Wednesday, December 31, 2008

Salam Tahun Baru 2009

Salam.

Semoga sihat/bahagia. Selamat tahun baru, azam baru. Semoga lebih cemerlang.

Masa berlalu tanpa di sedari, rupa-rupanya kita sudah berada di penghujung 2008 yang akan melabuh tirai di malam ini. Sebaik membuka mata esok pagi, kita sudah melangkah ke tahun baru 2009 yang di harap menjanjikan lebih kemakmuran, kebahagiaan dan kejayaan.

Melalui aktiviti bonsai, kita dapat mengenali/persahabatan di antara satu sama lain, tidak mengira bangsa & agama, begitu juga adat resam/kebudayaan. Sekarang bonsai tidak lagi dimanopoli oleh mana-mana bangsa, malah merentasi benua tanpa sempadan.

Sahabat bonsai yang budiman, harapan saya terus mencari ilmu dan lebih kreatif/inovatif mencipta bonsai. Cuba tampilkan diri dalam setiap pertandingan, bengkel/workshop. Anggapkan persembahan mereka dalam bengkel sebagai mentor dan kita sebagai mantee dalam mencari ilmu yang terbaik/dinamik. Ibarat pepatah Inggeris “learning is not a destination but a journey”. Saya berbangga kepada sahabat yang menyertai pertandingan bonsai 2008, kepada yang berjaya tahniah diucapkan dan mana-mana yang gagal jangan berputus asa. Dalam mencari kejayaan kita terpaksa menghadapi cabaran dengan penuh ketabahan sebelum kita menjadi hebat dalam bidang ini.

Bagi mencapai keunggulan dan kekuatan, potensi yang ada perlu di manfaatkan sepenuhnya. Semoga ilmu bonsai yg kita bermula dari zero dan berubah menjadi hero. Di peringkat awal kita bermain bonsai di anggap tunggul, tiba-tiba berubah menjadi unggul.

Jika tersasar bahasa/hajat dalam wacana di atas. Harap maaf. Jumpa lagi.

“Bonsai itu Indah”.