei 2014 (Jumaat). 

Peminat dan pencinta bonsai dijemput untuk memeriahkan aktiviti ini dan secara tidak langsung dapat menambah ilmu dan bertukar-tukar idea mengenai seni bonsai.