Wednesday, February 10, 2010

Pandangan - Kaedah Delphi Method

Sdr Ridhuan,

Terima kasih diucapkan di atas Idea dan pandangan tersebut. Kita hanya sama membincangkan dan mahu mempratikkan ialah pihak persatuan/majlis pengadil dan sebagainya.

Pada saya kaedah ini (harap maaf) sesuai untuk “research” yang lebih kepada akademik (R&D). Jika mahu digunakan juga mungkin timbul masalah ketika proses “implement”. Mungkin ada Pro/Kontra dikalangan pengadil bonsai (dalam memberi markah). Masa yang digunakan pula terlalu lama dan mungkin wujud “personality clash”. Bagaimana jika pokok yg dipertandingkan menghampiri 700 pokok seperti yang terdapat di Taiwan, Indonesia dan Negara China.

Majlis perasmian bersama para pengadil bertaraf dunia

10 tahun lepas format/sistem yg digunakan dikira berdasarkan keseluruhan pokok seperti yg ditetapkan. Jumlah markah keseluruhan ialah 10 markah. Cara ini baik, tetapi pembaziran masa hanya dengan mengira markah sehari suntuk. Bagaimana pokok yg dipertandingkan begitu banyak.

Masalah di atas dibincangkan di mana-mana persatuan di Dunia baik di Taiwan, Indonesia, Malaysia, Eropah atau amnya melibatkan seluruh dunia.

Sistem yg digunakan sekarang berdasarkan kepada penilaian keseluruhan pada pokok bonsai. Bagi pengadil-pengadil senior, mereka sudah biasa dengan taklimat-taklimat sistem pengadilan, taklimat mengenai bonsai dan pembengkelan (workshop). Mereka ini dikatakan sangat arif menilai bonsai di manakah terdapat kekuatan/kelemahan pada bonsai tersebut.

Kebiasaannya kriteria yg diguna pakai dinilai berdasarkan material (fizikal bonsai), variasi pendahanan, patent, design, kreatif serta keterampilan meliputi keharmonian (packinging) termasuk keserasian penggunaan pasu, ketuaan bonsai dan cara “display” bonsai tersebut.

Banyak soalan diajukan kepada saya bagaimanakah mahu menjadi pengadil bonsai. Kebanyakkan mereka yg dilantik menjadi pengadil bonsai kebiasannya telah menjadi juara beberapa kali dalam pertandingan bonsai diperingkat negeri-negeri dan kebangsaan. Mereka ini sudah terkenal dikalangan masyarakat bonsai. Boleh mengendalikan bengkel/membuat ceramah bonsai. Contoh ditempat-tempat pertandingan untuk memenuhi agenda pertandingan dengan lain perkataan mahir dalam ilmu bonsai.

Sama juga dengan pengadil/jurulatih sukan spt bola sepak, renang, “tom moi”, taekwondo dan sebagainya. Bererti asalnya mereka ini adalah dilahirkan sebagai juara di bidang masing-masing. Pengadil-pengadil ini pasti dihormati kerana “ performance” tidak diragui lagi. Kita tidak boleh mengatakan pengadil-pengadil itu melepasi piawaian kerana nilai seni, ilmu memang tidak terukur, dengan alasan nilai seni dan ilmu tidak statik, tetap berubah dan berkembang.

Walaupun sukar untuk kita mengukur nilai seninya, namun setidak-tidaknya merekalah yang lebih arif sebagai pengadil dalam satu –satu pertandingan mungkin 3, 5 atau 7 orang dalam setiap pertandingan bonsai. Kebiasaannya pengadil yg mengendali pertadingan dengan sewajarnya; cermat tanpa pilih kasih, jujur, adil atau berhemah berlandaskan garis panduan, serta dapat mengekalkan karektur seorang pengadil dengan penuh “personality”.

Keputusan pengadil adalah mutamad. Jika pengadil tidak adil/tidak “fair”, mungkin akan dikenakan tindakan disiplin melalui mesyuarat. Bagi menggelakkan manipulasi tersebut, sebab itulah markah keputusan dipamerkan.

Sebagai contoh dalam satu ketegori terdapat 100 pokok bahagian bersaiz besar, pilihan pertama sebanyak 40 pokok, pilihan kedua sebanyak 20 pokok dan akhir sekali dipilih 10 pokok atau 8 pokok. Bererti dalam 8 pokok itu pokok no. 1 ( juara/gold), no. 2 (silver), pokok no. 3 (bronze) manakala pokok no. 4, 5, 6, 7, dan 8 adalah layak sebagai sagu hati sahaja atau sagu hati dipilih lebih sedikit mengikut pihak penganjur tersebut, pengadilan ini berterusan hingga tamat.

Penjing ciptaan Xu Wen(Republic Rakyat China)

Kebiasaannya apabila keputusan diumumkan pada stiap pertandingan bonsai ada saja suara-suara tidak puas hati. Mengapa? Ada yang mengatakan pengadil pilih kasih/tidak adil (dalam bahasa daerah pengadil elat) atau ketidakpuasan ini realitinya disebabkan pemilik bonsai tidak faham tentang sistem pengadilan dan sejauh manakah kualiti/kekuatan bonsai yang dipertandingkan? Disegani/digeruni oleh kawan dan lawan.

Penjing ciptaan Ng Shing –Fat

Dari pengalaman peribadi, apabila pokok saya gagal dalam pertadingan saya tidak pernah bising, malah perasaan mencabar tetap ada. Dimana kekurangan perlu disuarakan kepada mereka yang lebih pakar dan berpengalaman, apabila tamat pertandingan pokok tersebut seharusnya diubahsuai sehingga sempurna dan berjaya dalam setiap pertandingan dengan penuh positif dan pasrah.

Di sini cuba kita fokus dan renungkan apakah perbezaan gimnastik biasa dengan gimrama atau lumba renang biasa dengan renang berirama, mana satu lebih menarik/indah? Gimnastik biasa/renang biasa hanya memerlukan kekuatan/kecerdasan, Siapa yang cepat dialah yang juara.

Gimnastik biasa

Gimrama

Manakala gimrama/renang berirama berdasarkan kombinasi/teamwork, rentak/gerak sesuai dengan irama muzik/keserasian, juga kreterianya banyak dan tidak terukur kelembutan dan nilai-nilai seninya. Bererti pengemar bonsai harus bijak mentafsir/memperbandingkan perkara di atas dengan setiap penghasilan bonsai yang begitu subjektif dan kontes bonsai nyata merupakan pertandingan yang tidak terukur, malah pasti menimbulkan pentafsiran yang berbeza. Transformasi sebegini seharusnya ada pada setiap seniman bonsai.

Lumba renang

Renang berirama

Kalau kita lihat atau pernah pergi di pertandingan bonsai seperti di negara Taiwan atau di Indonesia, di mana penyertaan begitu ramai hingga menghampiri 700 pokok atau lebih. Apabila pokok yg tinggi kualitinya banyak dan berbagai ragam “display”nya, persatuan mendapat keuntungan dan pengunjung lebih ramai.Malah pengadil bertaraf dunia dijemput bagi mengadili pertandingan tersebut seperti negara di atas.

Di negara Taiwan yang mendapat ‘award’ hanya “Grand Champion” sahaja mendapat hadiah. Manakala pokok lain yang menang hanya mendapat mendapat sijil sahaja. Sijil inilah membuatkan ‘value’ pokok tersebut lebih tinggi dipasaran. Disini juga mereka yang kalah tidak bising malah berusaha lagi sehingga berjaya. Seniman di sana berkarisma tinggi dan tidak mudah berputus asa.

Apa yang saya paparkan ini adalah pandangan luaran biasa sahaja atau polimik-polimik yang biasa diperkatakan dalam media massa antarabangsa. Harap maaf garis panduan sebagai pengadil tidak boleh dihebahkan dan salah dari segi “procedure”.

Baik apabila kita semua berbicara tentang pengadilan bererti bercerita tentang kualiti bonsai. Sudah sampai masanya kita semua memiliki material berkualiti dan ada ‘future’. ”Please change attitude, change knowledge, methodology, skill, performance and patient” supaya lebih unik/kreatif. Apabila pemain ada karisma sebegini bererti perkembangan bonsai kita terus kedepan dan bertaraf dunia.

Harapan saya setiap peminat bonsai dapat bersatu melalui persatuan dan menjadi ahlinya (PSBK). Melalui persatuanlah kita dapat berinteraksi/beraktiviti lebih, bermutu berterusan/lebih rasmi.

Sebarang kesilapan /bahasa yang terdapat dalam wacana di atas harap maaf.

Terima kasih/wasalam

“Bonsai itu Indah”